Saya tengok hari hari ada orang berbalah bab agama, isu Menara 15km, isu debat siapa menang, isu Tuhan di langit, lepas tu melarat kepada benda yang ulamak dah lama bincang, seperti hadis daif boleh amal untuk Fadhail, tapi ada yang tolak terus, Bidaah hasanah boleh amal selagi tak masukkan perkara yang salah, ada yang haramkan terus..
Malahan, saya yang bukan ustaz ini pun di serang mereka,
siap PM bagitahu saya salah sebab kongsi Hadis Daif.
Bila saya baca komen, rupanya mereka anggap hadis daif tu
palsu, lepas tu melarat kepada tahlil bidaah, baca yasin malam jumaat bidaah,
Adohai.
Bila saya cakap, apa yang Nabi tak buat bukan haram? Mereka
tanya, habis tu kenapa tak solat subuh empat rakaat? Mana ada dalil Nabi larang
solat subuh empat rakaat?
Saya pun bagi dalil..
“Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat saya (Nabi SAW)
bersolat (mengikut solat Nabi berpandukan hadis beliau), Barang siapa menambah
lebih atau mengurangi dari ini, sesungguhnya telah berbuat zalim dan melampaui
batas”. (Riwayat Abu Daud)
Nampak tak? Ada hadis larang solat subuh 4 rakaat, tapi
takde hadis larang baca yasin malam jumaat, atau tahlil untuk mayat, tapi
mereka pusing ikut lain pulak, agama dah sempurna tak boleh tambah tambah.
Bila kongsi kisah Umar tambah 20 rakaat tarawih dan kekal
depan kaabah, atau kisah Tambah baca doa sebelum al fatihah, oleh Abdullah Ibn
Umar, atau kisah Tambah baca ayat al ikhlas dalam setiap rakaat, oleh Anas bin
Malik atau kisah Berzikir dengan ulang Surah Al Ikhlas banyak kali oleh Abu
Sa’id al-Khudri, atau kisah Ganti mandi wajid dengan tayammun sebab cuaca sejuk
oleh Amru bin Al-Ash, atau kisah Tambah solat wudhu lepas ambil wudhu, oleh
Bilal Bin Rabah, atau sahabat mengada adakan solat sunat dua rakaat sebelum
kena bunuh, oleh Khubaib Ibn ‘Adi al-Ansari atau kisah Menjadikan surah Al
fatihah sebagai "ubat" ketika di sengat binatang, oleh Abu Sa’id
al-Khundri, atau kisah Bertasawul kepada Nabi dalam perang, oleh Bani Zuhl bin Syaiban.
Tapi bagi dalil, mereka pusing ikut lain pulak? Adohai..
Terkini, sakit hati sangat tengok AJK masjid baca hadis
Fadail, ada hadis daif katanya, dan perli perangai saya macam AJK masjid tu..
Jawapan saya: Alhamdulillah,, pesanan Nabi supaya sampaikan
walau satu ayat telah berjaya dicapai oleh AJK masjid itu. (Baca: hadis daif
bukan palsu)
Ikut hadis Nabi, cerita dari bani Isreal yang bukan Islam
pun boleh share, apatah lagi dari perawi Islam yang agak lemah, ulamak yang
kaji hadis memang hebat, tak tolak terus hadis daif, sebab palsukan hadis daif
juga berdusta atas nama Nabi, maka sedarlah kita ni bukan pakar hadis lepas tu
was was hadis daif di anggap palsu, berkokok macam terer, Adohai…
Yang menyedihkan, sejak PKP, Jemaah dakwah bergerak rumah ke
rumah makin kurang saya Nampak, mungkin kerana orang islam sibuk bergaduh
perkara khilaf tak sudah sudah, hingga orang makin jauh dari agama.
Dari korang kacau orang baca hadis daif dalam Fadahil, atau
orang buat bidaah hasanah yang ada asalnya, maka lebih baik kita bergabung dan
bergerak hidupkan balik dakwah rumah ke rumah macam zaman Nabi.
Sebab sekarang ini, sejak PKP, jumlah orang datang masjid
makin berkurang, solat jumaat pun dah ramai yang tinggalkan.. dan ada kisah
orang islam murtad atau hina islam..
Saya sangat berharap para agamawan mengepalai sesi turun
padang untuk bahaskan dan cari jalan terbaik agar masalah kemashalatan umat
yang semakin jauh dari agama dapat dikembalikan. Bukan hanya sekadar berbalas
hujah di sosial media sesama agamawan tentang ustaz mana terpaling sunnah
kononnya, atau ustaz mana terpaling
silap fakta ceramah, atau tentang kepercayaan jaluran siapa sesat dan siapa
betul, Adohai..
Alangkah cantiknya, jika Jemaah dakwah, Tabligh, PAS,
Wahabi, Salafi, Aswaja, dan lain lain dapat iktikaf tiga hari sama sama di
masjid, lepas tu buat dua Jemaah, satu Jemaah dalam masjid ajar agama, dan satu
Jemaah luar masjid dekati orang ramai macam Nabi buat, alangkah cantiknya,
Sungguh Diluar sana ada macam macam golongan yang perlu di
selamatkan, ada geng human rights, isu plurality, sekularisme, diskriminasi
gender, Komunisme, feminism, atheism, agnosticism dan LGBT, serta folongan
Takfiri.
Tahu tak? Dua tiga hari lepas, ada mamat buat content Tarik
tudung orang perempuan, dan gelak, kelakar ke?
Teringat kisah pengusiran Yahudi Bani Qaynuqa' daripada
Madinah, yang mana telah terjadi peristiwa seorang wanita Islam telah
dijatuhkan maruahnya oleh lelaki Yahudi di pasar awam. Tudung Wanita itu di
Tarik, dan, mereka pun ketawa beramai dalam keadaan wanita itu meraung meminta
pertolongan. Lalu seorang muslim datang memukul lelaki Yahudi Kemudian lelaki
itu dibunuh oleh orang Yahudi lain. Maka orang islam pun bergabung, keadilan di
tegakkan, dan Yahudi diusir sepenuhnya daripada negara Islam.
Terkini, sedang sibuk kita perli bab hadis daif dan bidaah
hasanah, ada perempuan melayu islam mengaku anak orang PAS, selamba hina islam,
dengan mengaku hafal 15 juzuk, lalu buka baju separuh bogel, dan penonton tepuk
tangan, Kelakar ke?
Perkara bergini kita kena bergabung turun padang, kita kena
bagi idea dan solusi, bukannya perli AJK Masjid baca kitab Fadahil amal.
Fikir fikirkanlah.
Semoga kita semua WOHA sampai syurga,
Jom iktiaf tiga hari sambil berdakwah tiga hari!
Woha!
No comments:
Post a Comment