(kisah surat paling sedih saya terima selepas mesyuarat)
Dalam kehidupan seharian mereka yang beragama Islam, dalam
membuat apa-apa keputusanpun seeloknya di buat dengan mesyuarat, Nabi dah ajar
sahabat bermusyuarat, dalam quran ada surah khas tentang mesyuarat, yang ada
diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji
dan ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak
menjalankan sesuatu urusan.
Bayangkan, di zaman wahyu belum berhenti, Malaikat Jibril
masih ON sampaikan wahyu, Bila ada apa apa masalah dalam hidup, Nabi masih
bermesyurat dengan sahabat, apatah lagi kita yang hidup di zaman wahyu dah tak
ada, Malaikat Jibril dah ‘letak jawatan’ sampaikan wahyu, maka lagi lagi lah
kita semua perlu kepada mesyuarat.
Kelebihan mesyuarat berdasarkan petikan hadis:
“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi
orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)
Alkisahnya, dalam mesyurat kami laki bini bersama anak anak,
kebetulan waktu itu kami sedang bincang tentang hutang rumah tangga, seperti
hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran anak sekolah, hutang sewa homestay,
hutang kedai buku sewa ruang, hutang dengan penerbit, hutang dengan adik
beradik, dan lain lain.
Lepas habis cerita hutang, tiba masa giliran untuk tiap
orang beri cadangan, jika ada apa apa nak beli ke? Ada buku nak baca ke? Ada
masalah nak luah ke?
Sampai giliran anak, salah sorang berkata:
“Saya berhajat nak mesyuarat untuk beli pensil picit baru,
tapi nampak ayah banyak hutang, tak jadilah, yang lama tu calar jer, bukan
rosakpun”
Kami senyum tengok telatah anak anak kami, baguslah tak
minta beli pensil baru, Nampak tak keberkatan dalam mesyuarat? He he.
Tak lama lepas mesyuarat, anak saya bagi surat berbungkus
dengan Cleartape, agak tebal surat beliau dengan pesanan:
“Baca bila keluar rumah”
Kemudian, lepas tu bila saya ada urusan keluar rumah, dalam
kereta, saya buka surat anak saya, sedih sungguh bila baca.
Walaupun 6 patah ayat, cukup buat hati saya terusik.
(Rujuk Gambar)
Oh anakku, patutlah ayah Nampak kamu korek duit tabung. Ayah
sangka kamu nak beli pensil picit guna duit sendiri, rupanya kamu hadiahkan
pada ayah duit belanja.
Mata masuk habuk.
Sob.
No comments:
Post a Comment