(repost)
Pasang Pelita Haram sebab tiru Hindu dan Majusi?
Soalan..
Apa pendapat abang tentang adat memasang pelita pada malam
tujuh likur dalam bulan Ramadan, kononnya bertujuan menunjuk jalan kepada roh
nenek moyang yang pulang menjelang hari raya Adat ini dikatakan berasal
daripada agama Hindu, yang masih kekal sampai sekarang? Memuja api adalah
amalan majusi, seterusnya meninggalkan kesan kepada pemikiran masyarakat bukan
Islam yang terus memandang Islam melalui pandangan yang serong, malah
sebahagian masyarakat Islam pada hari ini juga berfahaman begitu, seolah wajib
memasang pelita, padahal amalan ini adalah bidaah. Kerana itu Bidaah hasanah
perlu di tentang kerana tak mustahil satu hari nanti, orang akan solat subuh
empat rakaat kerana inginkan pahala yang lebih, dengan alasan bidaah hasanah?
Apa pendapat abang keretamayat?
Jawapan:
Alamak? Hindu pasang pelita nak bagi roh nenek moyang balik?
Bukan Hindu ada kelahiran semula ke? Atau korang baru tengok cerota Hantu
Maxico, berjudul COCO…, kan?
Padahal zaman dulu pasang pelita nak mudahkan perantau balik
kampung cari jalan di malam yang gelap, atau nak meriahkan suasana tahajjud di
malam Al qadar zaman dulu, apa salahnya? Dah zaman dulu belum ada letrik,
pakailah pelita.
Zaman sekarang anak nak main bunga api, dari guna lighter,
baik pakai pelita, pencuri pun segan nak masuk rumah yang ada pelita sebab tahu
tuan rumah ada mercun das! Woha!
Alkisahnya, Zaman kanak kanak dulu. Bila tiba bulan puasa,
dimulai dengan solat tarawih, bilal akan berselawat, dan budak budak akan
menjawab selawat ke atas Nabi dengan penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan
rakaat dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main
pelita, main tanglung guna tempurun kelapa, main kejar kejar, dan macam macam
lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di malam hari
bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik, tidur, dan
mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada penjaga masa yang mana waktu
solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu rakaat.
Korang tahu macam mana kami tahu witir dah dekat? Bila Bilal
lepas selawat sebut nama Abu bakar, itu 8 rakaat, sebut nama Umar, 12 rakkat,
sebut nama Osman, 16 Rakaat, sebut nama Ali, okey witir dah masuk.
Hebat ulamak dulu tanda bilangan tarawih dengan selawat dan
pujian kepada sahabat bertaraf Khalifah, orang Syiah tak suka sebab puji
khalifah, "Wahabi" tak suka sebab selawat antara tarawih ni bidaah
katanya, tapi kata ulamak zaman tu, (arwah pak saudara saya), ini bidaah hasanah,
tak buat tak apa, tapi ada hadis Nabi mencela orang tak berselawat di bulan
puasa, maka kita zahirkan selawat antara tarawih.
Terus budak budak zaman tu, berlumba selawat paling kuat,
memang meriah!
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali
imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut, belajar
lafaz arab… niat Bahasa melayu dalam hati, sahaja aku puasa esok hari dibulan
Ramadan kerana Allah taaala..
Lepas tu moreh, meriah orang kampung bawa pelbagai kuih
muih, seperti koleh kacang, tok aji serbang, Beker ubi, lepak pisang, Kuwey
bait, tepung gomok, Nasik kapik sambal, nganang, kuwey bakor, Bubur pulut
itang, bukur jagung, putu bambu, rojok kateh, bronok sagu, temosa ikang, pulut
leper, puteri mandi, Akok keduttt, pergghhhhh, lepas penat main makan kuih
minum kopi O memang terbaik.
Hebat zaman tu sebab orang tua tua buat tarawih sampai 20
Rakaat. Kagum dari dekat!
Habis Moreh, ada geng buat Tadarrus Al quran, satu juzuk
satu malam, kita budak budak dah balik tidur nak bangun sahur.
Waktu sahur pula ada geng kejut sahur ketuk periuk keletung
keletung, semua orang terjaga tanpa guna alarm jam, tapi tempat kami, waktu
imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul, tak percaya tanya orang kuala
Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam. Kita panggil bedil katup!
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan?,
jadi bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala
magrib meriam berbunyi satu kali. Perghhh meriah.
Bila imam tarawih start baca Qunut, kami tengok di langit
bulan purnama penuh, bermakna dah separuh puasa, maka bermula main Meriam
buluh, mercun, pelita, dan sebagainya.
Teringat lagi tiap rumah yang ada anak lelaki, pasti akan
buat kubu perang, guna kayu yang di pacak di tanah lapang, biasanya berbetuk
Pentagon, atau kapal, dan setiap kayu di ikat tali antara tiang kecuali pintu
masuk, ada tiga barisan tali sebagai pagar, dan di ikat dengan kain gejer/perce
(mintak dengan tukang gunting, free jer dia bagi)
Depan kubu tu akan di buat Meriam buluh, dan di tengah kubu
ada pondok berbumbung daun kelapa kering, dan dinding di anyam dengan daun
kelapa juga, memang meriah, lepas tu perang Meriam siapa paling kuat. Bom bom
bom!
Belakang kubu juga di susun tempurung kelapa meninggi, dan di
bakar dari atas sampai ke bawah ambik masa isyak ke subuh, meriah bang!
Bila siang, geng budak budak puasa akan lepak dalam pondok
tengah kubu tu sambil baca komik, seperti gila gila, gelihati, humor, fantasi,
dan dua kali sehari, mandi perigi beramai ramai nak kurangkan lapar. Sambil
mandi tu macam macam jugak kitaorang main, asah duit guna kaki, buat bukit
dengan tanah liat, simbah air, dan sebagainya.
Waktu berbuka pulak, lauk penuh meja sebab setiap rumah
kongsi lauk pauk, sayalah yang akan bawa lauk mak masak ke rumah jiran jiran,
dan mereka pula akan membalas lauk, maka rambang mata waktu berbuka dengan
juadah bersifat, FAMILY Malaysia, satu kampung! Perghhhhhh.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, atau majlis NAMAT,
tanda bacaan di surau dah khatam dalam tadarus, atau Tarawih, terus ada majlis
berbuka puasa beramai ramai, surau tak cukup, rumah di sekeliling surau akan
jadi ruang untuk orang kampung berbuka, makan dalam talam, sedap semua lauk
ayam kampung dan nasi minyak, perghhhhh. Rumah saya dekat dengan surah, memang
orang akan makan sampai dalam rumah kami, meriah!
Masuk malam tujuh likur, geng budak budak meriah sangat
sebab orang pakat hias pelita di beranda rumah masing masing. Budak budak dan
pelita, macam macam permainan mereka boleh cipta. Tujuan pasang pelita sebab
ada qiamulai dekat surau, jadi rumah kampung memang berselerak, jauh jauh, dan
di jalanan pasang pelita buatkan jam tiga pagi budak budak nak pergi qiamulai
pun rasa seronok beronok ronok.
Dah dekat nak raya, gotong royong kemas rumah, bakar sampah,
cat jika perlu, tukar langsir jika dah koyak, dan zaman tu kad raya jadi hiasan
dinding, rumah ada awek cantik, kad raya boleh gantung macam pokok krismas!
Lampu kelip kelip tu wajib, ha ha ha. Ayam atau kambing peliharaan akan menjadi
korban.
Tiba malam raya, semua rumah meriah nak masak esok hari,
geng budak budak macam macam main sampai penat ke diri, dan bila tiba hari
raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga
dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap
sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah kubur, dan lain
lain.
Paling best duit rayalah, banyak ziarah, banyaklah makan dan
banyaklah duit dapat, masa ni lah dapat kenal sepepu sepapat, dua kupu dan kupu
kupu..
Satu lagi bab menu makanan, setiap rumah dah plan masak
berbeza beza, rumah saya nasi dagang, depan rumah saya, satay, belakang rumag
saya laksa, kira sana nasi minyak, macam macam! meriah sungguh dengan lemang,
ketupat, rendang, gulai kawah dan sebagainya,
Biasa raya pertama, ziarah keluarga jer, raya kedua, ziarah
kawan, raya ketiga, ziarah cikgu dan ustaz, raya ke empat, ziarah kawan jauh
sikit, sampailah raya ke enam, start balik puasa selama enam hari, dan dari
hari ke hari, ada jer rumah buat jamuan raya, selawat sikit, doa sikit, dan
makan! Sampai habis Syawal!
Maka semua ini adalah kenangan, jangan bimbang, kami tahu
mana satu bidaah hasanah dan mana satu Sunnah, sebab ustaz dah ajar, Bahawa
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai bidaah sesat,
manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi al-Quran dan sunnah
adalah perkara baru yang tidak sesat dikenali Bidaah Hasanah.
Saya ulang, Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang
menggunakan alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak
pernah buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak
berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis, dan
boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang saya rasa, atau apa yang
saya faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain
lain, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah
Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada
lebel itu, maka, pada pendapat saya yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH
HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat),
Cuma ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang
wenang kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak
tukar pada Bidaah Haram pulak? Adohai..
Kembali ke zaman sekarang, saya pun dah tua, balik kampung
tengok suasana dah berubah, tarawih dah jadi lapan jer, kubu perang dah takde,
budak budak sibuk main telefon jer, moreh bungkus makan kat rumah, berbuka lauk
sendiri.. bilangan orang tarawih pun makin kurang… Selawat alhamdulilah masih
ada..
Bidaah hasanah masih ada, Dan hingga kini, tak pernah jumpa
orang solat subuh empat rakaat sebab nak pahala lebih? Kenapa? Sebab kita faham
apa itu bidaan hasanah , apa itu Bidaah Dollalah!
Tahniah!
Akhir kata, Saya pun beli pelita dan bunga api, pasang kat
rumah saya, ajak anak anak main, sambil tu saya share link shope kot ada yang
nak beli,
Woha!
No comments:
Post a Comment