Viral apa hari ini?
Ada orang share, katanya ada sorang cikgu B40 bengang sebab
jirannya duduk rumah flat tingkat atas tapi pergi bantai extend dapur, pasang
pagar dekat koridor, cop parking pakai pasu bunga. Bila cikgu tu sound, dia
melenting rasa darjat dia lagi tinggi dari cikgu tu sebab dia ada Estima second
hand berbanding cikgu tu yang pakai Alza je duduk situ. Bukan semua B40 macam
tu, tapi cikgu tu lah yang penat alihkan pasu bunga sebab semua parking dah
penuh.
Malas nak bergaduh, Cikgu tu pun, sambung belajar, dari
ijazah kepada master, dan dapat jadi pensyarah, gaji dah T40, terus pindah
duduk rumah teres atas tanah dan kebetulan berjiran dengan B40 yang jenis
pentingkan diri, extand pagar tutup longkang, kereta exora parking depan rumah
orang, suruh alih gaduh dulu bagitahu dia pun bayar cukai pintu. Bela ayam
belakang rumah busuk sampai ke pagar depan, lepas tu rumput depan rumah naik
Lalang siap masuk hujung daunnya ke rumah pensyatrah tu, ditegur suruh potong
katanya takde duit, tapi anak jirannya semua pakai Iphone harga 2-3 ribu, Rela
berlapar asalkan boleh bergaya. Kebencian pensyarah itu kepada B40 semakin
membuak buak.
Pensyarah tu kemudianya sambung PHd, dapat doctor, lepas tu
ada student PHD, dapat jadi Prof, dah naik taraf T20, lalu pindah rumah
banglo.. waktu ajar kelas online, ada student mengaku takde laptop walau sudah
sem 5, Prof tu rasa simpati, dah sanggup gadaikan gelang emasnya untuk belikan
student itu laptop agar dapat belajar.
Pelajar itu terharu dan belajar bersungguh sungguh untuk
ubah nasib dari B40 kepada T20.
Di luar rumah professor itu, kelihatan sepohon pokok yang
baru nak membesar, tak lama kemudian, pohon itu mulai membesar, daunnya mulai
lebat, lepas tu berbuah, kemudian, buah di petik orang, lepas tu berbuah lagi,
di petik lagi, juga sesekali bergoyang dipukul ribut, kadang kadang buahnya
buruk lalu jatuh, juga di timpa hujan, dan angin kencang, kini, tak lama
kemudian, daun daunpun mulai berguguran, dan lepas tu, tiada daun lagi, hanya
ranting ranting yang tinggal, akhirnya di tebang JKR menggunakan robot Drone..
Ops!, prosa di atas adalah kesan khas cinematography bagi
menggambarkan masa yang telah berlalu selama 30 tahun.
Ok, 30 tahun
kemudian..
Pelajar itu telah menjadi jutawan, dan sedang buat sidang
media ala ala Stave Jobs bagi produk terbarunya yang bakal mengubah dunia,
sebelum ucapan utama, Jutawan itu telah menjemput Proffesor yang telah mengubah
hidupnya, yang telah sanggup gadaikan gelang emas demi membeli laptop untuknya
di Sem 5, maka dengan berkerusi roda dan sudah tua, profesor itu ditolak naik
ke pentas, dan diberikan microfon…
Kata Profesor itu..
“Kepada semua B40… jika ada gelang emas…”
Saya tak jelas apa kah kata kata Prof itu, sebab saya
sekarang sedang berimiginasi sambil memandu Axia kompang cari parking area
rumah flat yang dah banyak orang cop.. oh adohai..,, inipun tulis guna Voice
Text dari Iphone. Sekadar memberi alternate ending dari delete scene.
Woha!
1 comment:
hahahaaaa...
Post a Comment