Ada sesetengah orang yang sengaja tak nak berkahwin…
Izinkan saya bertanya..
Jika kita pulang ke rumah, tiada yang menanti, makan tiada yang
dekati.. tidur tiada yang temankan, lewat bangun tiada yang kejutkan, Pergi
tidak ada yang peduli, hilang tiada yang tahu.. Susah tiada yang risaukan..
Senang tiada yang raikan…
Apakah pendapat anda tentang situasi ini?
Kebebasan atau kesunyian?
Alkisahnya, Nabi Adam telah dapat semua “kebebasan” itu di
syurga, namun tetap seorang yang bebas di syurga itu merasa sunyi, seolah ada
sesuatu yang tidak selesai di Syurga ini.
Maka diciptakan Hawa, peneman Adam paling setia, maka
bermulalah kisah cinta pertama di syurga, tiada lagi kesunyian, namun dalam
keasyikkan melayari bahang asmara, kecuaian berlaku, mereka dikeluarkan dari
syurga dan terpisah.
Sekali lagi, “kebebasan” itu datang, namun kesunyian
ternyata lebih gelap dari kebebasan…, dan terbukti bahawa Nabi Adam tidak
pernah putus asa dengan Tuhan, lantas bersama air mata Taubat, Nabi Adam
Kembali mencari Hawa, lautan api sanggup di renangi, hujan api sanggup di
redah! yang mana Siti Hawa juga tidak putus asa dengan Tuhan, turut mencari
Adam, melintang patah, membujur lalu..
Nabi Adam dan Siti Hawa faham: Tiada Nasib yang berubah bagi
mereka yang putus asa..
Sungguh Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya!
Akhirnya mereka bertemu, dan bercinta lagi…, Alhamdulillah..
Bak kata penyanyi Nasyid Inteam:
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Happy ending!
Woha!
(Update)
Ada sesetengah orang nak seks, nak berkahwin tapi tak nak
anak..
Izinkan saya bertanya..
Jika kita berkahwin, lalu pulang ke rumah, tiada anak yang
menanti, makan tiada anak yang dekati.. tidur tiada anak yang perlu di
dodoikan. lewat bangun tiada anak yang kejutkan, Pergi tidak ada anak yang
peduli, hilang tiada anak yang ambil tahu.. Susah tiada anak yang risaukan..
Senang tiada anak yang raikan…
Apakah pendapat anda tentang situasi ini?
Kebebasan atau kesunyian?
Alkisahnya, Dalam harapan baru Nabi Adam dan Siti Hawa yang
semakin menua di dunia, mereka dikurnia anak kembar.
Episod cinta musim baru bermula, anak membesar dan lucu,
keluarga sibuk dan meriah, tapi ujian datang lagi, ada anak yang baik, ada anak
derhaka, ada anak cantik, ada anak hudoh, ada anak pemurah, ada anak dengki,
hingga ada pertumpahan darah.
Ya, keganasan telah muncul dalam keluarga pertama Ummat
manusia.
Maka perlukah anak Nabi adam, yang kecewa dengan perangai
manusia lalu memilih jalan kesunyian sebagai erti“kebebasan”.
Tapi ternyata, hidup ini memang pentas ujian, anak cucu Nabi
adam terus menerus mencipta bahagia sesama manusia di jalan yang penuh
berliku..
Ini semua kerana ramai anak cucu Nabi adam yang faham: Tiada
Nasib yang berubah bagi mereka yang putus asa..
Sungguh Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya!
Akhirnya kita semua bertemu, dan bercinta lagi…,
Alhamdulillah..
Bak kata penyanyi Nasyid Inteam:
Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Woha!
Ps: Jangan putus asa pada Allah, Saya doakan semua follower
saya bertemu jodoh yang baik dan Woha sampai syurga, Amin.
No comments:
Post a Comment