Jul 19, 2018

Apa hukum sokong LGBT?


Komen dari penyokong Gay:

“encik Hamka, Dalam Al quran tuhan tak azab kaum nabi luth kerana hubungan sesama sendiri, tapi Tuhan azab kerana mereka nak rogol malaikat, jadi kesalahan kaum Nabi luth bukan sebab gay, tapi jenayah rogol”

Dalam hati aku:

Ni mesti baca Al quran tak habis, padahal sebelum malaikat tu datang kampung Nabi Luth, malaikat tu ada ziarah Nabi Ibrahim, dan bagitahu nak pergi azab kaum Nabi luth atas dosa mereka, sampai sana malaikat menyamar jadi lelaki kacak dan jadi tetamu Nabi Luth, bila orang kampung tahu ada lelaki kacak, terus mereka pun nak rogol, dan semua kena azab, bini Nabi Luth yang bukan gay pun kena azab sebab dia yang bocorkan rahsia ada lelaki kacak datang rumah.

Rupa-rupanya dalam Al quran nak bagitahu, bila azab menimpa kaum gay, penyokong merekapun turut kena iaitu isteri Nabi luth.

Selain dari itu, Al quran juga nak bagitahu, bila isteri derhaka, Nabipun tak boleh tolong, apatah lagi ustaz, imam muda, ketua usrah atau penyokong LGBT.

Take note, now you know.



2 comments:

v fb said...

Org jahil agama akan bg pendapat agama ikut kepala semata2.
Bila ulama kata salah,mula la gelarkan ulama ni lebai ler,suci ler,maksum ler,jumud,ustaz kg la.saborjela.

Anonymous said...

Inilah dia bila suka2 tafsir sendiri ayat Al-Quran... ambil bahagian2 yang kononnya... boleh dimanipulasi untuk memihak pada mereka... nanti azab turun... bukan golongan mereka sahaja yang kena... semua kena tanggung nanti... semoga Allah melindungi kita semua... dunia dan akhirat.