Alkisahnya nak masuk tandas masjid, tengok selipar warna warni tak jumpa dah pasangannya?… maka pakailah mana mana yang rasa selesa…
Lepas tu keluar tandas masjid, tengok pulak warna warni
bendera politik, tak tahu nak pilih yang mana….?
Jadi saya pilih untuk berfikir…..
Nampak lambang dacing biru tua teringat nanti di hari
akhirat semua amalan akan di timbang…. sebesar zarah pun akan dinilai, maka angan
berbohong dalam politik, sebab semua amalan akan di timbang…
Lepas tu nampak lambang bulan purnam hijau teringat hari
akhirat ada wajah yang bercahaya bagi
ummat yang soleh… kesan dari air wudhu yang sempurna, jadi jika nak berpolitik
seklaipun, tolong jangan sampai tinggal solat…
Kemudian Nampak lambang mata satu biru muda, terus teringat
fitnah dajjal di akhir zaman, kena hati hati…
Tak lama lepas tu Nampak gambar gunung oren teringat kisah
gunung pun tak mahu menerima amanah untuk menjadi khalifah.. sebab terlalu berat hisabnya… tapi
manusia berebut rebut langgar amanah, Nauzibillah...
Ada juga ternampak gambar bunga merah terus teringat pesan
Nabi suruh berkawan dengan penjual bauan wangian…
Akhir sekali, Nampak gambar roket teringat satu ceramah buznama…. Katanya,
Allah tak hantar satu orang Nabi pun untuk ajar manusia naik roket ke bulan,
tapi Allah telah hantar 124 ribu Nabi untuk ajar manusia tentang Iman… fikir
fikirkanlah..
Semoga semua wakil rakyat yang menang bertanding nanti dapat
pimpin kita selamat di akhirat, dan semua emej pada bendera politik menjadi
modal untuk kita fikir tentang akhirat!
Woha!
No comments:
Post a Comment