Jan 17, 2023

Tips Kos kenduri kahwin yang murah….?

Alkisahnya, bila dah tua begini, borak borak dengan rakan rakan serat abang kakak yang dah dapat menantu, maka saya dapat beberapa tips bagaimana nak kurangkan kos majlis kahwin.

Pertama, Sewa dewan mahal, jika rumah halaman luas bersyukurlah, sewa khemah dan meja serta kerusi berterabur boleh jimat banyak kos.

Jika halaman rumah sempit, boleh sewa banglo yang halaman luas, sebelum tu compare dengan dewan, mana lebih murah? Ikut kawasanlah, tapi jika sewa rumah besar sikit, maka boleh jadikan homestay terus pada saudara jauh, dan bantu persiapan majlis bersama sama, rumah sendiri tak bersepah..

Bab masak, jika orang kampung sehati sejiwa Alhamdulillah, boleh gotong royong, atau pilihan lain, ambik catering, cari harga yang berpatutan.

Kos gubahan pelantar bersanding juga sangat mahal di dewan, jika buat di rumah, boleh DIY sahaja, letak bunga banyak, dan kain berkilat sikit, jimat banyak.

Baju pengantin, sewa, jangan beli! Jika pakai baju raya, sewa Tanjak sahaja pun boleh.

Baju bersanding dan outdoor pakai jer yang sama, tak perlu sewa tuxedo untuk outdoor.

Kos DJ boleh DIY, sewa set speaker, pasang MP3, bagi anak saudara pasang kompang, lagu nasyid, muzik melayu, jangan Karoeke.

Minta kawan kawan hantar video ucapan selamat pengantin baru, dan nasihat seminggu sebelum majlis dalam 3 minit satu video, susun biar sampai satu jam, lepas tu mainkan jer video tu guna TV ke, guna projector ke, boleh juga play video yang sopan aksi pengantin masa bujang,

Jumlah tetamu boleh guna google form, tahu siapa nak datang, dan jumlah makanan agar tak membazir. Tak perlu jemput semua orang, pilih yang rapat, akrab, dan berkat.

Doorgift boleh DIY, boleh cari yang murah dan cantik, bilangan ikut google form tadi.

Buat aturcara majlis dengan jelas, pukul berapa pengantin sampai?,silat jam berapa? makan beradap jam berapa? ucapan mertua jam berapa? Ucapan pengantin jam berapa? Ucapan tetamu terpilih jam berapa? Solat jam berapa? Biar majlis kahwin ada pengisian nasihat dan pesanan, bukan sekadar makan-makan.

Majlis akad nikah bagus hari yang sama, jangan awal sangat jam 9 pagi, eloknya jam 10 pagi, habis majlis terus ke kenduri jam 11.30. Baju akad Nikah sama dengan baju bersanding.

Wang hanratan yang diniatkan untuk belanja kenduri jangan habiskan, jimatkan kenduri dan pulangkan kepada pengantin.

Salam kaut, pulangkan kepada pengantin, mereka nak mulakan hidup baru.

Boleh upah fotografer untuk gambar yang professional, dan adik beradik boleh backup ambik gambar share dalam group.

Waktu tetamu nak balik, akan jumpa tuan rumah, jika mampu, dah set kawasan untuk tetamu tu beri ucapan pada pengantin dan di rakam guna video, ucapan tu sangat berharga maknanya pada pengantin dan tuan rumah.

Last! Antara masalah paling utama, majlis bermula jam 11, zohor jam satu, tapi tetamu ramai waktu tu, maka DJ boleh onkan azan, dan adakan majlis solat berjemaah bersama tuan rumah area khas, insyaAllah majlis bertambah berkat! Solat asar repeat lagi sekali.

Ada juga kawan saya yang buat malam, mula jam lapan habis jam 11 malam, terpulang pada kemampuan, jangan lupa solat isyak berjemaah.

Demikianlah tips belanja majlis kenduri kahwin anak perempuan, jika korang ada idea lain, boleh tambah di ruang komen.

Woha!

 

No comments: