Semalam anak request nak naik KL Tower.
Mahal saya cakap, terus anak kata mereka ada duit raya, ayah
tolak lah duit raya kami.
Ya, isteri ada bagi saya duit raya anak untuk saya simpankan
dalam tabung haji masing masing, maka saya jawab okey, kita naik dan tolak duit
raya.
Lepas tu singgah Dechaleton, anak request nak kasut baru,
baju baru, seluar baru, ok takpe tolak duit raya.
Kat PBABKL pun anak beli macam macam buku, takpe tolak duit
raya!
Lepas tu pergi KLCC, IKEA, terowong saloma, nasi kandar
Pelita, mengeteh di puncak bukit Cheras, naik LRT, MRT, monorail semua dan macam macam lah,
maklumlah dah dua tahun tak datang KL sebab PKP, bagi anak feel jadi orang Key
Ell sekejap, anak semua happy.
Ajaibnya isteri semak duit raya anak-anak guna Tjari pagi
ni, rupa rupanya saya tak potongpun pun duit raya mereka, semua aktiviti
bersama anak kira hadiah luangkan masa bersama,
harap status ni naik history bila anak dah besar dan mereka
baca lalu terharu melihat kubur saya dan terus hadiahkan bacaan Al baqarah.
Woha!
No comments:
Post a Comment