Ikan Siakap harga RM satu ribu di Langkawi? perghhhh
Abang keretamayat pernahlah pergi jalan jalan Langkawi, siap
buat video lagi..
Tengok balik video abang mayat ke Langkawi ni, tak jumpa pulak
babak makan ikan Siakap.. mungkin sedap sedut coklat daim melupakan kenangan
makan makan di Langkawi?
Woha!
Tapi bila baca kes viral ni, maka penting sangat ikut cara
islam.. iaitu nak meniaga jual beli ni kena ada akad. Sebelum nak beli, yang
nak menjual kena bagitau harga, dan yang nak membeli kena tau harga nak
dibayar,
Ni kau main makan dulu dengan assume harga sendiri-sendiri.
semua akan jadi fitnah. Maka dua dua ada salah, pembeli memang kena check
harga, dan kepada peniaga janganlah anggap pembeli ni semua mampu bayar dan
celik harga, bagitahu harga siap siap, jika pembeli setuju, alhamdulilah, itu
cara islam.
Dalam viral tu isu 5% ada cerita bab kad kredit, dan ramai
nitezen kecam suruh LHDN semak keuntungan semua, ada jugak nitezen up balik isu
GST 6% yang peniaga tak boleh nak lari dari cukai...
Panjang cerita, abang mayat pendekkan, nak jual beli dalam
islam, kena ada akad, tahu harga, dan setuju, baru ON.
Bab cukai serah pada Menteri yang bijak sana, sebab pepatah
melayu ada berkata..
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama
jadi.....?
Sambung sendiri!
Woha!
ps: Belanja sikit Link abang mayat melawat Langkawi:
https://youtu.be/9b2K6YSBwc8
No comments:
Post a Comment