Islam menang semalam?!
Alkisahnya pagi itu saya menjerit:
“Islam menang!”
Terus jeritan saya di pagi hari membuatkan isteri bertanya:
“Abang dah kenapa?”
“Sayang…. Islam juara 10 berturut lawan Oliveira juara 11
berturut, Islam Makhachev vs Charles Oliveira! Islam menang!
Geng Oliverira jangka menang round 1 dengan KO sebab
Oliveira pakar Striking dan grapling, sedangkan Islam yang konon hanya pakar
Grapling, akan kalah round 1.
Geng Khabib dan Islam, ya! Khabib ni jurulatih Islam, lebih
merendah diri, yang mana Round 1 nak kenal kelemahan musuh, round ke dua nak
lemahkan musuh dan round ketiga baru kalahkan musuh.
Tapi ternyata round pertama Islam dah menguasai gelanggang,
hingga pakar grapling dan striking Si Oliveira kelam kabut nak berdiri pun tak
boleh.
Masuk round ke dua, Tumbukan Islam yang lebih berat dari
Khabib, terus merebahkan Oliveira dan tanpa buang masa, terus guna arm-triangle
choke, cekik leher guna lengan, maka tewaslah juara lightweight dan sejarah
tercipta, legacy Khabib juara dunia masih menguasai sukan bela diri!
Baca komen ramai yang puji, walaupun penyokong kristian yang
sokong Oliveira tetap respek dengan kejayaan Islam Makachev dan Khabib, hingga
dalam komen ada yang sebut; hati hati jumpa orang Islam yang berjambang, tidak
minum arak dan tidak bertatoo, sebab mereka sangat kuat!
Woha!
Kadang geli tengok pahlawan UFC yang tidak beragama Islam
sibuk promosi arak, promosi tatoo, sombong dalam bercakap, peluk peluk
perempuan.
Tapi bila lawan dengan geng Khabib, geng Islam Makachev,
terbukti tanpa arak, tatoo, dan perempuan, tersungkur semua juara dunia.
Ok balik kepada sejarah Islam..
Tahukah anda Nabi Muhammad SAW adalah juara gusti yang tidak
pernah dikalahkan.
Zaman itu ada juara gusti bernama Rukanah, tapi selamba Nabi
datang berdakwah kepadanya sambil berkata:
“Bagaimana menurutmu,jika aku berjaya mengalahkanmu dalam
gusti,apakah engkau akan beriman?”
Rukanah yang pantang dicabar terus menerkam Rasulullah lalu
dijatuhkan mudah oleh Baginda siap duduk di atas dadanya.
Rukanah kebingungan lalu meminta Round ke dua, tadi mungkin
dia silap sebab terburu buru.
Sekali lagi dia dijatuhkan mudah dan Nabi duduk dekat dengan
bahagian hulu hatinya sehingga akhirnya dia meminta final round.
Masuk round ke tiga, Sekali lagi dia dijatuhkan dan
ditumpaskan oleh Baginda dengan mudah.
Lalu Rasulullah SAW mempelawanya untuk masuk Islam,
Rukanah tak puas hati macam mana dia juara gusti tak
terkalah boleh tewas dengan mudah oleh lelaki berumur 40 tahun?
“Apa bukti kau seorang Nabi?”
Tanya Rukanah lalu Nabi panggil Pokok yang tak jauh dari
situ, terus pokok tu berjalan dengan akar dan mengucap dua kalimah syahadah
Aduhai, pendekar mana mampu cabut pokok tanpa guba kudrat
pun? Terus Rukanah masuk Islam.
Dengar Rukanah masuk Islam, anak murid Rukanah yang paling
handal datang cabar Nabi Muhammad SAW bergusti dengan menawarkan hadiah
sebanyak 100 ekor kambing.
Perlawanan tiga round, dan Nabi berjaya tewaskan anak murid
Rukanah dengan mudah. Nabi dapat 300 kambing hari tu dengan sukan gusti.
Maka berkatalah anak murid Rukanah,
“Wahai Muhammad, tidak ada seorangpun sebelummu yang dapat
menghempaskan belakangku ke tanah,dan tidaklah aku sebelum ini merasa marah
melainkan terhadapmu, tetapi ketika ini, saksikanlah, bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Alllah dan
engkau adalah pesuruhnya!”
Rasulullah menerima pengislamannya dengan senang hati lalu
memulangkan semula kambing-kambingnya.
Bertambahlah dua pendekar baru dalam Islam, alhamdulillah..
Kemudian, datang pula Abu Al-Aswad Al-Jumahiy,seorang ahli
gusti Quraisy yang sangat terkenal dengan kegagahannya sehingga dikatakan
apabila dia berdiri di atas sekeping kulit lembu dan kulit lembu itu ditarik
oleh 10 orang, beliau tetap utuh berdiri sedangkan kulit lembu itu bahkan
terkoyak!
Dia cabar Nabi jika kalah, akan masuk Islam, Lalu dia bangun
dan menerpa ke arah Nabi lalu dengan
mudahnya dijatuhkan oleh Baginda.
Malu dengan kekalahannya, terus lari dan tak masuk Islam
pun, aduhai..
Hidayah masih masing…
Akhir kata, balik kepada gusti hari ini..
Dengan kemenangan Khabib juara tak terkalah, 29 berturut dan
kini Islam Makhacev juara 11 berturut, membuktikan bahawa dalam kalangan orang
islam ada ilmu bela diri yang hebat.
Waktu sesi dialog dengan Conor pencabar terkuat Khabib, si
Conor minum arak dan hina islam sebab tak minum arak, tapi Khabib bagitahu,
arak tak boleh selamatkan kamu, Hanya Allah boleh selamatkan kamu. Tapi Conor
berterusan menghina ayah Khabib, menghina
isteri khabib yang berpurdah disamakan dengan Tuala hotel. Menghina
islam.
Maka pertarungan antara Khabib dan Conor adalah perlawanan
paling besar dalam sejarah UFC, penonton teramai, dan waktu tu orang islam
semua berdoa agar Conor kena belasah kau-kau dengan Khabib! Dia hina islam,
ubah wajah dia!
Conor walaupun main kotor waktu bertarung, Tarik seluar,
paut pagar, pukul tempat salah, dan pengadil berat sebalah, namun akhirnya
tewas di tangan Khabib kena cekik round ke empat dan sejak itu kelihatan Conor telah
berubah menjadi seorang yang kelihatan merendah diri dan telah meminta maaf.
Khabib terus di hormati kerana beliau teguh dengan ajaran
agamanya, wartawan wanita nak bersalam, Khabib tolak lalu wartawan ini respek
sebab baru tahu islam menghormati wanita.
Khabib yang dah kaya siap beli gelanggang gusti dan haramkan
wanita seksi melintas bawa kad pusingan
macam dalam UFC.. kata Khabib dalam sukan ini.. tak perlu wanita seksi
melintas..
Khabib juga sempat berpesan agar kita hormat ibu bapa, jaga
solat, dan Khabib seorang yang selalu bersukur, meniti di bibirnya: ”Saya tak
tahu kenapa Allah bagi banyak nikmat pada saya, syukur Alhamdulilah”
Tiap kali menang Khabib akan buat isyarat, bukan dari dia,
tapi dari Allah! Lepas tu sujud syukur!
Bila wartawan tanya, komen permata "Allamdulillah"
Selalu baca komen di youtube, orang Kristian yang sokong
Conor, tapi malu dengan akhlak Conor dan puji akhlak Islam yang di bawa Khabib!
Saya juga ada baca komen di Youtube, ada peminatnya di
serata dunia, telah peluk islam kerana kagum dengan Khabib dan kagum dengan
Islam.
Maka khabib dari sukan UFC ini telah sedikit sebanyak
mengharumkan nama islam, atau membetulkan kembali pandangan serong orang kafir
terhadap islam, bahawa islam itu menjaga maruah wanita, menghormati ibu bapa,
merendah diri, membantu yang lemah, kuat waktu lawan, tapi lemah lembut bila
berdamai.
Malam tadi walau Islam Makachev menang, tapi bila Khabib
masuk gelanggang terus stadium bergegar suara peminat Khabib.. aduhai…
Teryanta Khabib sangat dirindui peminat, mujur ada anak
didiknya si Islam Makachev, lepaslah rindu nak tengok UFC, ha-ha.
Khabib yang dah bersara, namun ada pesan pada sesiapa yang
hina agama islam, pesan Khabib:
“Alhamdulilah, I will
change you face, Share me Location!”
Woha!
No comments:
Post a Comment