Zaman awal keNabian, Baginda adalah sebaik baik pemimpin,
tapi tak jadi pemimpin di Mekah sebab alhlak orang mekah zaman tu tak layak
mendapat Pemimpin yang terbaik macam Nabi.
Jadi siapa yang layak mendapat pemimpin macam Nabi Muhammad?
Tidak lain tidak bukan orang Madinah yang mempunyai majoriti akhlak yang sangat
baik maka padanlah mereka layak mendapat pemimpin yang terbaik zaman itu.
Rujuk zaman Saidina Ali, zaman huru hara fitnah perang
sesama Islam… maka ada rakyatnya mengadu;
“Kenapa zaman engkau tidak aman damai macam zaman Abu
Bakar?”
Maka jawab Saidina Ali..
“Zaman Abu Bakar rakyat nya ramai macam aku! tapi zaman aku
rakyatnya ramai macam kau! memanglah huru-hara!”
Woha!
Alkisahnya, ringkas cerita… Pada suatu hari, Nabi Muhammad
saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada
sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan,
Tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a
yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, terus
kelihatan Nabi Muhammad s.a.w bergegas mengambil wudhu dan segera ke masjid
yang terletak bersebelahan rumah baginda.
Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!, dan juga tanpa solat
sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk
memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga
baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!? Apa berita
paling penting ini?
Aisyah pun merapatkan telinga ke dinding, sebab nak dengar
suara Nabi..
Dari atas mimbar, Nabi bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada
kamu, agar kamu MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI
KEMUNGKARAN, jika tidak, Allah akan MELANTIK RAJA YANG ZALIM memerintah kamu,
dan raja itu TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG tua dan juga tidak menaruh belas
kasihan pada orang muda, di waktu itu, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA
ALLAH, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan
Allah tidak mengampunkanmu!”
Kemudian, baginda terus turun dari mimbar…
Jadi rujuk Hadis ini, selain korang mengundi untuk ubah
pemimpin, dan selain pemimpin lompat
parti atau buat sokongan nak tubuh kan kerajaan…
maka jangan lupa, kerja dakwah, semua orang islam kena buat,
dalam berpolitik, jangan lupa akhlak Nabi, jangan bergaduh, jangan caci
mencaci, jangan menfitnah.. jangan menunggang..
Paling penting, jangan tinggalkan kerja Dakwah, sebab ikut
hadis di atas, asbab abaikan dakwah, maka pemimpin yang zalim akan datang
memerintah..., perang dunia ke dua baru seratus tahun berlalu, jangan sampai
perang dunia ke tuga tercetus, Nauzubillah...
Cerita ban Amal makruf Nahi Mungkar, Semua tahu sudah,
bahawa mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab
ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang kelihatan tak mencegah mungkar itu
tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati
orangkan?
Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap
pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan
walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?
Maka dalam menyokong gerakan berpolitik, marilah ajak kepada
kebaikkan, dan apakah kebaikkan terbesar?
Rujuk firman Allah:
"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan
yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan." [Al-Ankabut 29:45]
Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah
keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa
yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka
marilah kita ajak orang ramai kepada solat berjemaah di masjid, insyaAllah bila
masjid penuh macam zaman Sahabat, kita akan mendapat pemimpin yang berkahlak
Rasulullah SAW.
Maka dalam berpolitik, jangan lupa ajak manusia kepada
memakmurkan masjid Allah, jadikan manifesto subuh penuh macam solat berjemaah,
insyaAllah dari rakyat yang menjaga solat, akan muncul Imam terbaik! Dan
pemimpin terbaik!
Sesungguhnya, Kuality Solat kitalah yang mampu mencegah
maksiat kita, dan kualiti solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang,
begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang
mampu mencegah mungkar mereka..
Kerana itu Nabi sangat tekankan bab solat awal waktu,
berjemaaah, tempat azan di azankan, dan saf pertama, semua itu kualiti solat
yang mampu mengubah manusia, dan mengubah pemimpin!
Akhir pesan dari Nabi:
Sekiranya manusia mengetahui ganjaran berada di SAF YANG
PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi saf pertama kecuali dengan
MENGUNDI, nescaya mereka MENGUNDI. (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi, mengundi setiap kali PRU lima tahun sekali dah
selesai, sekarang Jom “mengundi” setiap kali masuk waktu solat lima kali
sehari, Insyaallah boleh dapat pimpinan terbaik!
Woha!
1 comment:
Beza ciri2 golongan yg benar walaupun "lemah" dgn ciri2 golongan yg "terbabas" walaupun "kuat"..
=Golongan yg "lemah" itu masih golongan yg benar..
Jadi ciri2 mereka itu..
-tidak lah pula mereka itu mempertikai2 kebaikan/sesuatu yg x salahi syarak
-mereka menyampaikan 1 ayat yg mereka tau(ayat alquran dan hadis ada banyak,xkan xda 1 pun yg kita tau kan,inysaAllah ada)
utk mengajak org kpd beramal kebaikan
bukan untuk sekaligus menghurai hukum sesuatu perkara yg mereka sendiri x tau termasuk perkara disampingnya dgn cuma gunakan 1 ayat tersebut(ayat ada banyak)..
Berbeza dgn golongan yg "terbabas"/"lunak" pada perkara2 yg terang2 salahi akidah atau syarak walaupun mereka nampak "kuat"..
Ciri mereka ini berlawanan dgn golongan yg benar walaupun "lemah"..
-mereka minat/sering mempertikai2 kebaikan yg x salahi syarak..
-mereka sering/minat menyampaikan ayat yg mereka sendiri x tau(supaya nampak cool barangkali)
dgn tujuan ajak org beramal sekaligus menghurai hukum (dgn hanya gunakan 1 ayat tersebut,walhal ayat quran dan hadis ada banyak,mereka pun x tau yg mereka itu x mampu) perkara tersebut dan perkara2 disampingnya yg dia pun x tau..
-mereka sering/minat x merujuk pada huraian ulamak ahlusunnah..mereka sgt berminat pakai huraian dan pendapat sendiri..(supaya nampak cool brgkali)
maka mereka itu biasanya mengajak kpd kebaikan sambil pertikai2 kebaikan yg lain pula yg x menyalahi syarak pun..
Post a Comment