Nov 17, 2022

Tazkirah Gerhana Bulan?

Sempena Gerhana Bulan…, malam tadi surau buat solat gerhana, lepas solat semua Jemaah lepak luar surau tengok gerhana bulan..

Saya lepak dengan anak remaja lelaki, terus anak bertanya,

“Ayah ada cerita tak tentang Gerhana Bulan?”

Ada, anakku.., Pada zaman dahulu, ada dua budak lelaki di culik oleh tiga ahli sihir yang jahat, sebab kena culik? kerana budak budak tu, sorang dilahirkan waktu gerhana bulan, dan sorang lagi dilahirkan waktu gerhana matahari. Elok untuk ramuan terbaru ahli sihir..

Kemudian Ahli Sihir itu telah memasak ramuan menggunakan Serangga Belalang kunyit, lalu kedua dua budak itu membesar dengan rasukan Hantu belalang.

Tujuan Ahli Sihir itu membesarkan budak itu sebab Ahli sihir itu perlu minum darah raksasa belalang untuk kekal muda, tapi oleh sebab Rakasasa belalang dan uzur, maka Ahli sihir itu perlu mencari waris Raksasa belalang yang mana satu pertarungan perlu di aturkan antara Budak berkuasa gerhana bulan lawan budak berkuasa gerhana matahari apabila mereka cukup umur nanti..

Pendek cerita, Siapa yang Berjaya bunuh lawannya akan dilantik menjadi Raksasa Belalang juga dikenali sebagai Raja Abad.

Tapi nak jadikan cerita, budak berkuasa gerhana matahari Berjaya larikan diri, manakala budak berkuasa gerhana bulan telah dihilangkan ingatan.

Waktu lari, budak berkuasa gerhana bulan telah curi sebuah motor yang berbentuk belalang, nama motor itu adalah Belalang Tempur.

Budak itu kemudian diserang oleh tiga ahli sihir lalu kekuatan Hantu belalang muncul dan menjadilah budak itu Suria Perkasa Hitam jika di Malaysia, Kesatria Baja Hitam jika di Indonesia, dan.....?"

“Ayah, serius saya dengar cerita, sekali Kamen rider Black Sun vs Shadow Moon!”

Woha!

Ps: Bergaulah dengan anak remaja, sebab anak dahagakan perbualan yang indah dengan orang tua, terus teringat arwah Ayah saya zaman dulu cerita kisah Tentera Jepun, saya kini cerita Anime jepun dengan anak anak..., pun boleh?! he he

No comments: