Bagaimana nak Memilih Pemimpin?
(bacaan yang bakal mengubah Negara)
Ok, selain pergi mengundi calon pilihan masing masing yang
korang rasa paling terbaik, maka marilah kita rujuk satu kisah di zaman Nabi…
Alkisahnya, Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang
ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang
cemas dan sangat penting untuk di beritakan, tanpa berkata sepatahpun pada
isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah
berlaku pada baginda, terus kelihatan Nabi Muhammad s.a.w bergegas mengambil
wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.
Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!, dan juga tanpa solat
sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk
memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga
baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!? Apa berita
paling penting ini?
Aisyah pun merapatkan telinga ke dinding, sebab nak dengar
suara Nabi..
Dari atas mimbar, Nabi bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada
kamu, agar kamu MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN,
jika tidak, Allah akan MELANTIK RAJA YANG ZALIM memerintah kamu, dan raja itu
TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada
orang muda, di waktu itu, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH, kamu
meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak
mengampunkanmu!”
Kemudian, baginda terus turun dari mimba…
Jadi rujuk Hadis ini, selain korang mengundi untuk ubah
pemimpin, maka jangan lupa, kerja dakwah, semua orang islam kena buat, dalam
berkempen, jangan lupa akhlak Nabi, jangan bergaduh, jangan caci mencaci,
jangan menfitnah..
JIka tinggalakn kerja Dakwah, maka pemimpin yang zalim akan
datang memerintah..., perang dunia ke dua baru seratus tahun berlalu, jangan
sampai perang dunia ke tuga tercetus, Nauzubillah...
Dalam Al quran, apabila ada perintah amal Maaruf (ajak
kepada kebaikkan) maka di belakang ayat itu ada perkataan “Nahi mungkar” (dan
mencegah mungkar), tafsir Ibnu Abbas RA akan maksud amal makruf yang Nabi
Muhammad SAW buat adalah, mentauhidkan Allah dan mengajak mereka kepada Sunnah,
manakala maksud Nahi mungkar adalah, mencegah manusia dari syirik,
maka dalam menyempurnakan kerja ini, Allah tulis ayat Al
quran menggunakan perkataan “dan”, (wau) bukan “atau (au), yang mana maksud
ayat Al quran bila ada “dan” maka semua kena buat, amal makruf dan cegah
mungkar sekali..
Semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah
lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang
kelihatan ntak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah
dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?
Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap
pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan
walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?
Maka dalam berkempen, marilah ajak kepada kebaikkan, dan
apakah kebaikkan terbesar?
Rujuk firman Allah:
"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan
yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan." [Al-Ankabut 29:45]
Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah
keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa
yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka
marilah kita ajak orang ramai kepada solat berjemaah di masjid, insyaAllah bila
masjid penuh macam zaman Sahabat, kita akan mendapat pemimpin yang berkahlak
Rasulullah SAW.
Maka dalam berpolitik, jangan lupa ajak manusia kepada
memakmurkan masjid Allah, jadikan manifesto subuh penuh macam solat berjemaah,
insyaAllah dari rakyat yang menjaga solat, akan muncul Imam terbaik! Dan
pemimpin terbaik!
Sesungguhnya, Kuality Solat kitalah yang mampu mencegah
maksiat kita, dan kualiti solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang,
begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang
mampu mencegah mungkar mereka..
Kerana itu Nabi sangat tekankan bab solat awal waktu,
berjemaaah, tempat azan di azankan, dan saf pertama, semua itu kualiti solat
yang mampu mengubah manusia, dan mengubah pemimpin!
Akhir pesan dari Nabi:
Sekiranya manusia mengetahui ganjaran berada di SAF YANG
PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi saf pertama kecuali dengan
MENGUNDI, nescaya mereka MENGUNDI. (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi, Jom mengundi setiap kali PRU lima tahun sekali, dan
Jom “mengundi” setiap kali masuk waktu solat lima kali sehari.
Woha!
1 comment:
Tak der cara khusus pemilihan pemimpin yg ditunjukkan dlm sejarah Islam.
Nabi saw dipilih melalui wahyu.
Saidina Abu Bakar r.a. dipilih melalui perbincangan Muhajirin-Ansar di Balai Bani Sa'idah.
Saidina Umar r.a. ditunjuk Saidina Abu Bakar r.a. sebelum kewafatannya.
Saidina Uthman r.a. dipilih oleh Syura lantikan Saidina Umar r.a.
Saidina Ali r.a. mengambil tanggung jawab kepimpinan dlm keadaan bergolak selepas kewafatan Saidina Uthman r.a. atas desakan penduduk setempat.
Saidina Muawiyah r.a. diangkat ketika Majlis Tahkim.
Khalifah selepas itu diangkat secara monarki.
Hari ini pula di kbnykn negara negara Islam pemimpin dipilih melalui pilihan raya.
Post a Comment