(copy paste status FB)
Video lucah punca bercerai..
Ada orang cuba korek apa sebab artis bercerai hingga sanggup share video yang dedah aib orang…
Berlegar berita ni semalam di media sosail…
Alkisahnya, jika ada video aib orang, jika peribadi
janganlah sebarkan, jika jenayah, tunjuk pada pihak berkuasa macam polis atau
pendakwa, serta peguam, dalam menegakkan kebenaran.
Sungguh Kita ni nampak macam hebat bukan sebab kita hebat
sangat, tapi kerana Allah Yang Maha Hebat sedang tutup aib kita,
Bayangkan jika Allah tunjukkan semua dosa yang kita buat
ditempat gelap, yang buat cara sembunyi, yang kita dah lupa, atau yang kita tak
sedar, habislah hebat kita bila orang dah Nampak aib kita.
Sebab tu ada ulamak cakap, bila ada orang puji kita, maka
hakikatnya kembalikan pujian itu kepada
Allah dengan ucap Alhmdulillah, sebab
Allah sedang tutup aib kita,
“Ya Allah, syukurnya hari ini, kerana engkau masih
menyembunyikan dosaku sehingga tiada seorang pun yang boleh mengaibkan diriku,
maka ampunkanlah dosaku itu dan jadikan aku orang yang khauf dengan azabMU.
Akhir kata, ingat pesan Nabi:
“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka
Allah akan menutup aibnya didunia dan akhirat.” (HR Ibn Majah)
So kepada yang mengenal diri ini, anak bini, sahabat, dan
jiran, jika ornag cakap hal saya, tolong “cover line” sikit yer?
Woha!
Ps: Jom dengar doa khatam Al Quran bersama suara merdu
ditepian pantai dekat rumah abang keretamayat, mana videonya? ini dia, https://youtu.be/NvoL63xHDZY
Saya demam panas. Anak perempuan tanya:
"ayah okey?"
Saya angguk, anak tanya lagi, "ayah okey?"
Saya angguk, dan anak tanya sampai tiga kali, barulah anak
ubah soalan,
Saya nak dengar suara ayah, tak nak ayah angguk sahaja,
angguk sahaja tak okey, kena ada suara..
"Okey, Ayah okey!"
"Alhamdulillah, seronok dengar suara ayah cakap 'okay',
ada satu lagi..."
"Apa dia?"
"Boleh tak ayah bagi tazkirah ringkas pada saya, dua
tiga tik tok pun cukup! nak dengar suara ayah.."
Peghhh, anak anak zaman sekarang, dua tiga tiktok tu
maksudnya dalam lima minit, sebab satu tik tok seminit setengah.
"Baiklah, ayah akan bagi tazkirah dalam dua tiga
artikel Facebook!"
Tidak! Facebook panjang berjala!
Woha!
Hari Jadi yang menjadi
Pagi ini Isteri peluk, ucap selamat Hari Jadi, rupanya
birthday saya? sejak kahwin baru ada orang ucap tahniah di Hari jadi dan
berikan hadiah, sambil peluk isteri menangis bagitahu tadi buka FB ada dua
berita sedih.
Pertama memory setahun lepas FB cerita kisah isteri Syuib
meninggal dunia...
Katanya tengok anak anak Syuib, teringat anak anak kita,
terutama Iman Hamka OKU Autisme..
Mata saya turut berkaca, suami mana yang mampu kehilangan
isteri?, Masuk tempat tidur tidak akan sama lagi, bangun pagi tidak akan sama
lagi..
Sungguh bab Covid ni, semua orang ada pengalaman pahit,
sahabat saya ramai yang pergi asbab Covidm termasuk isteri sahabat saya yang meninggalkan anak
yatim piatu.
انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.
Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan
kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat
tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di
tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Kemudian berita satu lagi, ibu kepada tiga anak bunuh diri
kerana media sosial.
Isteri bagitahu kadang tengok orang kritik abang, takut nak
baca komen, serangan dari anti vaksin, penyokong wahabi, geng PH, geng teori
konspirasi, macam macam lah komen
Tapi Nampak abang masih relex dan tenang, sabar jer menulis,
takut suami pendam dan meletop jer.
Kata saya media sosial ni keras, ramai orang stress
sekarang, takpelah mereka nak cakap tak elok kat komen, selagi bukan jenayah,
(ugutan) maka baik untuk mereka meluahkan perasaan terbuku, hak komen mereka
nak gunakan, biarlah, sebab ramai juga yang puji dan beri komen menambah baik.
Namun Ada jugak abang block orang yang komen terang terang
hina agama, simple jer, tak suka kita block, tak payah sakit kepala.
Abang tulis pun nota kepada diri, sambil pesan pada anak
anak, mereka yang akan baca bila perlu nanti,
Komen hak mereka, sabar hak penulis- woha!
Kemudian, isteri buka video hari jadi saya tahun lepas..
Haha, dalam video tu ada Tazkirah ringkas tentang HARI JADI
dan ISLAM yang saya pesan pada anak anak..
Maka kepada Siapa siapa nak sambut Hari Lahir Bersama
keluarga, boleh tiru Tazkirah saya depan kek dalam video ini.
Lepas potong Kek, isteri buat kejutan lagi, suruh teka
Tarikh lahir semua anak anak! Lima orang tu, susah yang amat!
Adakah saya akan Berjaya! Jika gagal adakah kena denda?
Kena tengok video ini sampai habis!
Woha!
Nikmat hidup
JIka tidur kita tiada yang temankan, lewat bangun tiada yang
kejutkan, pergi tidak ada yang tahu, balik tiada yang menanti, hilang tiada
yang peduli,
Apakah ini?
Bagi sesetengah orang, itu adalah kebebasan, hidup sendiri
tanpa siapa siapa di sisi adalah bebas. Dan bagi setengah orang pula itu adalah
kesunyian yang menyakitkan.
Kita orang Islam, sunnahnya bekeluarga..
Yang mana dalam keluarga, Tidur ada orang temankan, lewat
bangun ada orang kejutkan, pergi ada orang lambaikan, balik ada orang tunggu,
hilang ada orang cari, susah senang bersama, inilah resam hidup bekeluarga.
Alhamdulillah..
Alkisahnya semalam hari lahir saya, anak perempuan dari
asrama call, lepas tu menyanyi dengan kawan kawannya “selamat hari lahir papa”,
“I love U papa”, “jaga diri baik baik Ayah .
Di rumah, isteri beli kek coklat ada pisang, kenyang makan
dua ulas, Alhamdulillah.
Lepas isyak bini belanja makan nasi goreng kambing pulak,
nikmat sungguh selera makan masih ada..
Ok, Semua anak dah ucap selamat hari lahir, tengok dekat FB
personal, ramai yang ucap, (saya belum sempat balas), dalam group wasap pun
ramai ucap, terima kasih semua.
Last, anak lelaki MRSM mesej ucap selamat hari jadi dan bagi
link Shopee, katanya, belum ada duit nak belanja ayah hadiah, mampu bagi link
shopee sahaja, ayah beli dulu, nanti orang dah kerja, ayah claim.
Woha!
Akhir kata, Tahniah kepada korang yang mana Tidur ada orang
temankan, lewat bangun ada orang kejutkan, pergi ada orang lambaikan, balik ada
orang tunggu, hilang ada orang cari, dan hari jadi walau anak belum bekerja,
tapi tetap dapat hadiah link Shopee!!!
Woha!
Di goda wanita cantik
Saya di goda wanita cantik, terperangkap dalam bilik… apa
perlu saya buat?
Alkisahnya…
Satu hari waktu kenduri kahwin adik ipar, waktu saya nak
mandi tengah hari, masuk bilik untuk tetamu dan terkejut melihat ada perempuan
asing yang cantik dalam bilik saya. Mungkin perempuan ni tumpang bilik untuk
bersiap sebab al maklumlah waktu kenduri sanak saudara ramai tapi bilangan
bilik terhad.
“maaf, tak tahu ada orang”
Kata saya dengan penuh bersalah dan cuba keluar bilik tapi
tombol pintu macam terlekat,
Sambil saya cuba buka pintu, sambil juga terfikir siapa dia
ni harap dia terus bersolek dan terima maaf dari saya tapi belum sempat saya
dapat jawapan siapa wanita ini, tiba tiba perempuan tu peluk saya dari belakang,
dan bergelut nak tarik badan saya mengadapnya.
Saya dah gelabah, tutup mata dan cuba keluar dari pelukkan
bimbang perempuan tu jerit nanti semua orang tuduh saya nak rogol dia…
“ini sayalah bang..”
Laaa, bini saya rupanya, siapa suruh awak menggatal pinjam
alat solek pengantin dan solek diri sendiri. Nampak macam artis mana dah tadi..
Woha!
Mandi wajib
Isteri call, katanya hari ni dia niat nak puasa tapi mandi
wajib lepas azan subuh pagi tadi, boleh tak bang?
Saya cakap boleh, isteri balas, tapi itukan untuk puasa
wajib sahaja, puasa sunat boleh tak?
Alamak, Saya pulak yang tiba tiba was was, nak jawab boleh
takut ada pendapat kata hanya puasa wajib sahaja yang boleh kan?, puasa sunat
tak boleh?,
Saya pun google cari jawapan ustaz ustaz bab ni, semua cakap
boleh puasa ramadan tapi tak sebut boleh untuk puasa sunat.
Saya google lagi, cari dekat FB lepas tu Nampak video Reels,
terlalai jap lepas tengok dua tiga video, adohai..
Sambung cari balik jawapan, ada bab tak boleh sebab masa
mandi kena korek, ada yang cakap boleh jika mandi tak korek, ada cakap tak
boleh sebab nanti keluar air mani meleleh lepas subuh dah batalkan puasa, lepas
tu ada yang cakap jika pakai kondom maka boleh isteri puasa lepas mandi wajib,
pening dengan jawapan.
Cari kat laman fatwa, cerita bab bulan ramadan sahaja, try
tengok ustaz azhar idrus, boleh, dan tak sebut puasa apa, maka saya berijtihad,
boleh puasa sunat walau mandi wajib lepas subuh. Nanti tengah hari waktu lunch,
saya tanya geng ustaz.
Saya pun cakap dekat Siri, “Call my Wife”
Siri pun call, wife pun jawab salam, saya pun cakap:
“Awak puasa dulu, nanti abang tanya kawan ustaz, sebelum
lunch abang bagi jawapan”
Isteri cakap, lama sangat tunggu jawapan abang, ternampak
baki telor separuh masak yang abang belum pecahkan sebiji pagi tadi, selamat
dah masuk perut saya.
Woha!
Moral of the story, video pendek macam Reels FB, Short
Youtube, dan Tik tok, akan mudah melalaikan kita, adohai..
Ps: Saya dah tanya lima orang ustaz, jawapannya boleh,
teruskan berpuasa jika belum makan telur tu.
Cara buat telor separuh masak, https://youtu.be/O4g0vC5n5lo
No comments:
Post a Comment