Jun 11, 2022

Hukum gambar raya?

Salam abang keretamayat, ada yang kata berdosa letak gambar raya satu keluarga di media sosial, apa ulasan abang?

******

Wsalam, gambar raya tak boleh letak dalam media sosial?, habis tu korang nak letak apa? Gambar najis? Gambar mayat berulat? Gambar kemaluan terkena penyakit siflis?

Adohai, Media sossial ni macam berita jugak, ada gambar, ada video, jangan melampau lampau udah ler, jangan letak yang jelas haram, atau perbuatan dosa, yang baik baik seperti meriahnya raya, go on, insyaAllah apa yang harus di dunia nyata, maka haruslah juga di media sosial,

Malahan ada hujah jika di dunia nyata perempuan tu tak tutup aurat, maka boleh kita letak di media sosial akan gambarnya tak tutup aurat dengan niat sampaikan berita, dengan guna kaedah islamik bermaksud:

“Sesuatu perkara itu apabila ia menjadi sempit, maka boleh di longgarkan namun jangan sampai terlondeh atas dasar keperluan itu diraikan setakat yang diperlukan”

Al faham ke idop?

Begitulah bunyinya kaedah islamik itu, contoh bini PM tak tutup aurat datang ziarah kampung dan berucap, maka videonya berucap di rakam wartawan lalu share di pelbagai media, maka hukum naik gambar isteri PM tak tutup aurat, kata mufti pakar agama, hukumnya harus..

Rujuk fatwa mufti tu nanti di ruang komen, abang share link…

Maka bila fatwa membenarkan kelaziman orang tak menutup aurat di kongsi gambarnya sebagai keperluan berita atau cerita, maka apalah salahnya jika gambar tu memang menutup aurat seperti gambar raya satu keluarga?

Apapun nasihat abang,  korang boleh pilih mana satu:

A) Takde siapa paksa korang follow, like, share. Yang mana Wall FB dan IG ada tingkap, tuan rumah buka tingkap korang pun intai, nampak gambar raya satu famili korang pun dengki sebab mungkin korang sedang forever alone? Padahal Rezeki setiap orang tak sama, maka raikan rezeki sendiri, Insya Allah akan bertambah nikmat bila baki nikmat kita syukuri, tapi jika dengki, nikmat yang ada akan di Tarik balikki..

B) Tahu tak? siaran TV, berita, Astro, semua tu ada video perempuan bertudung, ada berita, maka Wajib dah buang TV jika korang hati tisu mudah dengki tengok nikmat orang lain yang dilebihkan, stop main FB sebab banyak iklan melintas nanti…

C) Benda boleh skroll, boleh unfollow, boleh skip buat apa nak kecoh?. Jangan pernah sangka kita terlebih baik dari orang bila tak post gambar raya sebab dulu syaitan tersangka dia paling baik dari semua malaikat akhirnya ke neraka, boleh nasihat pada yang menjolok mata, jangan pukul rata semua berdosa, ada yang paki full ninja pun korang tuduh berdosa jugak ke? Adohai..

D) Ada orang nak simpan kenangan di hari raya pelbagai cara, salah satu simpan di media sosial.. teringat Dulu ada ustaz menyesal sebab takde satupun video arwah emaknya di media sosial, bila rindu di cari video lama, hard disk dah rosak, telefon lama dah rosak, maka dia rakam video Bersama ayahnya agar jika ayahnya meninggal, anak cucu boleh mendengar coleteh si ayah, maka percayalah, 30 tahun akan datang, anak cucu akan berterima kasih kepada datok nenek yang sudi simpan video ayah beraya masa muda, kita pun jika zaman tok nenek dulu ada FB, hari hari layan video lama..

E) Jika nak cerita kelebihan post gambar raya? Boleh jer guna mata lebah.., iaitu Zaman nabi ada orang sengaja asapkan dapur agar jiran jiran sangka dia sedang memasak maka tak perlulah jiran susah hati nak kena sedekah ke tak? Jadi jika ada orang post gambar keluarga sedang bahagia, alhamdulillah. Dia orang senang jadi kita tak perlu bantu dia. Alhamdulillah.

E) Di musim pasca PKP ni ada mak mertua risau anak cucu makan apalah tu? Dah lah tak boleh balik raya sebab duduk luar negara, Terus menantu up gambar raya sedang makan Almond London  terus mak mertua lega dan bersyukur ada menantu yang pandai jaga anak cucu. Terubat jugaklah rindu mertua tengok anak cucu beraya di perantauan.

F) Kisah lain, Ada yang kantoi kahwin lain, yang mana bila share gambar raya, rupanya bermadu, maka senang nak bahagi harta faraid cara Islam bila meninggal. Abang Jamil lah ni, muka suami awak, sebijik macam suami saya,. Woha!

G) Ada sahabat share gambar raya berbaju lusuh, makan ala kadar, terus geng wasap group buat collection bantu rakan FB kita yang sedang di uji susah.. alhamdulillah.

H) Ada kawan mencari fesyen tercantik, tengok gambar raya orang lain bertanjak, bersongket, terus PM tanya beli kat mana? Dah bertambah rezeki peniaga islam yang lain..

H) ini paling penting! Jika kawan kita pos makanan mewah waktu raya, baju serba baru enam persalinan, lepas tu pergi pulak bercuti sambil beraya, dan dia ada hutang kita sejumlah wang maka bolehlah kita komen: Wah.. sedap makan mewah., raya pergi cuti, hutang bila nak bayar? Woha!

Begitulah, ringkas cerita, tak nak post gambar raya, duduk diam diam, tak payah nak keluar fatwa itu haram ini haram, padahal harrrrrram tak tahu apa? Sunyi sangat hidup kau dik jika nak petikai orang post gambar raya, adohai..

Bab fatwa harus share gambar perempuan lain tak tutup aurat atas keperluan berita, ini linknya

https://muftiwp.gov.my/.../2412-irsyad-al-fatwa-227-hukum...

Ini pula video abang keretamayat masuk Hutan Taman Negara, di pandu pelancong oleh amoi cina, jadi dalam video berita ini, jika ada Nampak amoi cina melintas, maka ianya sekadar berita,

https://youtu.be/vzzQMKH09NY

Dan last!

Jika malu nak post gambar raya sebab tiada pasangan? Jangan bimbang, abang keretamayat dan buat satu link untuk semua duda, janda, bujang, teruna, share gambar raya di situ, dan IsnyaAllah jika korang berani melamar, dan berani di reject, dan teruskan berani melamar, hingga jumpa jodoh terbaik, jemput baca semua komen di link ini, ada gambar raya solo dari mereka yang ihlas mencari jodoh.

https://www.facebook.com/keretamayat/posts/555066275975449

Semoga bertemu sebaik baik jodoh, hingga sampai ke pintu syurga!

Woha!

No comments: