LRT mengajar kami erti kehidupan…
Alkisahnya Perkhidmatan LRT di beberapa laluan KL telah
ditutup, Semoga LRT dapat dibuka semula dengan segera…
Teringat satu video di YouTube, Seorang Atheist telah di
tanya oleh orang Islam..
“Kamu tahu kenapa Tuhan hantar kita ke dunia? Kamu tahu dari
mana kita datang?, dan ke mana kita selepas mati?”
Jawab si Atheist, saya tak pedulikan soalan kenapa saya di
sini, atau ke mana saya selepas mati, saya hanya perlu menikmati kehidupan ini,
makan sedap, bercinta, berparti, minum minum, berkawan.. enjoy tengok sini
sana, itu sajer cukup lah. Tak perlu cari jawapan dari mana saya datang dan ke
mana saya lepas pergi.. buang masa semua tu…
Logik juga jawapan si atheist bab jangan buang masa, maka
berkatalah pendakwah Islam…
“Baiklah, bayangkan satu hari awak tertidur lama dirumah,
dan apabila awak terjaga, awak berada dalam LRT yang sedang bergerak, bersama
makanan yang enak, dan lokasi tepi tingkap bersama pemandangan yang tak pernah
awak nampak, cantik.. soalan saya, apakah soalan pertama yang terlintas di
fikiran kamu?”
“Saya akan bertanya, kenapa saya berada di sini?”
“Betul, kamu jawab dengan logic yang sangat betul, kenapa saya
di sini?, saya kena culik ke? Apa akan berlaku di penghujung stesen LRT? hanya
orang bodoh sahaja abaikan soalan terpenting yang makan sedap atas LRT, tengok
pemandangan yang cantik tanpa bertanya soalan, kenapa saya di sini kan?
Bagus kan bila kita ada sifat ingin tahu?, Tapi malangnya
untuk dunia dan hidup selepas mati, awak memilih jalan yang tidak normal, hanya
nikmati hidup tanpa peduli apa berlaku selepas mati.. adakah awak tidak mahu
berfikir?”
Mendengar hujah pendakwah Islam itu, terus pemuda Atheist
itu berkata;
“Awak betul, awak nampaknya pandai berkata kata..”
Atheist itu pun berlalu dan semoga dia dapat hidayat
menjawab dengan tepat akan tiga soalan, dari mana kita datang, kenapa saya di
sini dan apakah yang berlaku pada saya selepas mati?
Korang pulak, ada jawapan tak? untuk tiga soalan ini?
Saya dah explain dalam LRT, rujuk video ini
Woha!
No comments:
Post a Comment