Apr 16, 2022

Superhero Islamik?

Dua tiga hari lepas keluar trailer superhero baru dalam dunia Avengers, Superhero Wanita muslim pertama katanya, tapi bila tengok Trailer, superhero muslim itu tidak bertudung, maka ramailah yag kecam.

Saya google, rupanya dah ramai yang tanya pencipta watak ini, kenapa Superhero Wanita muslim pertama dalam Avangers Universe tidak bertudung? Jawabnya..

Kostum Ms Marvel itu di olah dari pakaian “Shalwar kameez” iaitu baju sekolah  kurta untuk gadis Paksitan, baju jubah bersama skaf tanpa tudung, pencipta watak itu juga nak tonjolkan pakaian majority gadis islam Pakistan di Amerika. Bukan gadis islam seluruh dunia.

Sebelum ini, Zoha Rahman muncul sebagai watak wanita berhijab pertama Muncul Dalam dunia Avangers, Spiderman: Far From Home. Maka ada desas desus mengatakan Zoha akan bawa watak ms Marvel, tapi bila Trailer dah keluar, Iman Vellani gadis Pakistan Kanada akan lakonkan watak superhero muslim pertama dalam dunia Avangers.

Balik di Malaysia, kita sebenarnya ada superhero Wanita bertudung dan hebat menggunakan senjata gasing, iaitu Puan Ejen Alia yang pernah muncul di layer perak membantu ejen Ali, dalam boboboy pula ada superhero gadis bertudung Cik Yaya yang mampu memanipulasi gravity…

Okey tutup TV jap, dah nak azan zohor, sebab superhero sebenar adalah mereka yang mampu selamatkan manusia dari api neraka, err, bagaimana nak selamat dari azab api nereka?

Jom jaga aurat, akhlak, dan solat.

Woha!

No comments: