Jun 13, 2022

Multiverse?

“Abang mayat, jika takdir dah tertulis, kenapa kita kena berdoa dan berusaha, bukan semua dah di takdirkan siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?”

Kata seorang remaja yang berbaju T Shirt hitam dengan emej wajah Dr Strange dan Wanda, peminat Avengers lah ni, Maka masa untuk saya membebel..

*****

Korang ni ingat tak kisah Dr Strange dan Iron Man lawan Thanos?, maka Dr Strange guna sihirnya dan melihat masa depan dengan 14 juta keberangkalian dan hanya satu saja cara nak kalahkan Thanos, iaitu Stark kena mati. Maka terjadilah jalan cerita End Game.

Hidup kita ini pun sama, kita ada watak yang telah Allah takdirkan, sedang Allah pula Maha Melihat dan Maha Mengetahui, dan Allah dah lihat semua masa depan kita, lihat semua pilihan kita. Berjuta juta kebarangkalian yang kita buat, semua Allah Nampak!

Maka Allah pun tulis takdir dengan ilmunya Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Dari sudut padangan Allah, syurga neraka semua Dia dah tahu nasib manusia.

Tapi dari sudut kita, tak tahu bukan?, maka jika kita berdoa dan berusaha, maka ditakdirkanlah kita orang yang berdoa dan berusaha lalu terbuka jalan ke syurga. Tapi jika kita nak salahkan Tuhan, maka ditakdirkanlah kita orang yang salahkan Tuhan dan masuk neraka.

Dr strange pun cakap kat Iron Man, aku tak akan bagitahu masa depan, usahakan lah sendiri. Sangat adil tindakan itu dalam filem, no spoiler!

Baik, bayangkan jika mereka berdua islam, dan ubah situasi, Dr Strange bagitahu Iron Man, engkau mati masuk neraka, maka dah tentu Iron Man akan give up tak solat, mati dan memang masuk neraka, tapi bila Iron Man tak tahu dia mati masuk neraka, maka Iron Man akan usahakan diri beribadat, solat bertaubat semua, maka insyaAllah Iron Man ke syurga.

Rujuk syaitan pulak, bila dah bagitahu mereka di laknat dan akan ke neraka, ada mereka nak bertaubat? Mereka terima laknat itu dan buat kerja kerja jahat yang menjadikan mereka ke neraka.

Rujuk Abu Lahab, bila turun ayat laknat Allah cerita Abu Lahab dan isteri masuk neraka, ada Abu Lahab nak bertaubat? padahal dia boleh buat parallel universe dengan bertaubat, dan nanti Allah boleh turun ayat Nasikh Wal Mansukh (Ayat pembatal ayat), tapi diapilih nak lawan Nabi sampai aihirnya mati hina dan membenarkan laknat ayat Al quran ke atasnya.

Ada jugak kisah malaikat Harut Marut (riwayat israiliyyat) yang buat dosa bila menjadi manusia, tapi mereka pilih untuk bertaubat, maka Allah ampunkan mereka.

Maka kita sebagai manusia, yang tak tahu masa depan, usahalah, berdoalah, sesuai dengan ayat, "Allah tak ubah nasib kita jika kita tak ubah nasib kita sendiri". Ayat tu sudah terang lagi bersuluh maknanya, tak perlu sampai nak kena tafsir berlapis lapis macam ayat mutasyabihat.

Lagipun Neraka depan mata belum berlaku, pintu taubat belum tertutup, takdir semua tak tahu, tiba-tiba kita nak pertikaikan takdir macam dah tahu tahu ke neraka? Apahal? Syaitan jer tahu dia ke neraka dan salahkan takdir! Jangan jadi macam syaitan!

Sungguh Allah Maha pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyanyang..

Maka gunakan peluang pintu taubat masih terbuka ini sebaiknya sebelum pintu keretamayat terbuka pulak.

Woha!

No comments: