Jan 25, 2023

Isteri sujud Syukur?


 

Pulang dari ibadat umrah maka ada kawan-kawan dalam group WhatsApp minta share gambar maka saya pun hantarlah segugus gambar-gambar sebagai penggalak untuk mereka turut ke sana.. insyaallah…

Alkisahnya puan isteri yang berada di sebelah tiba-tiba bersuara:

“Abang?… kenapa banyak sangat abang hantar gambar kat kawan-kawan abang sedangkan kat saya sikit saja abang hantar? nak merajuklah!”

Alamak, hantar gambar banyak kat kawan salah ke? Terus saya pun menjawab…

“Sayangku, pada zaman Nabi, sewaktu peristiwa Fatal Penaklukan Mekkah, Nabi dan sahabat Ansar telah banyak menerima harta berupa rampasan perang serta hadiah, lalu Nabi membahagi-bahagikan semua hadiah-hadiah rampasan perang itu pada orang-orang Mekah, terutama orang yang baru masuk Islam. 

Melihat kejadian itu, orang Ansar rasa kecil hati dan merajuk kerana Nabi seolah-olah mengutamakan kroni, Al maklumlah semua harta rampasan perang selamba diberi kepada orang Mekah yang baru masuk Islam sedangkan orang Ansar bersusah payah mengembangkan agama sejak awal Islam tapi tak dapat apa-apa pun…

Maka nabi pun bersabda lebih kurang bermaksud : mereka semua dapat harta tapi kamu dapat aku, kerana walaupun aku lahir di Mekah, tapi aku akan balik untuk tinggal bersama kamu semua di Madinah… suka kah kamu jika kamu dapat semua harta itu dan aku tinggal di Mekah?

Terus orang Ansar insaf dan bersyukur, kerana mereka faham dapat tinggal bersama jasad Nabi adalah nikmat yang sangat besar dalam hidup…

Maka isteriku, bab gambar tadi, kawan kawan abang, mereka semua dapat gambar-gambar abang sahaja tapi kamu dapat jasad abang…mana yang lebih beruntung? orang dapat tengok gambar-gambar abang sahaja atau orang yang dapat tengok abang siap pekej peluk waktu tidur? Pekej Urut sebelum tidur? Mana lebih beruntung?

Terus isteriku sujud syukur!

Woha!

Ps: jemput baca KISAH LAKI BINI (Suka duka suami isteri, ayat pick up line dan punchline)

https://shp.ee/dtt4ftm


No comments: