Orang islam ada yang kelakar tak?
Sebab ada orang bukan islam bayangkan orang islam ni
semuanya berwajah garang, bermata membunuh, dan ada senjata di tangan untuk
“jihad” menghapuskan orang kafir. Lalu munculah kalimah Islam pengganas di
seluruh dunia!
Lalu ada antara mereka sanggup bertanya: Kenapa orang islam
cepat stress lalu menjerit kalimah Jihad dan pergi membunuh orang kafir?
bukankah agama islam adalah agama kedamaian?, tapi kenapa saling bergaduh?, dan
saling bunuh membunuh?. Rujuk ISIS, Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama
islam, Kenapa?
Tak ada ke satu hari dalam islam suasana yang aman damai?
Ada tak orang islam yang kelakar? Korang orang islam memang hidup dalam stress
dan fikir nak bunuh orang ke hari hari?
Alamak, dia tanya ada tak orang islam yang kelakar, padahal
saya dah lama kelakar Cuma punch line saya mereka lambat pick up.
Woha!
Al Kisahnya, dalam catatan sejarah ada jer orang islam yang
kelakar, ada juga kisah Sahabat Nabi yang suka bergurau, dan buat lawak, hingga
Nabipun ketawa nampak gigi bila bersama dengan beliau.
Pernah waktu Nabi dengar Karkuzahri (laporan) dari Abu Bakar
yang baru balik dari Jemaah ke Busra, Nabi gelak bila Abu Bakar cerita tukang
masak, si Suwabit kena jual sebagai hamba oleh Nuaiman, macam mana boleh kena
jual?
Abu Bakar cerita, si Nuaiman ni lapar mintak makanan lebih
dari Suwabit, tapi Suwabit tak nak bagi, Nuaiman ugut nak buat sesuatu yang
drastik, tapi Suwabit tak heran, terus Nuaiman pergi pasar dan iklan nak jual
hamba yang pandai masak dan akan bercakap, “saya bukan Hamba”, dengan harga 10
keping emas. Ada orang arab beli, bayar kat Nuaiman, dan terus tangkap Suwabit
walau dia jerit “saya bukan Hamba”, waktu kejadian tu Nuaiman ni boleh pulak
buat muka serius menjual, hinggalah Abu Bakar campur tangan pujuk orang tu
pulangkan tukang masak sebab ni semua prank dari Nuaiman. Suwabit bila
dilepaskan, gelak jugak sebab dia pun pernah cuba jual Nuaiman tapi tak
Berjaya. Nuaiman lagi cekap, adohai.
Nabi juga pernah gelak waktu jumpa Nuaiman yang sakit
sebelah mata, Nabi tegur, “boleh ke makan kurma sedangkan kamu sakit mata?”
selamba Nuaiman jawab: Saya kan ada dua mata, saya makan kurma ni dengan mata
satu lagi. Terus Nabi gelak nampak gigi.
Kisah lain, Nuaiman ajak Nabi makan di kedai, biasa siapa
ajak dia kena belanja, tapi lepas makan Nuaiman suruh Nabi bayar, Nabi Tanya
kenapa? Nuaiman cakap: Raja kenalah belanja rakyat, Tuan Nabi kot, kenalah
belanja saya.., Nabi gelak dan bayar makanan itu.
Kisah lain, Nuaiman bagi hadiah makanan dan madu pada Nabi
dengan kuantiti yang banyak, waktu Nabi agihkan makanan dan madu itu pada
sahabat lain, datang penjual makanan dan madu mintak duit, sebab Nuaiman tak
bayar pun. Nabi dah agak, inilah kerja Nuaiman, terus Nabi senyum dan bayar,
hari lain Nabi Tanya Nuaiman, kenapa kau bagi hadiah tapi saya pula yang kena
bayar?
Nuaiman cakap, “Saya nak bagi hadiah kepada Tuan tapi saya
tak ada duit tapi saya tetap nak bagi hadiah sebab saya nak pahala bagi hadiah”
Selamba jawapan Nuaiman. Nabi terus senyum nampak gigi lihat gelagat Nuaiman.
Adohai.
Kisah lain lagi, ada orang bergurau dengan Nuiaman, suruh
sembelih unta orang arab yang baru masuk islam, orang tu masuk masjid, masuk
islam, tapi Nuaiman boleh pulak sembelih dan panggang bonggol unta, bila orang
arab tu menjerit unta dah mati, Nuaiman lari menyorok dalam kebun jauh dari
Madinah.
Nabi ganti unta kepada Mualaf dan cari Nuaiman, terus jumpa
sedang menyamar jadi tanah, dengan sapukan debu pada seluruh badan, Nabi sambil
tersenyum sapu debu pada wajah Nuiaman dan ajak makan unta tadi sebab Nabi dah balanja.
Sahabat kadang pelik tengok Nabi layan karenah Nuiaman yang
buat lawak bukan bukan, lebih parah Nuaiman pernah mabuk akibat minum arak,
Nabi hukum dengan pukul Nuiaman dengan kasut, Saidina Umar yang geram dan
berkata, Laknat Allah kepada Nuaiman, tapi Nabi tegur, dosa besar tak keluarkan
orang itu dari islam. Malahan Nabi kata Nuaiman selalu buat saya ketawa, dan
dia akan masuk syurga sambil ketawa.
Rupanya Nuiaman ni golongan Awalin masuk islam, dan sertai
perang Badar, Uhud, Khandak, malahan waktu perang Tabuk ada sahabat bernama
Kaab, Hillal dan Murarah R.A. tak sertai perang, lalu kena PKP oleh Nabi, tapi
Nuiaman setia dalam semua perang.
Balik kepada Nabi Muhammad SAW sendiri, ada waktu Nabipun
bergurau dan buat lawak, A'isyah R.a berkata : "Jika Rasulullah S.a.w
berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan ketawa".
Ada isteri sahabat kahwin dan belum berjimak, saya cakap kat
Nabi, sipolan tu belum Bersama suaminya seperti hujung kain yang belum di
jahit..
Nabi katawa.. dengar kata perumpamaan Aisyah.
Nabi juga kadang guna ayat lucu kepada Aisyah: “kamu ni
pecinta Yusof, suka bantah sekian sekian hal“
(maksud pecinta Yusof, macam perempuan zaman sekarang suka
Kpop hensem, Nabi yusof kan paling hensem dalam dunia, jadi Nabi petik nama
Nabi Yusof waktu tegur isterinya)
Pernah Nabi pesan pada Aisyah, pergi tanya pada ibu bapa
kamu, antara harta dan Nabi saya nak pilih yang mana? Jangan buat keputusan
selagi tak tanya ayah dan ibu kamu.
Jawab Aisyah, “saya nak nabi, dan hal ini, saya tak nak
tanya mak serta ayah saya.”
Nabi gelak dengar jawapan Aisyah! Orang perempuan jika dia
kata dia nak! Kan?
Pernah semua isteri Nabi berkumpul dan Tanya, siapa
Rasullullah paling sayang? Nabi cakap: “Siapa dapat hadiah malam ni, dia adalah
kesayangan saya”, maka malam itu Nabi jumpa isteri sorang sorang, dan semua
diberikan satu dirham dengan syarat, jangan cerita kamu dapat hadiah, jadi esok
pagi semua isteri Nabi tersenyum gembira. Woha!
Ada juga kisah Aisyah bawa daging berkuah untuk Nabi, tapi
waktu itu Saadah ada dekat nabi, Aisyah pun ajak Saadah makan, tapi Saadah tak
nak, kata Aisyah, jika tak nak makan, saya sapu daging ini ke muka awak?,
Saadah masih tak nak, terus Aiyah ambik daging berkuah dan sapu ke muka Saadah,
Nabi gelak sambil suruh Saadah sapu balik ke muka Aisyah.
Waktu itu, Sahabat Nabi, saidina Umar yang ada luar rumah
Nabi, terdengar Nabi gelak ketawa Bersama isteri isteri baginda, dan terus
Saindina Umar rasa kagum dari dekat, kita semua kagum dari jauh lah yer?
Hehehe.
Arakian, Sahabat pun ada masa bercakap hal lucu pada Nabi,
waktu tu Nabi bercerai dengan anak Umar…
Kata Umar pada Nabi, kita ni kan pada zaman Jahiliyyah,
perempuan semua takut pada lelaki, takde perempuan berani campur tangan hal
lelaki, hinga Islam datang bagi hak pada Wanita, maka isteri saya pun campur
tangan hal saya, bila saya tegur, kata isteri saya, anak kita, Hafsah(isteri
Nabi) pun pernah campur tangan hal Nabi tau!
Saya terkejut dan adu pada Ummu salamah, kata Ummu salamah:
Kau ni Umar, urusan rumah tangga Nabi kau campur tangan
takpe pulak?
Aduh, kena setempek!
Nabi gelak hingga Nampak semua giginya waktu dengar kisah
Umar..
Note: Bagi yang tak tahu, nabi pernah bercerai dengan anak
Umar, malaikat Jibril suruh rujuk sebab Hafsah suka puasa dan ibadat malam.
Kata jibril, Hafsah akan jadi isterimu di syurga. Cerai itu halal, rujuk juga
halal, guna semuanya di tempat yang betul.
Sambung balik bab sahabat berlawak depan Nabi,
Al kisahnya, Pernah jugak waktu wahyu turun, Nabi akan diam
dan berpeluh, salah sorang sahabat buat lawak, “diam semua, wahyu ni khas untuk
saya sebab saya tanya soalan tadi”, Saidina Umar terus sampuk! Wahyu ni bukan
untuk kau! Tapi untuk semua orang! Sahabat yang lain kemudian tertawa dan Nabi
lepas habis transfer wahyu tersenyum dan cakap: Umar betul!
Tamin r.a bila tahu arak haram di minum, selamba tanya Nabi,
jika jual aci tak? Nabi tertawa mendengar soalan jujur, dan lepas tu Nabi
explain hukum hakam bab arak.
Kisah lain, Sahabat Arm bin Ash, dalam musafir berhadas
besar, dan tidak mandi wajib sebab terlalu sejuk, jadi Imam solat subuh dengan
tayamun sahaja. Abu bakar mengadu pada Nabi, sebab Bidaah ni ganti mandi wajib
dengan tayamun.
Nabipun tanya kenapa kau ganti mandi junub dengan tayamun?
Sahabat Arm bagi hujah, rujuk Surah An nisa, ayat 29, jangan
kamu membunuh diri. Saya jika mandi waktu sejuk, mungkin akan mati, maka
seperti bunuh diri, jadi saya ganti dengan tayamun. Boleh kan?
Nabi gelak, dan benarkan ijtihad sahabat. Alhamdulillah.
Hari lain, ada sahabat berguling atas padang pasir, Nabi
tanya dah kenapa?
Katanya nak mandi wajib tapi air takde, nabi tergelak dan
ajar sahabat ni bab tayamun ganti junub. Alhamdulillah.
Ada pulak kisah arab badwi berdoa depan Nabi, ya Allah
ampunkan dosaku dan Nabi sahaja, orang lain jangan ampun”
Nabi gelak mendengar doa lucu begitu, dan tegur, jangan
sempitkan apa yang luas.
Macam macam hal kisah sahabat kan?
Ada sekali tu, Nabi pesan, siapa yang sentiasa ada di
samping pemerintah, mereka adalah seperti berada di pintu kehancuran, melainan
pempimpin yang dipelihara Allah.
Terus salah sorang arab dusun berkata: jika begitu saya tak
akan ada di samping mana mana pemimpin termasuk kamu!
Nabi tergelak sebab ada jugak orang macam gini. Adohai…
Sahabat lain pulak, zihar isteri tapi bersetubuh, Nabi tanya
kenapa?
Katanya bila bulan purnama terkena kaki isteri, kulitnya
jadi putih, saya tak tahan!
Nabi tersenyum dengar jawapan sahabat tadi sambil ajar bab
Zihar dan kafarah.
Waktu lain, Nabi sedang borak dengan Wanita-wanita yang
datang tanya soalan agama, tak lama lepas tu saidina Umar datang dekat, terus
semua Wanita tu diam.
Nabi tergelak sebab semua Wanita tu takut pada umar,
Umar tegur, amboi, dengan nabi bukan main meriah, dengan aku
semua diam.
Kata perempuan tu, sifat kamu yang keras buatkan kami diam.
Nabi pun jawab, Syaitan pun takut pada umar, jika umar lalu
jalan itu, syaitan akan lalu jalan lain.
Perghhhhhhh!
Ada juga Riwayat Nabi gelak tengok orang makan, sahabat
tanya kenapa? Nabi cakap orang tu tadi tak baca bismillah, maka syaitan makan
bersamanya, sekali orang tu baca bismilillahiawalulakhir, terus syaitan termuntah,
woha!
Ada juga kisah Nabi tergelak lepas berdoa, sahabat tanya
kenapa? Nabi cakap, baginda nampak iblis ambik pasir tabur kepala kerana sedih
doa nabi telah dimakbulkan, Riwayat mengatakan nabi gelak hingga Nampak gigi.
Hari lain, Nabi tergelak melihat kambing berkejaran, yang
bertanduk kejar yang takde tanduk, sahabat tanya kenapa gelak? Nabi bagitahu,
akhirat nanti, di padang mahsyar, kambing yang dikejar pula akan mengejar,
waktu itu Nabi nak cerita bab betapa adilnya akhirat hingga binatang pun mendapat
hak masing masing.
Tapi binatang lepas di adili akan menjadi tanah, manusia
lepas di adili akan ke neraka, kerana itulah permintaan ahli neraka nak jadi
tanah macam binatang,
Sambung lagi kisah Nabi pun bergurau…
Saidina Ali bin Abi Talib K.w pula menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w selalu kelihatan ceria, tenang dan santai, banyak tersenyum di
hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembicaraan mereka, bahkan
Baginda kadang-kadang tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.
Pernah Saidina Ali sedang makan kurma bersama Nabi, Beberapa
ketika kemudian, Sayyidina Ali menyedari bahawa beliau memakan sangat banyak
kurma. Sebab ada biji-biji kurma yang banyak depan beliau.
Diam-diam beliau memindahkan biji kurma miliknya ke tempat
biji kurma milik Rasullullah lalu berkata. "Wahai Nabi, engkau nampak
begitu lapar sehingga makan kurma begitu banyak. Tengok biji semua depan kamu”
Nabi sambil tersenyum jawab: "Ali, kamulah yang sangat
lapar. Sehingga makan kurma bersama biji, langsung tak ada biji tersisa di
depanmu”
Terus Gelak Saidina Ali mendengar jawapan Nabi itu, woha!
Kisah lain, Nabi panggil Anas “wahai kamu yang ada dua
telinga”, terpinga sekejap Anas nak hadam gurauan Nabi Muhamad SAW. Bila Nabi
tengok Sahabat suka main dengan kucing, Nabi panggil dia “Wahai Bapa Kucing”,
senyum sahabat tu dapat geleran tu dan terus tukar namanya jadi “Bapa Kucing”
(Abu Hurairah) sampai hujung nyawa.
Ada jugak kisah orang tua datang jumpa Nabi minta Doa masuk
syurga, Nabi jawab: Tiada orang tua masuk syurga” Terus sahabat yang tua ni
menangis, Nabi terpaksa explain the joke, bahawa semua orang dalam syurga
adalah muda, orang tua masuk pun jadi muda.
Tapi ada kisah jugak, Nabi buat lawak yang tak sampai punch
line jika kena explain, maka nabi diam sahaja, sebab just never explaining a
joke couse is not funny if you have to explain it.
Alkisahnya, Ada sahabat minta Nabi tolong dia naik unta,
Nabi cakap, Nanti aku akan tolong kamu naik anak unta lah..
Sahabat ni pelik, kenapa Nabi suruh naik anak unta? Tak
zalim ke naik anak unta? Sahabat lain explain Nabi buat lawak tu sebab semua
unta adalah anak unta kepada ibunya. Baru sahabat ni senyum faham nabi
bergurau.
Ada jugak kisah wanita bagitahu Nabi suaminya sakit, Nabi
cakap, suamimu yang dalam matanya ada putih tu ke?
Wanita ni pelik, mana ada suami mata nya putih?, balik rumah
suaminya bagitahu semua orang ada mata putih, baru punch line sampai kat wanita
tu-woha!
Ada Wanita mengadu anaknya sakit, Nabi suruh bagi susu,
Wanita tu kata anak dah besar, baru balik perang Badar, mana boleh menyusu?!
Nabi gelak, sebab Wanita tu serius padahal Nabi cakap bukan
susu ibu, susu kambingkan ada?, adohai..
Ada sekali tu, sahabat berkata, Nabi dan isteri isterinya
dalam khemah atas unta, dekat luar pemandu unta tiba tiba menyanyi dengan suara
yang merdu.
Nabi cakap: “Jangan nyanyi kuat sangat, nanti pingang magkuk
pecah”
Terus semua isteri Nabi ketawa.
Sahabat ni tak faham, apa yang lawak? Unta laju bila suara
kuat, pingang pecah? Atau pinggang pecah sebab suara tak sedap? Atau maksud
pinggang pecah isteri tergoda? Sahabat tak faham lawak tu, tapi isteri Nabi
ketawa. Punch line sampai!
Jadi tuan tuan, hidup ni kenalah cari masa untuk bergurau
senda, sekali sekala apa salahnya. Nabipun pandai bergurau, makan janganlah
serius sepanjang masa.
Balik kepada kisah Nuaiman, ada satu lawak gila dia buat,
iaitu zaman Sadina Osman jadi khalifah, ada orang buta nak ke tandas, Nuiaman
ni konon buat baik dan pimpin si tua ni pergi kencing, sekali rupanya dinding
masjid!?
Menyumpah seranah orang tua buta tu bila kena tegur oleh
Jemaah lain, dan Nuiaman pergi menyorok
sambil gelak, sebab orang tua bersumpah nak ketuk kepala Nuaiman dengan tongkat
sampai berdarah!
Esoknya Nuaiman buat suara lain dan pergi kat pakcik tua
yang buta tu dan berbisik “Pakcik nak cari Nuiman kan? Saya tahu di mana dia”
Terus di pimpinnya tangan pakcik tu sampai ke mimbar Masjid yang mana Saidina
Osman sedang iktikaf, terus orang tua tu ketuk kepala Saidina Osman sampai
berdarah! Terkejut sahabat lain sebab Osman tu Amirul Mukmunin! Raja semua
orang islam!
Sahabat lain tangkap Nuaiman, Tapi Saidina Osman r.a maafkan
Nuiaman malahan gelak dengan kejadian itu, ada riwayat mengatakan Saidina Osman
r.a berkata, semua dosa ahli Badar diampunkan Allah. Lepaskan dia.
Tak lama kemudian, Saidina Osman mati dibunuh oleh
pemberontak islam, Ini bukan gurauan lagi, juga tak lama kemudian berlaku
perang antara ahli syurga, Saidina Ali lawan Talhah, dan dikatakan sejak perang
ahli Syurga itu berlaku, Nuaiman tidak tersenyum dan ketawa lagi. Beliau
dikatakan menanggung kesedihan melihat fitnah menimpa umat islam, dan
menghebuskan nafas terakhir di zaman Muawiyah berkuasa.
Maka dalam kita bergelak ketawa, jangan lupa kisah Sahabat
yang telah alirkan darah dan air mata demi memperjuangkan agama.
Abdullah bin Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan
Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila
Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian
sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik,
Hanzalah menangis, Nabi cerita agama telah sempurna, Abu Bakar menangis, Nabi
cerita tentang kematian, semua sahabat menangis.
Dalam sejarah islam, tak ada orang terdahulu yang gelak
sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya:
"Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana
takutkan Allah s.w.t..."
Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar,
Umar, Osman, Ali akan berlinang air mata..
lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu
telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi
oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air
mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis
mengenangkan dosa-dosa.
Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw bersabda “Banyak
tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang banyak tertawa di
dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”
Jadi tuan tuan, dalam kita gelak berdekah atau buat lawak,
jangan lupa menangis dalam solat tahajjud dan dalam doa selepas tahajjud kerana
menangis dalam solat dan doa itu sunnah, dan tangisan takutkan Allah, akan
memadamkan api nereka!
Akhir kata.., beruntunglah sesiapa yang menangis dalam
solat, InsyaAllah akan bahagia di akhirat, dan sesiapa yang gelak dalam solat,
maka solatnya batal! Tak sah! Solat semula!
Woha!
Ps: Saya telah lama kelakar, tapi baru ini korang nak gelak?
bukakan esok lusa kita semua bakal menjadi mayat?! Renung renungkan.
(Ditulis oleh penulis buku KISAH LAKI BINI)
No comments:
Post a Comment