Elok orang islam ambil tahu hal ini, sebab ini adalah kisah benar.
Alkisahnya, satu hari ada orang datang jumpa ketua kampung
bagitahu orang kampungnya tak pandai agama, perlu bantuan ustaz area sini atau
siapa siapa yang pandai untuk pergi mengajar. Sebab kampungnya ramai mualaf
sekarang baru masuk islam.
Oleh sebab Ustaz K ada asas agama yang baik, maka ketua
kampung suruh Ustaz K keluar berdakwah di sana, pergi ajar orang kampung sana
yang sudah bersedia nak belajar.
Baiklah ketuaa kampung, Ustaz K faham bahawa nak ajar orang
yang nak belajar agama ni senang, lagipun ini adalah perintah Allah, sebarkan
kebaikkan, maka Ustaz K pergi ke kampung sana bersama geng ustaz juga seramai
sepuluh orang, kira jemaah ustaz-ustaz lah ni, sebab ada antara mereka hafiz 30
juzuk.
Selang masa ke sana, elok dijalanan, dah dekat nak sampai,
Ustaz K dan sahabatnya dikepung oleh orang kampung sana. Eh kenapa ni?
Rupanya orang kampung tu yang pura pura masuk islam, dan
ambik peluang ni untuk bunuh geng ustaz. Depan mata ustaz K, Sembilan kawanya
ditikam hingga mati.
Ustaz K pelik juga, kenapa beliau tak di bunuh?
Rupanya ada musuh lama yang nak seksa sebelum bunuh, maka
ustaz K di ikat pada tiang salib di tengah padang, dan dipukul hingga ramai
orang datang untuk melihat ustaz K diseksa sampai mati.
Bila dah puas kena pukul, sebelum di bunuh, Ustaz K di
tanya, apa permintaan terakhir?
Ustaz K cakap, nak solat dua rakaat buat kali terakhir.
Ustaz K dibenarkan solat, dan Ustaz K solat dengan kelajuan
normal, Habis solat, ustaz K cakap,
"Seandainya bukan karena dikira takut mati, maka aku
akan menambah jumlah rakaat solatku."
Kemudian Ustaz K kembali disalib, dan dihujani anak panah
pada seluruh tubuh kecuali beberapa anggota penting, agar Ustaz K mati
terseksa.
Dalam keadaan kesakitan akibat dipanah, datang pula algojo
memotong kelua dua lengannya, lalu ketua orang kafir bertanya:
"Sukakah engkau bila Nabi Muhammad menggantikanmu
sementara kau dilepaskan rehat bersama keluargamu?"
Jawab Ustaz K: "Demi Allah, Aku tidak rela bersenang
lenang bersama anak isteriku menikmati kesenangan dunia, sementara Rasulullah
terkena musibah walau dicucuk oleh sepotong duri!"
Lalu beliaupun mati dibunuh!
Kematian Ustaz K sangat mengkagumkan seorang saksi, tidak
pernah dalam hidupnya melihat seorang yang hidup beragama mampu bersolat dengan
penuh tenang dan Khusyuk sebelum dijatuhkan hukaman mati.
Solat itu adalah pemandangan rohani yang sangat kuat melekat
pada saksi itu hingga akhirnya saksi itu masuk islam.
Kisah ini berlaku zaman Nabi, Ustaz K adalah Khubab bin Adi,
seorang sahabat Nabi.
Saksi kejadian ketika itu adalah Said bin Amir
Alkisahnya, Said yang melihat hukuman ini, bukan buatkan dia
rasa takut nak masuk islam, tapi terus gelisah memikirkan agama apa yang
sanggup buat orang seperti Khubab sanggup korbankan nyawa walau diseksa
sedemikan rupa, kemudian sebelum mati dapat pula solat dengan penuh kepuasan,
maka Said lepas gelisah siang dan malam, akhirnya buat keputusan, agama yang
benar sahaja yang akan menjadikan penganutnya rela mati diseksa, dan tenang
dalam solat sebelum mati, lalu pendek cerita: Said pun masuk islam.
Moral cerita, ketika kita rasa hidup ini sangat teruk,
hingga ada yang selamba tinggalkan solat, ketahuilah mereka-mereka yang hidup
di zaman Nabi, ujian hidup mereka bukan biasa biasa, mereka diseksa, keluarga
dibunuh, dipulaukan, dibiar kelaparan, serta pelbagai ujian hidup, tapi
bagaimana susahpun hidup mereka, solat tetap dijaga.
Sungguh Darah Sahabat telah mengalir.., namun kita dalam
kelembutan sejadah, dibawah kipas nombor lima, dan deruan air cond yang
menyamankan badan, mengeluh macam macam.
Sampai solat pun kita lengah lengahkan.
Lepas tu mengeluh:
“Kenapa hidup aku susah sangat woi?”
Tak tahu nak woha ke tak ni?
Adohai..
Akhir kata, usahkan nak cerita bab jaga solat, Cuma nak
tanya, pernah tak sekali seumur hidup kita?, pernah tak kita dapat menikmati
solat selazat solat terakhir Khubaib bin Adi? Yang mana orang kafir tengokpun
rasa nak masuk islam?
Fikir fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment