(Dari Hollywood ke Malaysia, seterusnya ke Korea, Semoga
Syukurku bertambah)
100 tahun dahulu, kita belum ada di bumi ini.
100 tahun akan datang, kita akan tiada di bumi ini.
Selamat hari bumi. Tempat simpan mayat ku.
Cerita ini bermula pada Hari bumi sedunia dengan tema “Fault
in our stars” iaitu jam 4.30 pagi, si anak kejut Puan Bini kerana susah
bernafas, Puan Bini kejut aku bagitahu anak alami sesak nafas.
Tengok anak semput macam tak cukup nyawa. Ada kebakaran
hutan di kawasan kami, asap campur cuaca panas buat dia yang dah ada sedikit
lelah semakin semput dalam bernafas.
Keputusan dibuat, anak kena terus ke hospital. Sementara
bini bersiap bersolek bagai (orang perempuan katakan) Aku sempat buat solat
hajat dua rakaat (orang lelaki katakan-eshh, inilah manusia, bila susah baru nak solat hajat, hu hu hu) dan terus ke Hospital Kerajaan yang terhampir.
Tiba di Hospital orang tak ramai, jam sudah 5 pagi, Terus
Doktor bertugas bagi anak aku neb atau nebulizer. (betulkan term medical yang
silap jika korang lebeih terer) Lepas 30 minit, anak aku nampak masih sama, dan
doctor di unit kecemasan bagi lagi sekali neb. Lepas tu sama jugak, kemudian
doctor ada masuk ubat ikut tangan, (aku lupa tanya nama ubat tu) dan aku pergi solat subuh dengan anak bini, lepas
solat subuh, Doktor bagitahu anak kena tahan di wad biasa.
Aku yang jahil bab perubatan, ikut sahaja cakap doktor pakar, macam kita jumpa pakar hadis, tak kan lah tergamak kita nak tunjuk pandai kan? so tanda tangan pun turun mencecah borang anak masuk wad.
Di wad kanak-kanak, beberapa jam kemudian, akibat masih semput walau sudah di neb, anak kena pindah ke ICU
dan di diberi neb setiap sejam.
Tengok anak aku dah serupa awek cun Hazel Grace Lancaster yang kena
kenser dalam filem Fault in our stars...
yang mana setiap masa anak aku kena pakai tube bantu pernafasan kat hidung macam awek cun tu dating dalam Fault in our stars.. huhuh.
“I cannot tell you how thankful I am for our little
infinity. I wouldn't trade it for the world. You gave me a forever within the
numbered days, and I'm grateful”- Hazel Grace Lancaster
Okey, di wad ICU, awal-awal lagi aku nak ucap jutaan terima kasih
kepada semua doktor dan jururawat yang bertukus lumus menyelamatkan nyawa yang
nobody.
Hanya Allah mampu membalas pengorbanan anda semua dan hanya
Allah yang mampu sembuhkan penyakit. Anda berusaha dan bertawakal. itu yang terbaik!
Sesungguhnya, Usaha perintah Allah. Tawakal selepas usahapun perintah
Allah dan sabar selepas diuji juga perintah Allah. Syukur selepas dikurnia
nikmat juga perintah Allah.
Malam itu aku tidur Hospital temani anak. First time tidur
hospital! Aku bawak Iktikaf Biding dan hampar sebelah katil anak, Jururawat
bagi kerusi panjang boleh lipat yang selalu orang guna tepi pantai, kesian
tengok aku tidur macam orang tabligh, ha ha! terima kasih Staf Nurse!. Tapi aku
tolak tawaran tidur atas kerusi tu dan tega memilih tidur atas iktikaf bedding
macam orang tabligh-Woha!
Arakian, Anak aku setiap jam akan di kejut oleh Doktor dan
Nurse untuk Neb. Aku bangun ke tandas dan tengok anak orang lain lagi teruk. Ada
yang koma, ada yang berselirat dengan tube dan Cable ke mesin yang aku tak
faham fungsinya. yang pelik, hampir semuanya masih bayi, anak aku sorang yang dah sekolah rendah ada di wad ICU.
Sempat aku borak dengan Nurse kat situ, katanya baby yang
teruk kat sini ada sebab jangkitan virus kerana tak vaksinkan anak, aku nak
ambik gambar, Nurse tak bagi, aku nak korek lebih tentang ibu bapa mangsa,
Nurse tak bagi, katanya etika mereka, kena rahsiakan aib masyarakat. Aku
setuju. Aib orang kene tutup.
Ok, bab antivaxx ini, aku dah malas nak cerita panjang
lebar, dah penat tulis dulu, dari tahun 2013 aku dah tulis, penat baca komen yang sangat menyongsang dengan ilmu sains mahupun agama, Alhamdulillah, sekarang di FB aku tengok dah ramai doktor yang bersuara dengan dalil islamik tentang keharusan menggunakan vaksin dana ikhtiar dan tawakkal.
So, kepada geng anti vaxx yang sibuk kafirkan orang islam, aku cuma doakan agar anda di beri peluang untuk
melihat big picture.
Al maklumlah, setiap hari orang islam berdoa agar di beri
jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang
lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada
jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan....
pesan kepada diri sendiri.
Sambung cerita balik.
Siang hari, aku tukar shift dengan Puan Bini, tapi di rumah,
si baby paling kecik, terkena chicken pox pulak, aku yang dah tak cukup tidur terpaksa
layan kerenah baby yang meragam.. huhuhu. Ujian sungguh.
Dalam ujian kiri kanan, aku masih fikir dan focus pada
nikmat hidup yang banyak, tak layak aku nak mengeluh sebenarnya, sebab semua
ujian untuk ampunkan dosa aku yang banyak. Hakikatnya, Aku masih boleh melihat
dan mendengar, aku masih boleh melihat langit yang biru dan pohon yang hijau, aku
masih mendengar suara anak anak menagis, aku masih dapat nikmat di sayangi dan
di taati oleh bini.
Ya betul anak aku masuk ICU, Tapi di wad ICU semalam aku
tengok ada baby yang koma, ada yang nyawa nyawa ikan, anak aku alhamdulillah,
makin pulih dan kejap lagi kata doctor, nak masuk ke wad biasa. Nikmat mana lagi
yang aku dustakan?
Ops, si baby yang meragam sebab chiken pox macam mana?, aku
terpaksa cari jalan untuk kurangkan kuasa tenaga libodo dia, jadi aku ajak main
gusti lengan, dia guna sekuat tenaga dan aku pura pura kalah dan lawan lagi,
akhirnya dia penat, dan kakaknya buat air milo, letak dalam botol susu, lepas
tu diapun tidur.
Rumah kembali sunyi, adik dan kakak sedang layan kartun di
TV.
Baby dah tidur.
Bini dan anak nombor dua masih di hospital.
Anak sulung di Asrama.
Maka tinggallah aku di sini, berehat sambil ambik gambar
anak dan upload Blog.
Woha!
Di Hospital, anak Alhamdulilah, dah keluar ICU dan masuk wad
biasa, Neb tukar kepada 4 jam sekali, dan ubat ikut tangan dah diganti dengan
pil.
Okey, ini gambar lauk untuk anak kami, RM1. Tiga kali sehari
sampai sembuh.
Patutlah Malaysia dapat carta top 5 dunia dalam bidang
Kesihatan Hospital.
Dulu saidina Umar jaga betul kesihatan rakyat dia. Selalu
ronda cari Rakyat yang susah. Bila jumpa musafir nak beranak. Macam ambulan
saidina umar ambik bini jadi bidan dan ambik dana dari baitulmal bantu musafir
tadi.
So. Kepada pemerintah Malaysia.bab kesihatan korang memang
terbaik.
Terima kasih doktor dan jururawat. Syukur pada Allah atas
segala nikmat.
Malam itu aku kembali ke wad temani si anak yang baru darjah
lima. Anak mengadu ada tinggal solat waktu di ICU hari tu, akupun ajar anak
solat orang sakit.
Tuan tuan, Doktor dan Nurse buat kerja dia, kita ibu bapa,
kena buat kerja kita, pastikan anak solat sampai mati.
Keesokkanya, Alhamdulillah. Anak dah boleh balik rumah. Ini
gambar tangga depan surau menuju wad kanak-kanak.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi doa dari jauh. (aku
share kisah ini di FB dan IG, ramai yang doa, terima kasih semua)
Terima kasih juga warga HTAA yang baik hati. Terima kasih
doktor pelatih, doktor pakar. Nurse dan Makcik Jaga. Korang semua memang ikhlas buat
kerja hingga kami rasa di sayangi.
Waktu keluar dapat sedozen ubat. Semua free. Makan tiga kali
sehari. Wad ICU ada aircond. Syukur pada Allah. Terima kasih kementerian
Kesihatan, Good Job! Syukur.
Alhamdulillah.
Last, teringat waktu tengok drama Korea, doktor dan
jururawat semua cantik cantik.
Hmmm. Orang berlakon.. memanglah cantik.
Kenang kembali dua hari lepas. Dari pintu kecemasan ke wad
ICU hingga ke wad biasa hari ini. Semua Doktor dan jururawat cantik cantik
belaka macam pelakon!
So cerita ini yang bermula dengan tema dari filem "
Fault in our stars" kini beralih ke tema
"Descendant of the sun"
Woha!
Balik rumah, Anak yang chicken pox makin ceria sebab abang
dah balik, kata anak dalam hati:
“Ayah saya nak ambik gambar. Katanya kenangan bersama
chicken pox. Saya pantang ayah nak ambik gambar. Terus buat simbol nombor
sebelas.
"Peace"
Kata ayah: eshhh tak payahlah buat tangan simbol V peace. 10
keping tangkap gambar dapat sekeping yang elok. Gambar lain semua ada V peace.
Budak budak zaman sekarang...Adohai..
Ps: Ada ada jer kisah laki bini, moral of the story: Walau
banyak ujian, Nikmat Allah lagi banyak, siapa bersyukur akan ditambah nikmat.
Amin.., syukur Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan? Pesan pada
diri sendiri.
48 comments:
Syukur itu kerana ;
1.Mendpt kebaikan, kelebihan dan kemuliaan, zahir atau batin.
2.Kekal dlm kesejahteraan, kesihatan, ketenangan, kesenangan dan kegembiraan.
3.Tidak mendpt atau ditimpa keburukan dan musibah.
4.Tidak mendpt atau ditimpa musibah yg lbh buruk.
5.Hikmah disebalik musibah yg menimpa (pengajaran dan pengalaman drnya, penebusan dosa kerananya atau asbab bg terhindarnya musibah yg lbh besar).
anak2 amik gamba simbol V tu memang aku pun geram,
woha!
Masuk hospital boleh rasa bersyukur. Itu tanda org yg bahagia.
Btw simbol v takpe maksudnya baik janji jari hantu berduet dgn jari telunjuk. Hehe.
Bersyukur tp masih menyembah kiub batu hitam yg tak membawa apa2 faedah...masih sekutukan Allah...
Maksud awak??? En hamka tlg jelaskan
Maksud awak??? En hamka tlg jelaskan
Sori en hamka sy rasa nak menyampuk.
Allah dh jelaskan dlm quran. Sy bagi reference ye :)
Dlm surah al baqarah ayat 125, 127, 143, 144, 145, 149, 150, 151.
Dlm surah al haj ayat 26.
Dlm surah quraisy ayat 3.
Soalan2 mcm tu Allah dh jwb sblm dorg tanya :)
Moga kita semua sama2 dibukakan hati utk menerima hidayah.
amin..
DAH KURENG ORG KOMEN KAT SINI...BYK @ FB LA NIE
selidik balik ayt2 yg ditunjukkan tu.fahamkan betul2 makna & mesejnya, tolong bezakan perkataan seperti 'bait' & 'buyut' (http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=byt), tengok semua ayat yg ada perkataan tu & bandingkan penggunaannya.ianya mempunyai maksud yg berbeza.semak juga perkataan2 lain.
renungkan ayt2 ini, larangan & dosa sekutukan Allah dgn apapun.
Az-Zumar ayt 3, 65-66
An-Nisa ayt 36,48
An-Nahl ayt 20-21,27,35,86
Al-An'am ayt 19,51,74,88,94,100,106,148
Al-Imran ayt 80
Al-A'raf ayt 194
At-Tawbah ayt 31
Yunus ayt 18,28,35
Ar-Ra'd ayt 16
Al-Kahf ayt 110
Taha ayt 88
Al-Haj ayt 26,30,73-74
Al-Qasas ayt 88
Al-'ankabut ayt 17
Ar-Rum ayt 31-32
As-Sajjadah ayt 4
Saba ayt 27
Yaasin ayt 74
Ghafir ayt 12
Ash-Shuraa ayt 13, 21
Al-Jiin ayt 2,6
nk teruskan ikut nenek moyang & ikut amalan agama pagan arab & sekutukan Allah dgn agamawan, kitab2 tulisan manusia, batu, dll...silakan.tiada paksaan dlm cara hidup.
kbykn kita sekurang2nya 17x sehari ataupun 6205x setahun memohon petunjuk jln yg lurus, tp kita x sdr petunjukNya ada dalam kitabNya. seperti dlm surah al-baqarah ayt 2 ('This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah'), ataupun surah ar-ra'd ayt 1 (Alif, Lam, Meem, Ra. These are the verses of the Book; and what has been revealed to you from your Lord is the truth, but most of the people do not believe.) mahupun surah ibrahim ayt 1 (Alif, Lam, Ra. [This is] a Book which We have revealed to you, that you might bring mankind out of darknesses into the light by permission of their Lord - to the path of the Exalted in Might, the Praiseworthy).
adlh sesuatu yg pelik bila kita baca ayt2 Quran ketika dikatakan menghadapNya, sdngkan sbnrnya ayt2 itu ditujukan kpd kita.
Assalam.
Masyallah...Allah swt nak tingkatkan darjat Tuan sekeluarga.
Risau tentang solah di usia kanak-kanak adalah nikmat terbesar dari Illahi.
Beruntung besar nama orang di belakng nama kanak-kanak tersebut.
Don't stop smiling bro.
CF
Ashari : terima kasih atas tambahan
mohd : tu lah tu, woha!
cinta : jari hantu berduet, kekekeke
Husni : Pernah jumpa orang bukan islam yang keliru bab sembah kaabah, mereka sangka orang islam sembah batu hitam, padahal semua orang islam sembah Allah, bila saya terangkan konsep bersatu pada arah yang sama, dan solat orang hanyut di lautan atau sesat di hutan tak perlu kea rah kaabah, orang bukan islam itu berminat nak masuk islam, doakan dia.
hazlan Mohamad: Allah suruh ikut Nabi, Saidina umar pernah berkata pada batu hitam, wahai batu hitam, jika kerana aku tidak melihat Nabi mencium mu, maka pasti aku tidak menciummu, benda ni simple sahaja, tapi ada orang memilih tafsir yang sesuai dengan nafsu mereka.
cinta : terima kasih cinta
Abu Abdurrahman : zaman dah berubah, blog akan jadi arkib, huhuhu
Cf: Terima kasih juga atas doa anda, smile :)
sy pernah tanya org hindu, mereka jawab perkara yg sama, mereka x sembah batu/patung. dikatakan kononnya kaabah utk bersatu, tp hakikatnya muslim x pernah bersatu, begitu byk perpecahan. Tambahan lg, Quran diturunkan utk semua manusia, x mungkin Allah yg maha bijaksana menyuruh seluruh manusia zaman berzaman bersatu melalui sebongkah batu hitam.
Allah x suruh sembah, tapi suruh berkhidmat/abadikan diri kpdNya. Tiada dlm Quran Allah suruh sembahNya, dan Allah x pernah panggil manusia sbg 'wahai penyembah2ku', tapi 'wahai hamba2ku'.
Allah suruh ikut nabi, nabi hanya sampaikan wahyuNya melalui Quran. Hanya ikut apa yg diturunkan. Xde lak suruh beriman pada kitab2 hadis tulisan manusia. sudah2lah suruh orang ikut hadis2 ciptaan org2 arab tu. cerita mulut ke mulut mmg x blh dipercayai, hanya ciptaan org arab utk melengkapkan agama pagan mereka.
Kebanyakan hadis ciptaan sgt kontra dgn Quran, contoh kisah saidina umar tu, dlm Quran jelas sekali larangan sekutukan Allah dengan batu/berhala yg x membawa manfaat (surah an-nahl ayt 20).tp manusia memang kuat membantah (surah al-kahf ayt 54, al-isra ayt 89).
Simple awk ckp hamka? disebabkan hadis2 rekaan tulah berduyun2 org dtg ke mekah tu utk aktiviti penyembahan besar-besaran, buat perkara sia2. dlm quran Allah dah bgtau yg Dia dkt dgn hambaNya (baqarah:186, qaf:16), cuma ramai antara kita yg sekutukanNya dgn agamawan, batu berhala, dll.
hadis bukanlah kata2 nabi yg sbnr, ia hanyalah ciptaan 'ulamak' murahan utk menyesatkan manusia. ajrn quran yg sbnr sgt senang utk diikuti, ianya rahmat utk seluruh alam. mengajar kita utk menjadi manusia yg damai & berjaya.
Tuhan merangcang, rujuk ayat Al quran Pok MAng, kisah tentra bergajah nak robohkan kaabah, kena serang oleh burung ababil sampai jadi daun di makan ulat, Allah merancang, rujuk al fil, lepas tu berhala disekeliling kaaabah dibersihkan, rujuk Al Nasr. Alalh bagi kemenangan, jadi orang solat 1500 tahun dah depan kaabah, takdepun mereka kena baling batu dengan brung ababil jika mereka silap, Allah merancang pok mang, dan Allah sebaik baik perancang.
bab orang menolak hadis ni, rujuk ayat ini: "Dia-lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang jelas) ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat"Mutasyaabihaat" (yang tidak jelas). Oleh sebab itu, adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (salah tafsir). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."
(QS Ali 'Imraan 3:7)
Hamka, sy x jumpa dlm surah2 yg disebut tu ada menyebut pasal kaabah.
Berkenaan "Mutasyaabihaat", ianya bukan bermaksud tidak jelas. Ianya bermaksud berulang-ulang, begitulah Allah melindungi ayatNya dr korupsi tgn manusia & utk mereka yg berfikir. Ya, Allah menjadikan ayat2Nya berulang-ulang, contoh perkataan mutashaabihaat ni terdapat juga di ayat lain (2:25, 3:7, 39:23, 6:99, 6:141), tiada yg membawa maksud 'samar2/tidak jelas'. Mengapa di 3:7 tiba2 bermaksud 'tidak jelas'? Allah sgt konsisten & tidak kekurangan kata2 utk menjelaskan. Yg boleh diputarbelit oleh manusia, adlh terjemahannya.
Contoh lagi, 'addin' org arab terjemahkan sebagai agama, tapi mengapa di surah fatihah ayt 4 tidak diterjemahkan kpd 'Yang menguasai di Hari Agama'?. Rujuk sini utk pengulangan perkataan ini di ayt2 lain, http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=dyn. Cari maksud sebenar 'diin', ianya bukan agama. Allah tidak mengajar agama kepada manusia, sebaliknya Dia mengajar cara hidup utk kita hidup di dunianya dgn aman damai. Agama hanya memecahbelahkan manusia.
Biasanya bila tak dapat jawab, mereka hanya akan bg gelaran seperti anti hadis. Sy juga boleh gelar saudara anti quran, kerana terang2 tolak ayat quran. lebih utamakan 'hadis' rekaan dr ayat Quran sendiri.
berulang-ulang ataupun persamaan...
habis tu tentera bergajah tu pergi mana pok mang? jalan jalan tak ada tujuan?
surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud:,
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.”
surah al-Hajj ayat 26 hingga 27,
“Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.”
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”
Firman Allah lagi dalam ayat 29 bermaksud,
“Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.”
kalau Allah x bgtau dlm surah tu, sy xtau la..sy hny boleh ambil pengajaran berkenaan kekuasaan Allah & balasanNya dlm surah tu. nk ikut tafsiran 'ulamak' & mendewakan batu hitam mereka?teruskan...
surah al-Imran ayat 96: 'buyut' adalah rumah, 'bait' adalah sistem, 2 perkataan ini berbeza. org arab buat korupsi utk melengkapkan agama mereka. xde disebut mekah dlm ayt ni, yg ada adlh bakkah.cuba sambung baca ayat 97, adakah logik manusia masuk 'rumah' tu?mana muat hamka.
surah al-Hajj ayat 26 hingga 27. Adkh betul terjemahan tu?Sila kaji balik ayat ni & berfikir,cari maknanya yg betul.1 lg, org arab x pernah menerima utusan sebelum Muhammad, ini cukup menunjukkan Ibrahim x pernah sampai mekah.
hati belajar tauhid..
hati x nampak yg lain..hanya nampak Allah..
tapi mata pulak nampak kaabah hehe..
mata sendiri yg silap nampak sedara2 muslim yg lain pulak yg jadi mangsa...
apaaa daaaa...
mata sendiri yg silap nampak,sedara2 muslim lain jadi mangsa dikatakan sedang sedang sembah kaabah pulak huhu...
choiiiiiii....
Pak man, jika orang cakap anda ni anak luar nikah, ikut logik Pak mang betul, sebab polis waktu daftars pok man mungkin penipu, pak man mungkin anak pungut, sebab sijil beranak boleh di palsukan, yang betul hanya Al quran sahaja , jadi bukti lahir pak man boleh dibuang ke laut. ikut logik pak man lah.
Tapi itulah sistem namanya, kita percaya kepada kad pengenalan sebab ada sistem, sama juga hadis, ada sistem. surat beranak jika tipu boleh kesan, hadis pun sama, sebab itu ada istilah hadis sahih dan palsu.
pak man ni masih cetek ilmu agama, jika anggap orang islam sembah kaabah, fahaman ini sama macam orang bukan islam faham, saya nasihat pak man belajar lagi, dan sila semak sijil lahir,.
Hamka, go on.
Faizul,tunjuk sikit sistem hadis tu mcm mana?buktikan.
hakikatnya tiada yg sahih atau palsu.semua hadis adalah palsu.hanya rekaan,dan mengatakan ini dr tuhan.
SOP jawapan kamu sebiji mcm sekutu tuhan kamu,zakir naik.bila x dpt jwb soalan,merendah2kan org,ckp cetek ilmulah,english entah apa2lah,labelkan orglah,suruh gi belajarlah. Padahal x dpt jwb n yakinkan org tu.
Anonymous,mcm mana boleh nampak Allah sdgkn Allah itu ghaib (al-an'am:103)?melainkan kamu nampak sebongkah batu hitam,itulah Allah yg kamu nampak.
ok xpe pokmang jgn marah2...
kalo gitu dah mata kamu nampak,pegi la report polis pokmang ...
ni hal serius sebab sedara2 muslim kamu yg lain semuanya sedang sembah bongkah batu..
pegi balai polis terdekat dan buat report pokmang ye
hehehehehe
Xpe,x mrh pn..sy fhm,biasa la tu.kalau x dpt jwb,meroyan mcm2
Assalam,
Sedutan Fatwa Syaikh Abd Aziz ben Bazz, Mufti Besar Saudi: "Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar balikkan tafsir al-Qur'an secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." Fatwa No 903, Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983.
Crying Fella
P/s: Kalaulah ada Ya Rabb...amalang yang Kau terima aku hadiahkan pada mereka yang ingkar agar mereka aKau ampunkan, maafkan dan rahmati. Aku sayang mereka seperti aku sayang diriku Ya Rabb..Mereka saudara aku Ya Rabb..mereka Ummat terbaik yang Kau banggakan di dalam Taurat dan Injil dan pada Nabi-Nabi terdahulu....
Bagaimana Kau boleh beri hidayah pada Umar dan Khalid...
Kau berilah hidayah pada mereka Ya Rabb
Kalau Kau perlu siksa Aku untuk hidayah mereka AKU Redha Ya Rabb...
Sayang Aku pada mereka sangat dalam..sangat dalam...
Aku yang salah tak jumpa mereka dan pujuk rayu mereka berulang-ulang kali...
Aku hanya pentingkan diriku Ya Rab...
Saudara,mufti bukan wakil tuhan.golongan2 ini hanya mendustakan allah,mengada-adakan hukum allah.haramkan yg halal,halalkan yg haram.antara manusia & tuhan,baik pilih tuhan.
Hanya allah tahu siapa sesat,siapa yg dpt petunjuk(6/117, 14/4, 29/11, 68/7). Lagipun allah sendiri bgtau jgn ikut kebanyakan orang (6/116),siapa kebanyakan org tu?mereka inilah penganut2 agama,kristian,hindu,buddha,sunni,syiah,wahabi.mereka bangga dgb masing2 & anggap hny mereka benar.
tak tercapai akal. cemana dia boleh fikir gitu?
Mejik, eh sejak bila orang beragama pandai menggunakan akal & berfikir...
sila lihat moga bermanfaat
sila buang *** untuk paparan
aiseh apsal tak keluar plak... huhi
https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnoumanbayyinah%2Fvideos%2F809009879231756%2F
atau rujuk video terbaru nouman ali khan dalam FB beliau
mata ko kalo nampak baby, mengamok2 la ko ye pokmang?ye la baby kan suka hisap payudara wanita...
report polis pokmang tangkap baby tu
hehehehehe
Mejik Syem, tajuk video ty patut tukar kpd "If the Quran is enough for us, then how should I fool people with hadith?".
Pokmang
Pok mang cakap: kalau Allah x bgtau dlm surah tu, sy xtau la..
Allah tak cerita detail macam mana nak tanam mayat, bolehlah kita tanam sambil kaki terjulur keluar? Adohai…
Duit palsu orang boleh nilai, hadis palsupun sama dik, pakar hadis dah kaji. Ada hadis palsu dan ada hadis soheh. Tolak semua hadis bukan penyelesaian,. Andai pok mang mahu berfikir.
----------
Pokmang
Eh? Pok mang lagi, rupanya tafsir masuk rumah, di anggap rumah tu kecik, ada pintu. Dan tak muat? Adohai..
Ayah pin ajaran sesat dah meninggal, ada pengikut dia, tok guru pok mang tolak hadis pun ada pengikut, macm pok mang, tak pelik.
Yang penting, pintu taubat sestiasa terbuka, eh? Jangan salah tafsir,, pintu taubat berbentuk empat segi dan ada tombol pulak, adohai..
--------
Faizul
Terbaik faizol, kad pengenalan ada yang palsu, sam ajugak hadis, tapi bukan semua IC palsu, dan bukan semua hadis palsu, :)
Wah, pokmang anti zakir naik pulak…
--------
Crying Fella
Amin.
---------
Husni
Ya Allah, selamatkan kami semua dari azab api neraka.
----------
Mejik Syem
Terima kasih atas video. Orang macam ini nak berdebat dah hijab, kita doakan agar mereka diberi hidayat, dan kita doa juga hidayat. Hidayat milik Allah.
Adik Hamka: Allah tak cerita detail macam mana nak tanam mayat, bolehlah kita tanam sambil kaki terjulur keluar?Duit palsu orang boleh nilai, hadis palsupun sama dik, pakar hadis dah kaji. Ada hadis palsu dan ada hadis soheh. Tolak semua hadis bukan penyelesaian,. Andai pok mang mahu berfikir.
- Dik suruh berfikir tp bila tanam mayat x fikir? Sy memang berfikir & mengikut fikiran sy byk ajrn 'hadis' x masuk akal. Contoh amalan zikir boleh beri rezeki, ritual penyembahan batu boleh mencegah kemungkaran, kisah israk mikraj, kisah azab kubur, byk lg tu baru sikit. Adkh dik pn berfikir perkara yg sama? Atau hanya ikut nenek moyang spt yg diceritakan dlm Quran (2:170, 7:28, 7:70, 7:71, 7:95, 7:173). Adohai...
----------
Adik Hamka:Eh? Pok mang lagi, rupanya tafsir masuk rumah, di anggap rumah tu kecik, ada pintu. Dan tak muat? Ayah pin ajaran sesat dah meninggal, ada pengikut dia, tok guru pok mang tolak hadis pun ada pengikut, macm pok mang, tak pelik. Yang penting, pintu taubat sestiasa terbuka, eh? Jangan salah tafsir,, pintu taubat berbentuk empat segi dan ada tombol pulak, adohai..
- 'Buyut' & 'bait' dlm Quran mempunyai maksud yg berbeza. Allah menggunakan 'buyut' utk rumah. 'Bait' bukan rumah spt org Arab terjemah, Allah tidak kehabisan kata2 utk menerangkan ayat2Nya (31:27).
Nampaknya adik telah mengambil tugas tuhan dgn mengatakan org lain sesat sdgkn hny Allah tahu siapa sesat & siapa benar (6:117, 14:4, 29:11, 68:7). Bagaimana adik tahu adik di jalan yg benar? Kalau ikut hadis, mcm mana adik boleh sahkan hny hadis sunni yg betul? Bagaimana dgn hadis syiah & wahabi? Jgn risau, sy ada akal untuk berfikir yg pintu taubat tak berbentuk macam tu.
--------
Adik Hamka: Terbaik faizol, kad pengenalan ada yang palsu, sam ajugak hadis, tapi bukan semua IC palsu, dan bukan semua hadis palsu, :) Wah, pokmang anti zakir naik pulak…
- Cuba la tunjuk sikit macam mana sistem hadis tu...
----------
Adik Hamka: Terima kasih atas video. Orang macam ini nak berdebat dah hijab, kita doakan agar mereka diberi hidayat, dan kita doa juga hidayat. Hidayat milik Allah.
- Ye betul, hanya Allah boleh memberi petunjuk kpd hambaNya (7:186, 39:23, 53:30). Bukan nk berdebat sgt pun kalau pertanyaan pn byk x terjawab. Silap2, komen pun nnt dik block.
saya baca balik, Hamka awak betul, saya salah.
teruskan menulis
Haha...kamu ni hamka ke? krn waktu reply komen sama je kamu reply di artikel yg lain. Ni mcm kes masuk bakul angkat sendiri ni. Bila x dpt bg bukti, menyamar lak...kasihann....
WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT
Hadis Nabi s.a.w adalah sumber ajaran Islam. Dalam ertikata lain ia menjadi rujukan dalam memutuskan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Islam. Menolak hadis Nabi s.a.w bererti menolak penegasan al-Quran:
(maksudnya): Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa': 65)
Banyak lagi ayat yang menegaskan rasul sebagai sumber rujukan.
Allah dalam al-Quran menyebut kepada Yahudi di zaman Nabi s.a.w dan selepasnya tentang pembunuhan dan pendustaan terhadap para rasul: (maksudnya) "Sebahagian para rasul itu kamu dustakan dan sebahagian pula kamu bunuh" (Surah al-Baqarah: 87).
Walaupun pembunuhan dan pendustaan itu berlaku pada masa yang lampau oleh datuk nenek mereka, namun Allah menyandarkan juga dosa itu kepada mereka dengan menyebut 'kamu' disebabkan mereka bersetuju ataupun tidak merasa itu satu kesalahan!!
Kita sedia untuk berdialog dengan golongan anti-hadis ini.
WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT
.........
Hanya Maha Pencipta sahaja yg tahu sape yg sesat dan tidak dalam al quran ada mengingatkan dr maza.....sy pun tak suka orang tolak hadis tapi bila baca komen2 sebegini membuatkan saya berfikir dan takut...adakah semakin kerap sy membaca dan cube memahami al quran akan dikatakan sesat?ya Allah yg memberi jalan yg benar
Maaf ada kesilapan penggunaan ayat di atas...
WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT
.........
Hanya Maha Pencipta sahaja yg tahu sape yg sesat dan tidak, dalam al quran ada mengingatkan dr maza.....sy pun tak suka orang tolak hadis tapi bila baca komen2 sebegini membuatkan saya berfikir dan takut...adakah semakin kerap sy membaca dan cube memahami al quran akan dikatakan sesat?ya Allah yg memberikan jalan yg benar
Alahai sedihnya, nak nangis rasa, xde jwpn yg lbh meyakinkan lg ke selain jawapan copy paste. Korang ni apalah, tny lain jawab lain. Tak meyakinkan langsung. SATU PERSOALAN PUN TAK DIJAWAB.
Jgn hanya pandai menuduh, cuba tunjuk ayat mana yg sy sembunyikan. Kamu jgn lupa yg 'ulamak' kamu ramai yg suka sembunyikan ayt. Contoh paling nyata adlh kisah israk mikraj, mereka hny ambil sepotong ayat utk mencipta cerita dongeng sedangkan bila baca ayat seterusnya & keseluruhan surah, ianya tiada kaitan langsung dgn cerita dongeng rekaan tu. Pastu xleh persoalkan, seolah-olah akal hanya dianugerahkan kpd mereka.
Mmg betul suruh ikut rasul & rasul hny sampaikan Quran,itulah ikutan RUJUKAN UTAMA kita. Kitab selainnya hanyalah rekaan manusia, golongan ini pun byk yg diceritakan dlm Quran. Ayat pasal ulamak yg awk bagi tu, tiada kaitan langsung dgn 'ulamak2' kamu, sy tgk 'ulamak2' kamu langsung x takut tuhan. Ulamak dlm ayat tu tidak membawa maksud kpd agamawan, tp org yg berilmu. Tengok akar kata perkataan tu sendiri. Kalau kamu x boleh terima kenyataan ini, cuba rujuk sendiri akar katanya di sini http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=Elm#(35:28:13) & baca semua ayat berkaitan perkataan tu. Begitu juga dgn 'Ahl zikr' - http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?q=*kr#(16:43:11), cuba fhmkan sendiri maksudnya. Sy x mampu beri kefahaman kpd kamu.
Mengikut pengalaman, biarlah sy bergerak secara underground dulu. Tiada guna expose diri & berdebat bagai kalau belum apa2 lg dh dicop sesat. Di sini pun dah digelar bodoh (mungkin beginilah hasil ajaran ostad2/'ulamak2'), bayangkan berhadapan beribu lg org yg ekstreme, sy blh bygkan pelbagai gelaran, ugutan & cacian yg akn diterima sy & keluarga. Silap2 sy kena bom.
Sy cuma berharap Malaysia tidak menjadi negara arab yg baru dgn pelbagai perkara2 'islamik' yg makin ketat & pelik2 yg makin menjadi-jadi. Kasihan masa depan anak cucu.
Post a Comment