Alkisahnya semalam saya share kisah ziarah Kubur Nabi
Sebelah Raudah, Taman syurga, tempat wahyu kerap turun.
Bagi Yang tak tahu, ketika Rasullulah wafat, Baginda
dikuburkan didalam kamar tidurnya sendiri dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar
yang sama,
Kemudian ketika Abu Bakar ra sakit beliau minta izin kepada
Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang paling dicintainya itu dan Aisyah
mengizinkannya, maklumlah Abu Bakar adalah ayah Siti Aisyah.
Kemudian ketika Umar bin al-Khatab sakit, beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk
dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk
dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi demi rasa
hormatnya kepada Sahabat Karib Suaminya,
Maka Siti Aisyah mengizinkannya dan menurut riwayat setelah
Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah
membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang
telah dikuburkan di kamarnya.
Lepas tu Ada yang Tanya, Habis tu dimana kubur Aisyah
Radiallahuanha?
Sebelah kiri Masjid Nabi, Ada kubur Baqi, di situ Ada kubur
Khalifah Osman dan Aisyah serta beribu ribu sahabat yang lain.
Salam sejahtera ya ahli kubur…
Hidup hanya sementata, semua orang akan masuk kubur..
Semoga kita semua terpilih untuk masuk mana mana Tanah
perkuburan Islam dan dibangkitkan bersama kekasih Allah dibawah Arasyh.
Amin…
2 comments:
Ingat x kisah perang saudara sesama sahabat yg melibatkan isteri nabi saw?ada yg hurai2 sendiri antaranya sebab perbezaan pendapat antara sesama sahabat yg tiada jalan berbaik selain perang..
nauzubillah..
Walhal semua kita tau bahawa sahabat2 nabi saw termasuk isteri nabi saw la golongan/orang yg paling paham tentang meraikan perbezaan pendapat..dan Ilmu tentang meraikan perbezaan pendapat yg kita ada hari ni pun diwariskan oleh mereka(yg berasal dr nabi saw)..
Ulamak gtau kita..perang itu tercetus disebabkan fitnah manusia jahat/golongan munafik ketika itu..
setuju
Post a Comment