Jan 23, 2023

Perang Uhud Islam kalah?

 

Kisah yang jarang korang dengar tentang Uhud….

Sebaik Nabi berhijrah sampai di Madinah, orang kafir dah tak senang duduk, Maka terdengar berita dari Bani Damrah Yang tak suka Nabi Hijrah ke Madinah.

Nabi bila tahu, terus pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara Banu Damrah. Alhamdulillah Musuh berdamai dengan jemaah tentera pertama umat Islam.

Kemudian Nabi dapat berita Umayyah bin Khalaf akan lalu di jalan berhampiran Madinah, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, Nabi dan Bilal serta 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang tapi Umayyah tahu, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku.

Tak lama lepas tu, orang kafir datang Safawan, sempadan Madinah untuk mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri bila tahu Nabi serius…

Beberapa bulan Kemudian, Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan.

Rombongan Yang balik ke Mekkah tadi, yang nak jual harta orang islam ke Sham tiba tiba patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah.

Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali.

Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam .Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar.

Maka berlakulah Perang Badar. Sangkaan orang kafir mereka boleh menang besar sebab Nabi Ada 300 orang jer tentera, (orang kampung) tapi hari itu 70 kafir mati, 70 di tangkap, 1000 baki larikan diri lingtang pukang, pihak islam kematian 14 orang sahaja, Alhamdulillah Islam menang!

Tak lama lepas tu di Madinah, seorang perempuan islam yang sedang berjalan di hina oleh Yahudi hingga mengoyakkan bajunya, terus orang islam bunuh Yahudi tadi, dan Yahudi datang bersama 700 tentera Yahudi dengan 400 lengkap bersenjata, tapi mereka semua telah di kalahkan oleh tentera Badar, Nabi asalnya nak bunuh mereka semua, tapi dengan pujukan Abdullah bin Ubay, semua Yahudi itu di halau dari Madinah.

Alkisahnya Abu Sufyan lepas kalah perang Badar, bersumpah tak nak mandi selagi tak bunuh Nabi Muhammad SAW, dan telah datang serang hendap Madinah waktu malam bersama 200 orang pasukan berkuda yang bawa berguni guni tepung sebagai bahan makanan.

Beberapa orang Ansar dibunuh, dan rumah orang islam di bakar, Nabi Muhamamd SAW  terus kumpulkan 200 tentera orang islam dan gempur mereka, Abu Sufyan lari mencicit dan di kejar orang islam sejauh lima hari lima malam.

Oleh Sebab mereka banyak bawa Tepung sebagai makanan, maka mereka telah tinggalkan berguni guni Tepung untuk lajukan kuda mereka, sampai lah mereka Berjaya masuk ke Mekah, orang Islam bawa balik semua Tepung yang ditinggalkan musuh.

Tak lama lepas tu Nabi dapat tahu Banu Salim berencana menyerang Madinah. Nabi gempur mereka dan Islam menang. 500 unta milik Banu Salim dirampas dan mereka ditakluk bawah pemerintah Nabi Muhammad SAW.

Kemudian Nabi Muhammad dapat informasi bahawa suku Banu Muharib dan Banu Thalabah berpakat nak serang Madinah, Nabi datang bersama 450 orang Islam, di Dhu Amarr terus mereka menyerah dan masuk islam.

Di sini juga berlaku peristiwa Nabi dihunus pedang oleh Ghwarath ibn al-Harith, dia Tanya Nabi siapa boleh selamatkan kamu? Nabi jawab: Allah! terus pedangnya jatuh, dan Nabi pulak Tanya, Siapa boleh selamatkan kamu? Dia kata takde sesiapa, dan dia akhirnya masuk islam.

Belum sempat rehat Banu Sulaym dari Buhran nak serang Madinah, Nabi tunggu mereka di sempadan Buhran bersama 300 orang tentera islam. Mereka semua nampak Nabi lari takut nak berperang.

Nampaknya tentera Islam makin digeruni, hingga tiba Perang Uhud, inilah satu satunya perang yang di ketuai Nabi Muhammad SAW tidak mencapai kemenangan, status seri, masing masing berundur tiada yang bertahan di Uhud

Bilangan asal  adalah 1,000 orang tentera Islam tetapi hanya tinggal 700 orang sahaja kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua orang munafiq.

Tentera kafir Quraisy pula seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Awal perang Islam menang, sebab 70 pemanah atas bukit cemerlang, orang kafir 3000 orang kat bawah lari tak cukup tanah sebab tak mampu lawan 650 orang islam bersama hujahan panah tapi, bila pemanah turun, ambik harta rampasan perang, orang kafir serang mendadak bersama 200 tentera berkuda, 70 orang islam syahid,

Nabi sendiri patah gigi, Ubay bin Khalaf hampir dapat bunuh Nabi, tapi mati dilembing Nabi, Tentra islam naik bukit Uhud, dan tentera Kafir tidak kejar, Juga tekorban dalam perang adalah Hamzah singa Allah, dan Nabi tanam jenazah mereka bersama baju tanpa dimandikan.

Balik Madinah orang munafik yang berundur awal gembira sebab tak sertai perang. Nabi hanya mampu berSabar.

Baru balik dari medan Uhud, terus Nabi Taskil pergi Gunung Hamra  sebab 3000 orang kafir sedang berkemah dan bersiap nak serang balik Madinah. Berat hati umat islam nak pergi sebab luka Uhud belum sembuh, tapi Nabi terus bagi semangat, terus maju tentera islam seramai 700 orang yang buatkan Abu Sufian gentar, dan berundur bersama 3000 tentera!, tiga orang kafir Berjaya dibunuh, tiga ditangkap…

Pendekkan cerita, orang kafir akhirnya bergabung membentuk tentera ahzab

Gabungan musuh seramai 10 ribu tentera jalan kaki, dan 600 tentera berkuda.

Mereka mahu bergabung lawan Nabi sebab perang sebelum ini satu lawan satu, mereka kalah teruk, rujuk rekod badar, 1000 arab kafir lawan 313 Orang Islam dalam perang badar, orang kafir kalah teruk!

Jadi geng Yahudi telah pujuk semua ketua arab untuk bergabung, serang Nabi, dan geng Yahudi yang ada di Madinah juga akan bantu serang dari belakang.

Maka bermulalah Gerakan serangan tentara Ahzab (gabungan besar kafir) menuju Madinah.

Sahabat Nabi Salman Parsi cadang gali parit, sebab ini kaedah di Parsi dalam perang, musuh bila masuk dalam parit akan senang di panah, kuda tak berfungsi, dan mereka kena panjat parit maka senang dikalahkan.

Nabi setuju, dan sahabatpun gali parit, ada batu besar, nabi pecahkan dengan mukjizat, sahabat lapar kelubur tunjuk batu dekat perut, Nabi tunjuk dua batu kat perut bermakna Nabi lagi lapar. Masing masing mujahadah nak berperang, dan gali parit dalam bulan Ramadan.

Bila musuh sampai, mereka terkejut sebab orang arab tiada pengalaman perang dalam parit, mereka masuk, kena panah, jadi mereka bertahan disempadan Madinah, tunggu orang islam kelaparan, sebab masa tu orang islam dah tak boleh ke kebun ada SJR (sekatan Jalan), jadi mereka bagi masa sebulan, baru mereka akan serbu.

Lagipun mereka nak pujuk orang munafik dan Yahudi hujung kampung serang dari belakang,

Sangat mencabar jiwa masa tu, perang bila bila masa boleh berlaku, hingga orang islam sangat susah hati, lalu turun Ayat Al quran,

"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang  hebat". (Al-Ahzab:10-11)

Waktu itu Nabi minta sahabat banyakkan berdoa dan gilir gilir jaga semua sempadan, solat jemaah juga gilir gilir, dengan makanan tak cukup, tidur tak cukup, senjata tak cukup, tentera tak cukup, memang orang islam di uji dengan ambang kematian paling menyesakkan jiwa dan minda.

Di waktu malam, Nabi suruh sahabat solat berjemaah dengan bacaan yang kuat, Amin yang kuat, dan doa yang kuat. Hingga pengintip musuh sangka orang islam sangat ramai.

Ada juga kisah pengintip Yahudi masuk ke kampung sebab sangka mereka orang lelaki tiada sebab berjaga sempadan, betul pun sangkaan mereka, tapi kaum Muslimah (Wanita islam) telah serang Yahudi ini dan potong kepala lalu baling kepala di Kawasan lapang membuatkan musuh sangka ada lelaki islam sedang sembunyi, padahal Muslimah pun berani angkat senjata jaga kampung.

Kemudian datang Sahabat bernama Nuaim bin Masud berkata kepada Rasulullah:  Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana itu perintahkan padaku sesukamu"

Maka Nabi gunakan peluang Nuaim yang baru masuk islam untuk laga lagakan musuh, Nabi sendiri pergi buat rundingan dengan musuh, lalu tersebar berita Nabi tawarkan separuh kurma Madinah kepada musuh yang berundur, ada musuh dapat satu pertiga, jadi mereka saling curiga, Nanti bila mereka serang Nabi musuh sebelah berundur macam mana?

Nuaim pulak jumpa Yahudi bagitahu suruh mereka minta Orang kafir Mekah sebagai tebusan jika kalah perang nanti, lepas tu Nuaim bagitahu kafir Mekah, Yahudi akan bantu jika ada tebusan untuk mereka serah pada Nabi jika.

Jadi Kafir Mekah dan bergaduh dengan Yahudi sebab mereka snagka Nuaim ni sama kafir macam mereka, lepas tu pihak Yahudi dapat berita Kafir Mekah nak serang orang Islam hari minggu, mereka tak setuju sebab hari tu Haram perang, orang Kafir Mekah pulak dapat berita Yahudi nak serang pada bulan Haram, orang arab tak setuju, jadi mereka saling bergaduh dan pecah belah.

Dalam kesabaran umat islam hadapi ujian ini, Allah akhirnya datangkan bantuan dalam bentuk ribut pasir kepada semua musuh buatkan kuda mereka mati, makanan mereka rosak, dan di malam hari mereka kesejukkan sebab api tidak dapat dinyalakan, habis ribut pasir datang pula hujan lebat buat semangat mereka luntur, habis hujan datang angin sejuk yang buatkan musuh berundur kesejukkan, dan patah balik dengan hampa.

Bisik mereka: Islam di jaga oleh Tuhan, tidak guna kita berperang.., perutpun lapar, kudapun mati, senjatapun rosak, marilah kita balik ke Mekah…

Nabi pulak ambik peluang untuk serang Yahudi dari belakang yang sedang tunggu Kafir Mekah serang dulu, tapi Kafir Mekah patah balik, dan Nabi Berjaya kalahkan semua Yahudi dengan mudah, semua lelaki Yahudi dewasa mati hari itu (lebih kurang 900 orang)

Dengan kemenangan ini, melihat musuh semua pecah belah dan lari, dan melihat Yahudi yang menyerah diri ketakutan, maka semua orang islam bertakbir!

Kami Memuji Allah,

Walau karihal kaafiruun: walaupun dibenci golongan kafir

Kami Memuji Allah,

Sadaqa wa’dah: yang benar janji-Nya

Wanashara ‘abdah: dan yang menolong hamba-Nya

Wa a’azza jundahu: dan yang memuliakan tentera- Muslimin

Wahazamal ahzaaba wahdah: Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan KekuatanNYa.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

dan bagi Allah segala puji-pujian!

*****

Tuan Puan pembaca Budiman sekalian..

Jika kita hayati kisah perang Ahzab, bagaimana Allah telah uji Nabi dan Sahabat, yang mana bulan puasa kena bina parit dalam kerisuan, sambut raya dengan perang, Musuh terlalu ramai mengepong termasuk musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, jerankong dalam almari, gunting dalam lipatan, tapi akhirnya, Allah bantu.

Fahamlah, Bantuan Allah sengaja lewat, kerana dunia ini pentas ujian, dan andai tiada Bantuan Allah di dunia, cukuplah Allah teguhkan keimanan, agar mati dalam islam, kerana maksud hidup adalah bersyukur dengan ujia Nikmat, bersabat dengan ujian susah, Ikhlas dengan ujian pahala, dan taubat dengan ujian dosa.

Mati dalam keimanan, adalah nikmat terbesar!

Nabi dan Sahabat telah di uji, dan mereka telah Berjaya, sekarang giliran kita pula, teguhkan keimaman, kerana hidup ini hanyalah ujian, Akhirat kekal abadi.

Bangun pagi, jangan lihat hari ini sebagai beban, tapi lihatlah hari ini sebagai peluang kepada sebuah jambatan untuk dekatkan diri kepada Syurga, sungguh hari ini adalah Jambatan akhirat. Hari ini sebuah ladang pahala sedang terbentang luas di hadapam mata.

Semoga Woha sampai syurga!


No comments: