Apr 16, 2022

Asabun NUzul Al Puasa?

Malam ini pergi awal solat tarawih naik kereta bersama anak-anak lelaki. Kena pergi awal sebab anak bertugas menjadi Bilal.

Sementara tunggu masuk waktu isyak, saya tanya anak-anak lelaki, tahu tak Asbabun Nuzul 10 surah terakhir dalam Al-Quran?

“Tahu ayah”

“wah ini sangat bagus! Cer citer surah Al fil cerita pasal apa?”

“Surah Al fil cerita tentang tentera Abrahah nak Runtuhkan Kaabah di hari kelahiran Nabi dan telah datang burung ababil melepaskan batu dari neraka maka tentera bergajah itu berlubang lubang macam daun dimakan ulat”

“okey surah Al-Quraisy cerita pasal apa?”

“Cerita banyaknya nikmat yang diberikan Allah kepada bangsa Quraisy yang mana mereka pergi berniaga pada musim panas dan sejuk tidak ada gangguan kerana Mekah tidak pernah ditawan oleh mana-mana kerajaan, rujuk kisah Abrahah tadi, dan Allah juga bagi rezeki pada orang quraish yang lapar dan beri keamanan pada orang quraish yang takut maka Allah suruh sembah tuhan Kaabah”

“Wah, bagus! seterusnya surah Al Maun pulak?”

“Cerita tentang orang munafik yang kasar pada anak yatim dan tak bagi makan pada orang miskin, juga kisah Allah melaknat orang munafik yang  solat berjemaah hanya datang pada waktu Zohor, Asar dan Maghrib.. waktu lain tak datang kerana cuaca gelap mereka sangka Nabi tak nampak lalu turun ayat ni bagitahu celakalah orang yang lalai dalam solat iaitu orang yang riak”

“okey next surah paling pendek dalam Al Quran cerita pasal apa?”

“Surah Al kausar cerita pasal orang kafir hina nabi kerana anak lelaki Nabi semua mati kecil maka kata mereka Nabi tidak ada nikmat hidup.. lalu turun ayat ini bagi tahu Nabi akan mendapat nikmat yang banyak dan orang yang tak dapat nikmat dunia serta akhirat adalah orang kafir.”

“Good, Next seterusnya surah Al-Kafirun?”

“kisah orang kafir suruh Nabi berhenti berdakwah lalu tawarkan harta, tahta dan wanita.. Serta mahu Nabi sembah tuhan mereka setahun dan mereka akan sembah tuhan Allah setahun bergilir-gilir, terus Nabi tolak semua tawaran mereka harta tahta wanita dengan lafaz: “untuk kamu agama kamu untuk kami agama kami”

“Okey seterusnya surah An Nasr?

“Surah ni turun selepas pembukaan Kota Mekah yang mana orang kafir masuk Islam berbondong-bondong maka tibalah hari kemenangan kepada orang Islam, datang perintah banyakkan bertasbih dan beristighfar, alhamdulillah”

“Next? Al Lahab?”

“Alamak ayah, dan masuk waktu, saya kena azan dan jadi bilal tarawih!”

1 jam 15 minit kemudian…

Anak masuk kereta, dia bawak, saya di sebelah minta dia sambung tafsir asbabnun Nuzul 10 surah terakhir, dan kita dah tiba di surah Al lahab”

“Ayah lah cerita pulak”

“Baiklah, turunnya Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.

Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk taubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa itu di tangan Allah.

Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu untuk bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.

Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:

“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”

Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!”

“Tinggi sangat ni tafsir ayah”

Woha!

“Lagi tiga surah?”

“surah Al ikhlas bila orang kafir tanya tentang siapa Allah? di mana Allah?bagaimana Allah? asal usul Allah? maka turun lah surah Al ikhlas bagitahu Allah itu satu tempat bergantung semua makhluk, Tidak berawal dan tidak berakhir dan tidak ada satu pun yang setara dengan nya. Kemudian dua surah terakhir Al-Falaq dan An Nas turun waktu Nabi kena sihir maka sebelas ayat ini telah membuatkan Nabi terselamat daripada sihir dengan izin Allah”

Ok dah sampai rumah,

Sekian laporan teraweh untuk malam ini dengan hashtag done tarawih beserta Tazkirah.

Woha!

No comments: