Jun 8, 2022

Berita buruk tentang anak?

Sebagai ibu bapa, kita kena bersedia menerima berita buruk tentang anak.

Alkisahnya, waktu anak kecik kecik dulu, selalu wife call suruh balik sebab anak cedera!

Pernah anak sulung main basikal dengan ganas, jatuh dan luka kening, pergi klinik dapat jahit dekat kening, terbang duit kuning RM20 dua keping, lepas tu anak nombor empat umur enam tahun main rumah jiran jatuh tersengguk bucu meja depan TV, darah membuak celah pipi, jiran ajak pergi klinik swasta, katanya kat sana servis bagus, terbang RM 120, bukan jahit pun, tampal jer.., adohai..

Anak nombor dua pulak,  pulang sekolah kaki ayam bagitahu kasut hilang waktu solat kat surau. Kasut tu baru saya beli bulan lepas sebab sebelum inipun hilang juga waktu main bola letak tepi padang, saya kena keluarkan duit lagi sambil marah sikit sikit sebab cuai sangat.

Anak perempuan mengadu beg talinya putus dan minta beg baru. Saya cakap jahit sahaja, tapi bila lihat fizikal beg, ya! memang kena beli baru.

Anak nombor empat yang luka pipi, melihat kakaknya dapat beg baru dan abangnya dapat kasut baru menangis berguling guling mahu beg baru dan kasut baru. Bila saya tak bagi, si anak mengamok panjat stroller baby, patah!. Nasib baik baby dah boleh berdiri, tak payah beli stroller baru, Adohai..

Kata bini pula, anak OKU main gunting, habis di potongnya langsir, belum habis isteri bercakap, saya terus bagi duit dan berkata:

“shut up and take my money!”

Woha!

Moral of the story, anak ni banyak ragam, dan kesilapan si anak biasanya berkadar terus dengan penambahan wang perbelanjaan, Saya pulak, bukannya berduit sangat, sepatutnya saya mengeluh dan salahkan kerajaan kerana tidak bantu rakyat marhaein macam kita, tapi melihat penderitaan ibu bapa yang menjaga anak OKU yang jauh lebih teruk dari anak saya, maka saya sangat bersyukur pada Allah kerana ‘ujian’ saya ini sangat kecil dan ringan berbanding ibu bapa yang ada anak OKU lain. Oh..

Malu saya nak mengeluh masalah anak dan harga barang.

Kepada Ibu bapa yang ada anak OKU, dan sabar dalam menjaganya, korang adalah wira sebenar di   Dunia dan di akhirat!

Kagum dari jauh!

Terkini, anak nombor empat yang dah pandai naik motor, jatuh motor seorang diri akibat bawa laju dan brek Kawasan pasir,

Saya dukung dia ke Klinik, cuci luka semua, habislah lagi seratus lebih, mujur takde apa yang patah.

Namun setiap kejadian pasti ada hikmah!

“Ayah, apa hikmahnya saya sakit jatuh motor ni?, ayah akan belikan motor baru ke?”

Takde maknanya, kebaikkan dia korang akan lebih hati hati lain kali, mungkin dalam universe yang lain, korang dah mati kemalangan, lalu kejadian jatuh motor ni anggaplah macam hikmahnya Nabi Khidir membuat kerosakkan demi kebaikkan masa depan. Nak detail baca kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa mengubah takdir dengan kejadian yang buruk sedangkan semua itu ada hikmah di masa hadapan.

“Deep sangat ni ayah, guna konsep multiverse baru saya faham, syukur pada Allah jatuh motor dan cedera sikit, dapatlah saya amal solat duduk Ketika sakit”

Begitulah kisah saya dan anak, yang mana Alang alang saya ajar anak solat duduk atas kerusi, baik saya share juga cara solat duduk buat semua pembaca page keretamayat, mana tahu Panjang umur tapi sakit tua maka solat tetap kena solat walaupun terpaksa duduk…

Okey,cara ringkas solat duduk:, waktu takbir jika boleh berdiri, maka berdiri macam biasa, sebab rukun 13 wajib berdiri bagi yang mampu lepas tu baca Al fatihah macam biasa, bila rukuk, anak kata tak boleh nak pegang lutut sebab sakit, maka rukuklah setakat boleh rukuk, dan peganglah peha atas sebab lutut sakit..

Iktikal kena berdiri, kemudian bila sujud, memang tak boleh, lutut, betis, atas kaki, hujung jari, semua luka dan sakit tak boleh lipat, maka duduklah waktu sujud, dan bongkoklah setakat boleh bongkok.

Bagi yang awal lagi tak boleh berdiri, takbir dah start duduk, maka kena bezakan rukuk dan berdiri, tunduknya condongkan lah sikit, jika kepala jer boleh gerak, bezakan dengan aras tunduk, jika mata jer boleh gerak, bezakan dengan arah pandangan, begutulah lebih kurang solat duduk atas kerusi, boleh tengok youtube banyak ustaz dah share.

Habis solat, kawannya datang ziarah tanya khabar, macam mana boleh jatuh moto?

Selamba anak jawab, “salah pasir tak bagi signal”

Woha!

Ps: Syukur kepala anak takde apa apa asbab pakai helmet, ajal maut di tangan Allah, tapi pakailah helmet, boleh beli sini, https://shope.ee/402H6fiAfx

Statistik menunjukkan 65% kemalangan maut melibatkan motosikal. Usaha dan tawakal, selamat pakaikan anak helmet motor: https://shope.ee/402H6fiAfx

No comments: