Bercinta sebelum kahwin ni kena betul betul ‘puasa’, belum rezeki berbuka, jangan calit, atau cium, atau jilat, atau apa apa yang ringan, berdosa!
Dah tahu sedang puasa jangan gatal dekatkan diri dengan kek,
tengok gambar kek, bayangkan makan kek, memang sedap rasanya tapi haram!
“Alahai abang mayat, calit sikit jer, letak kat bibir, bukan
telan pun!?”
Teorinya begitulah, tapi banyaknya yang makan kek tu, dan
bila tak sedap, ada yang baling kek!
Pecah dan terbiar… belum kahwin dah kena pukul pun ada?
nauzibillah…
Cara terbaik adalah jangan dekati zina!
Jaga aurat, akhlak dan solat insyaallah selamat.
Jangan tunggu pakwe lempang baru nak sedar, sepatutnya pakwe
nak pegang sikit pun korang terus cabut.
Semoga ada sinar buat semua wanita baik di luar sana. Wanita
baik untuk lelaki yang baik. Wanita solat awal waktu untuk lelaki yang solat
saf nombor satu.
Insyaallah…
Sungguh orang Islam akan gembira bila tiba waktu berbuka
puasa, maka begitulah juga orang bercinta, ‘puasa syahwat’ akan tiba waktu
berbukanya dan waktu itu gembira seakan makan kek hari jadi pertama kali!
Woha!
Lapar pulak bila cerita bab kek…. Gegadis sila take Notes!
No comments:
Post a Comment