Alkisahnya, Banyak berita melintas di media sosial isu krisis makanan
Sejak sebelum puasa hari tu, kita ada dengar berita
terjejasnya eksport jagung dan gandum, akibat Krisis perang Rusia-Ukraine.
Kemudian Bank Dunia mengeluarkan amaran tentang krisis
makanan serta inflasi.
Baru baru ni, Indonesia mengambil keputusan menghentikan
eksport minyak sawit.
Dan terkini, India mengambil keputusan menghentikan eksport
gandum.
Belum cerita kisah daging ayam naik harga sebab masalah
subsidi kerejaaan!
Nampaknya “kek” semakin kecil, maka pihak pemimpin dan
kerajaan kenalah serius buat usaha besarkan kek!
Pendek cerita, bila banyak berita isu krisis makanan, maka
banyak jugak nitezen share tentang prep makanan, yang mana kita kena simpan
makanan banyak banyak bawah tanah untuk stok tiga tahun, sebab nanti dajjal
datang, kedai semua tutup, maka kita boleh makan makanan tu sorang sorang.
Adohai, bab makanan, tak payah tunggu dajjal, jika Allah nak
uji sekejap jer, andaikan berlaku perbalahan, berlaku perang, macam di Russia,
atau di Middle east, semua yang simpan makanan banyak banyak akan kena serbu
dulu, nenek moyang kita dah hadap waktu zaman jepun dulu atau, zaman kominis
dulu, yang mana rumah yang ada banyak makanan, rumah tulah kena serbu terlebih
dahulu oleh tentera atau orang awam yang lapar, masa tu ketua kampong kenalah
ada ilmu catu makanan kerana hak orang lapar, wajib orang kenyang tunaikan..
Untuk itu, amalan nenek moyang kita jugak, prep ni memang
mereka buat, iaitu adakan stok makanan lebih untuk tetamu mengejut, siapa sajer
yang datang, insyaAllah, ada jer boleh hidangkan, itu prep yang mulia dalam
islam, simpan makanan untuk tetamu..
Zaman Nabi ada kisah sahabat hidang tetamu dalam gelap
gelita sebab takde makanan, turun ayat Allah memuji orang yang layan tetamu
dengan beri makan, dan perlindungan, sebab mereka sanggup satu keluarga tak
makan asal tetamu makan, Allah puji sebab faham mereka betul bab Iman dan
takwa..
Maka nak prep, niat kena betul, iatu nak tolong orang lain,
bukan nak pentingkan diri sendiri sahaja, insyaAllah siapa niat betul, nanti
halaman rumahnya pun boleh subur dengan ubi, pisang, dan sebagainya.. sebab
prep ni bertindak macam air perigi, makin digunakan oleh orang ramai, makin
bersih dan bertambah air, tapi jika prep simpan sorang sorang, jadi perigi buta
jer nanti.
Islam tak ajar selfish, rujuk kisah Nabi Yusof, bila kemarau
datang, Raja yang kena simpan makanan untuk rakyat stok tujuh tahun, itu yang
islam ajar, maka kita kena sedarkan pemimpin, isu krisis makanan ni kena terus
buat usaha besarkan kek!
Bukan rakyat simpan sendiri sehingga stok makanan habis, dan
pekedai naikkan harga dan berlaku kezaliman, pernah ada kisah zaman khalifah
mana ntah?, saya lupa, bila ada krisis makanan, khalifah suruh semua orang
keluarkan makanan dan catu untuk dibahagi bahagikan, tapi ada rakyat yang
sengaja sorok sebab pentingkan diri, lalu khalifah keluarkan fatwa, halal
mencuri makanan pada rakyat yang sengaja prep makanan sorang sorang.. tiada
hudud potong tangan buat mereka yang mecuri dari orang yang sorok makanan!
Satu lagi bab kemarau, dalam islam ada hokum solat hajat
minta hujan secara berjemaah di padang, yang dipimpin oleh amir, tapi jika ada
rakyat yang sorok makanan, sorok air, dan sertai solat tu, maka bantuan tak
datang, lagi lagi jika amir senyap senyap dah berpakat dengan si penyimpan dan
mendapat “rasuah” potongan “kek” dalam stok makanan di sorok.. lambatlah nusrah
Allah nak datang sebab Islam punya konsep, sorang susah, semua kena bantu,
macam anggota badan yang sakit gigi, maka seluruh badan kena pergi klinik gigi,
begitulah analogi ringkasnya..
Bab dajjal muncul nanti, makanan orang beriman adalah zikir,
maka prep yang terbaik adalah prep iman dan amal, solat lima waktu berjemaah
jangan tinggal, dan tidak sempurna iman jika tak mengasihi makhluk, maka tak
salah nak prep makanan lebih di dapur untuk layan tetamu, atau bantu siapa
siapa yang susah nanti, janji Allah, orang sedekah, rezekinya bertambah, orang
sambut tetamu, bala akan dijauhkan.
Nak simpan wang untuk kecemasan?, boleh guna formula enam
bulan gaji, sebab andai kena buang kerja maka kita ada masa untuk bertahan
hidup, itu bab gaji, wang takde masalah nak simpan lebih sikit sebab senang di
cairkan, tapi bab makan? Nak simpan stok tiga tahun sebab dajjal datang tempoh
susahnya tiga tahun?
Jangan terlampau yakin dengan makanan yang di simpan,
berserdehanalah, boleh jer Lebihkan simpan untuk terima tetamu, maka stok
makanan kita doublekan sebab tetamu boleh datang bila bila masa terutama mereka
yang ramai saudara mara.. ikram muslimin adalah amalan yang mulia.. Siapa yang
bersedekah, inyaAllah rezeki akan bertambah..
Maka semalam, saya dan wife bercadang nak buat open house
sekitar kejiranan kami, tapi check group wasap, hari hari ada jemputan raya,
nak kena cari tarikh yang sesuai, sebab tak nak bertindih banyak jemputan,
membazir pulak nanti. Syukur saya di kelilingi dengan jiran jiran yang prep
makanan untuk buat jamuan raya, Alhamdulillah..
Kemudian kami pergi kedai nak beli pinggan mangkuk pakai
buang, alamak, banyak dah habis! Dua tiga kedai kami pergi semua habis, rupanya
masih ramai Orang beli buat jamuan raya sana sini!
Inilah prepping sebenar, bagi makan sana sini, rezeki akan
terus bertambah. InsyaAllah..
InsyaAllah waktu terdekat, abang keretamayat dan isteri akan
buat open house kali ke dua secara kecil kecilan untuk kejiranan terdekat,
doakan abangkeretamayat dapat beli pinggang mangkuk pakai buang lagi malam ni,
nak pergi cari kedai lain pulak jap lagi.
Woha!
Akhir kata, Tahniah kepada mereka yang prep barang dapur
lebih sikit bulan ini untuk buat jamuan raya, jangan lupa jemput abang
keretamayat sama.
Semoga kita semua, Woha sampai syurga!
No comments:
Post a Comment