Jan 15, 2023

Seni menulis azam baru?

Alkisahnya, hadis yang paling merubah hidup saya adalah hadis dari Abu Zar, bab lima perkara sebelum lima perkara, Nabi suruh jaga elok elok.. lima perkara, berubah terus hidup saya bila amalkan hadis ini..

Maka jika nak buat azam, elok focus pada lima perkara ini.. iaitu,

Agama, Keluarga, Kesihatan, Sumber Rezeki dan masa lapang..

Imbas balik tahun lepas, bab agama, Alhamdulilah terlibat dengan aktiviti surau dan dakwah, tapi tak banyak lah, aduhai, syukur juga tahun lepas dapat ziarah Mekah dan Madinah…

Bab Keluarga, tahun lepas takde gaduh dengan pasangan atau anak anak, sempat bawa mereka pergi Cameron Higland, Naik KL Tower, masuk Taman negara dan banyak jugak mengembara di sekitar Pahang…

Bab Kesihatan, Alhamdulillah, Berjaya turunkan berat badan dari 87kg, kepada 82kg, tahun ni nak kena serius lagi,

Bab sumber rezeki, jualan Tanjak laris gila waktu filem Mat Kilau, ada sikit jemputan berceramah serta mengajar kelas on line, projek buku hanya jadi penuis tamu buku BICARA DUNIA WAYANG, nak beli PM yer, he he

Bab meniaga ada jugak saya rugi, rumah sewa penyewa diuji PKP, maka begitulah adat meniaga, ada untung ada rugi, moga tahun ni saya dapat penyewa dari syurga… Amin.

Bab Masa lapang, diagih agihkan pada Agama, keluarga, bersenam, cari duit seadanya, sempat juga buat open House hari Raya, dan rumah masih meriah sambut tetamu adik beradik ziarah sepanjang tahun..

Maka begitulah Teknik buat azam, dan imbas azam, tahun ni bab Agama, saya target dapat pergi Haji suami isteri, doakan semua, ikut giliran tahun lepas lagi, semoga terpilih. Azam juga nak nusrah Jemaah Tabligh, Amin…

Bab Keluarga, nak termasuk orang yang jaga aib pasangan, tak nak bergaduh, dan nak bawa anak bini pergi hujung benua asia, (kat Johor jer)

Bab kesihatan, nak makan sihat, dan nak bersenam, tahun lepas naik jabal Nur, moga tahun ni dapat naik Jabal Tsur! Amin.

Bab rezeki, moga tahun ni dapat terbit buku solo, modal kena besar, atau ada penerbit yang sudi, kita bincang tepi, tahun ni juga saya banyak kena mengajar on line ilmu kejuruteraan, azam nak buat yang terbaik.

Bab masa lapang, akan saya agih agihkan kepada korang para follower kereta mayat dengan tiap hari menulis ilmu yang bermanfaat.

Jemput follow saya di FB, Youtube, Tik Tok, IG dan belilah buku saya yang masih di ulang cetak, sebelum semua ini menjadi sejarah!

Woha!

No comments: