Jan 1, 2021

Tujuh Hak Jiran Islam?

Pagi ni lepas solat ada nampak orang kampung berkumpul, rupanya ada kematian, bila tegur sapa, kematian berlaku semalam, arwah kena serangan jantung.

Tuan rumah Tanya macam mana nak pilih tanah perkuburan?, sebab urusan mandi dah ada, Cuma nak pilih lokasi perkuburan, maka ada ahli surau bantu tunjuk cara, sekian sekian cara. Bagus kita kenal dengan ahli surau, InsyaAllah bab kematian mereka dah ada SOP.

Saya kemudianya masuk rumah, ada jasad arwah terbujur, lalu saya duduk dan baca beberapa suarah serta berdoa.

Jiran ni tak jauh, selang dua tiga buah rumah, tapi itulah zaman sekarang, saya pun jarang dapat jumpa, masing masing sibuk urusan sendiri, jika tak ke surau pagi ni, takde peluanglah saya nak ziarah keluarga arwah sewaktu jasad masih ada, sebab kita semua ni sibuk atau perasan sibuk.. aduh..

Maka sini saya nak pesan pada diri sendiri, hidup berjiran, ada tujuh hak orang islam yang wajib atas kita.

Pertama, Bila bagi salam, wajib jawab, lebih sunah beserta senyuman. Sebelum PKP hari tu geng tabligh selalu datang bagi salam, sekarang ada juga, Cuma datang dari kawan tabligh yang kenal sahaja.

Kedua, Bila dengar orang islam bersin, doakan kesihatan, sama jugak, jika ada yang batuk atau apa apa tanda tak sihat, kita doakan dari jauh. Saya pernah bersih dalam surau, terus doctor bagi ubat, rupanya ada doctor yang solat berjemaah sama sama, dia dah dengar saya ada bersin semalam, jadi hari ni terus bawa ubat nak bantu, Alhamdulillah.

Ketiga, Bila ada yang sakit, ziarah dan bantu apa yang mampu. Kebetulan semalam kawan surau ajak jejak ahli surau yang tak datang sejak PKP, kami pergi dua tiga rumah, dan rumah tak jauh pun dari rumah saya, dalam sepuluh rumah, Pakcik Zam namnya, rupanya kena serangan strok, seronok dia tengok kami datang. Dia azam bila sihat nak datang semula ke surau. Amin.

Korang yang belum kena strok tapi tak pernah ke surau boleh renung renungkan baki nikmat yang ada untuk apa hala tujunya sedangkan kematian itu adalah tiba tiba. Tak payahlah nak perasan sibuk sangat uruskan dunia sebab tanpa kita ada, dunia ini akan masih berjalan seperti biasa.

Ke empat, Bila ada kematian, bantu apa yang mampu. Saya dah cerita atas tadi.

Ke lima, Bila ada jemputan, wajib pergi jika tiada urusan lain yang menghalang. Ini memang sukar sebab hujung minggu bertembung dengan pelbagai jemputan, maka waktu itu perlukan ilmu yang mana bila dua tiga perintah Allah datang serentak, maka pilihlah ikut keutamaan.

Ke enam, Bila ada yang susah atau dizalimi, wajib kita bantu apa yang mampu. Tengok ada pencuri masuk rumah jiran, kita call polis, saya sendiri pernah waktu ada urusan di luar, isteri call ada ular tedung masuk rumah, saya call jiran, dan mereka tolong halaukan. Alhamdulillah.

Ke tujuh, Jika ada aib, tutuplah aibnya, layan orang islam macam kita nak orang layan kita. Jika ada jiran bela ayam masuk berak rumah kita, basuhlah dengan tersenyum, ada jugak pahala terpijak secara tunai. Lepas tu cakap elok elok, jika jiran tak nak berubah, ingatlah, kematian akan merubah kita, tak jiran kita mati dulu, kita yang mati dulu, waktu tu baru tahu pahala sabar ni besar ganjarannya yang mampu merubah perhiasan Syurga. Amin…

Semoga jiran abang mayat dapat tutup aib abang, manalah tahu kot kot kucing abang pulak pergi berak depan rumah dia, jika ada bagitahu yer?, abang akan tambah pasir garam depan rumah nanti, terima kasih sudi bertegur sapa dan senyum mesra, sampai sini dulu celoteh abang sebab nak pergi basuh berak ayam sesat depan rumah kejap.

Woha!

 

2 comments:

michelle said...

Numpang promo ya Admin^^
ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)

michelle said...

Numpang promo ya Admin^^
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^