Al kisahnya, Ketika Malaysia negara Islam bertukar Kerajaan secara aman, di Afghanistan juga negara islam sekarang ini sedang bertukar Kerajaan, beribu-ribu orang awam mati termasuk kanak kanak waktu perang rampasan kuasa, dan dengar berita airport sesak sebab beribu ribu rakyat lari takut dengan pemerintahan Taliban.
Ketakutan rakyat mereka berasas, atau ada unsur ‘keabsahan’
kerana zaman pemerintah Taliban dulu, banyak kisah tak elok kita dengar, ingat
kisah Malala?
Al kisahnya, pada tahun 2012, ada tentera Taliban yang tahan
bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah naik bas yang membawa budak
budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama Malala, jika tidak ada yang
mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas itu. Pihak Taliban itu juga
bersumpah nak membunuh ayah kepada Malala jika tak menyerah diti.
Kemudian dengan penuh keberanian, berdirilah seorang gadis
berusia 15 tahun, mengaku dirinya Malala, lalu serta merta Malala ditembak dua
das, satu di leher dan satu di kelapa.
Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?
Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya
dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula
bukan “banjir di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi
kisah ngeri berjudul "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala
share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk
budak perempuan belajar macam lelaki.
“tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah
apa kejadah?”
Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di
blognya.
Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, keajaiban
berlaku, Malala dihantar ke sebuah hospital dan sembuh sepenuhnya.
Jadi Cerita Malala ni memang heboh seluruh dunia, dan dengan
berkuasanya Taliban di Afghanistan, maka ramai orang perempuan di sana share
dimedia sosial, betapa mereka susah hati sebab hak Wanita akan hilang katanya,
mereka akan mati kena bunuh lepas ni, mereka akan kena kurung, tak boleh kerja,
tak boleh sekolah.
Lepas tu keluar berita Taliban janji, akan benarkan
bersekolah. Namun banyak berita tersebar Taliban dah ulang balik perangai lama,
buat rakyat lari tinggalkan negara.
Jadi.., balik pada tajuk: Taliban ni baik ke jahat?
Sungguh Takdir Allah malam tadi, baca Taklim dengan anak
bini, baca hadis yang menjawab soalan ini, Alhamdulillah.
Maha suci Allah, yang takdirkan saya baca hadis ini
seterusnya menjawab soalan: Taliban baik ke
jahat?
Hadis tu berbunyi begini:
Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari
Rasulullah S.A.W telah masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak
panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun
berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada
Allah S.W.T (3) tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan
(2)dua perkara sahaja dan (1) satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini
jangan dibinasakan dengan bencana . Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka, Tetapi permohonanku telah tidak
diperkenankan.
Habis baca anak terus tanya, “Kenapa Allah tolak 1 dari 3
doa Rasulullah?”
Anakku,
Bab orang islam bila miskin, atau lapar, atau susah, dan
bila mereka berdoa untuk dapat bantuan, maka Allah boleh takdirkan bantuan
sampai, sama ada mereka jadi kaya, atau
orang kaya datang bantu, itu yang sedang berlaku zaman Covid ini, orang islam
susah, dan ada orang datang bantu, doa Nabi yang pertama telah makbul.
Bab kedua, jika berlaku bencana kemarau, orang islam pun
doa, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada kemarau hilang, atau
orang kaya datang bantu, rujuk zaman Covid, orang islam solat hajat minta
bantuan, tak sampai setahun, Allah bagi ilham pada manusia temukan Vaksin,
Alhamdulillah, doa Nabi yang kedua telah makbul.
Doa ketiga, Nabi nak Allah halang orang islam buat jahat,
Nabi nak Allah halang orang islam bergaduh, maka doa ini Allah tak makbul sebab
dunia ini darul asbab, iaitu Allah bagi peluang siapa sahaja nak buat apa
apapun boleh, nak buat jahat boleh, nak buat baikpun boleh. Nak bergaduh boleh,
Nak berdamaipun boleh.
Sebab tu dalam dunia ini, ada orang islam yang baik, dan ada
orang islam yang jahat. Ada orang islam selamatkan maruah Wanita, ada juga
orang islam rogol pelajar, rogol anak, bunuh orang, hingga orang kafir datang
tanya saya:
“Kenapa Allah tak halang ustaz rogol budak? Kenapa orang
islam bergaduh? Allah tak boleh halang ke orang islam bila bergaduh? Kenapa ada
orang islam merompak? Allah tak boleh lumpuhkan tangan ke? Allah lemah ke?
Okey, Bayangkan doa Nabi makbul, Allah akan halang orang
bergaduh, tapi orang kafir mahu, halang semua kejahatan, okey, bayangkan Allah
halang orang dari buat jahat seratus peratus, bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta,
orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba
lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan
dirikan suruh solat. Orang nak tambah makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab
dah makan lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik
sahaja sebab jika buat silap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi
buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih?
Semua kena ikut program macam robot?
Dunia ni Darul asbab, Semua pilihan hidup Tuhan benarkan,
nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, nak berzina Tuhan tak terus
potong kemaluan, Nak minum arak Tuhan tak terus ulser kan mulut, perempuan nak
seksi takde tiba tiba kena sopak, takde! Orang nak bergaduh takde tiba tiba lumpuh,
takde!
Saya ulang, semua Kejatan serta kebaikkan Tuhan Izinkan
sebab dunia ini darul asbab, tapi ingat,
hidup ini ujian. semua perbutan itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan manusia buat, dan Tuhan
tak terus halang, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah
duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi
gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas
mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak
rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, artis rogol peminat, usyaz raba
followers, serta ORANG ISLAM BERGADUH, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau
kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah sana sini, tapi ingat, hidup ini ujian.
semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan
pelbagai pilihan baik, Indah macam Malaysia mungkin? Tukar Kerajaan tanpa
tumpah daarah, negara islam juga.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi neraka dengan
pelbagai pilihan buruk, Negara sedang berperang contohnya, nak buat jahat
sangat senang waktu perang.
Tapi ingat, adil ini bukan di dunia, adil itu di akhirat,
siapa buat baik besar kepala mancis pun Allah akan balas, buat jahat besar
kepala mancis pun Allah akan tuntut! Ingat tu!
Doa Nabi di tolak itu nak bagitahu, bahawa Tuhan tak kawal manusia macam robot, Tuhan
cipta manusia dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan
dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara
yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah. Tapi
Bila Allah bagitahu akhirat nanti ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan
hukum orang bersalah, tak nak terima pulak? Adohai..
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan
kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah
dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat,
lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh
diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh
lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika orang tak bayar hutang kita, hingga kita hidup
susah dan melarat, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia
lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu
pasti! dan itulah keadilan!
Hari ni kita fitnah orang mencuri dan merompak, kita bagi
bukti palsu, kita jaja cerita, kita susahkan dia naik turun mahkamah, kita
rampas harta dia sebab kita tuduh dia mencuri, dan akibat fitnah kita, dia
terpaksa kena naik turun mahkamah bertahun tahun sebab fitnah kita, tiba tiba
kita mati kena Covid,
Nampak macam kita dah Berjaya susahkan dia, tapi Akhirat
menanti, Mahkamah Allah ada menanti, dan dosa susahkan orang, Allah bagi orang
tu sendiri nak ampunkan ke tidak, itu yang merangkak di akhirat nanti sebab
penat minta maaf.
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina
Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh,
juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu
dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan
utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab
mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar
ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua
akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, mangsa fitnah, mangsa hutang tak
bayar, semua akan dapat keadilan di akhirat.
Balik kepada soalan, Taliban ni baik ke jahat?
Jawapannya, terpulang pada amalan dia, ada kisah Taliban
yang tembak Malala dalam bas, itu Taliban jahat, ada kisah Wanita kena rogol,
dan Taliban datang tangkap perogol, itu Taliban baik.
“Tapi encik Hamka.. Mungkin Taliban jahat itu adalah tentera
yahudi atau tentera amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu? Semua
ni kospirasi Dajjal!”
Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan awek kau, dan seret
tengah jalan lalu awek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan orang
islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan
islam sebab dalam dunia saya, semua orang ialam adalah baik?. Mana tahu?
Adohai..
Bro, terimalah kenyataan, bukan semua orang islam baik,
memang ada orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.
Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk
neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya
masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.
Ayat “wahai orang beriman” dituju kepada orang islam, supaya
taat perintah Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah
tak ikut cara Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan
jangan bunuh kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa
sampai mati budak budak kecik. Adohai.
Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan
hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan
lain lain.
Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya
paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata
untuk menyedapkan sentiment saya.?
Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada
sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata
kerana sentimen!
Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan
islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik
belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.
Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah
konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.
Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan
didokumentasikan menunjukkan ada sebahgian orang Islam yang menjadi pengganas
dan membunuh sesama islam, yang ajak jihad seks, yang seksa budak budak, ustaz rogol pelajar dan sebagainya.
Samada saya suka atau tidak, memang ada sebahagian orang
Islam yang buat kerja jahat itu.
Bukannya saya kena reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi,
atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka
boleh serang negara Islam.
Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti
walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang
islam yang masuk neraka, Hinnga ada hadis cerita Nabi turun padang bagi syafaat untuk bantu orang islam yang
berdosa agar keluar dari neraka.
Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi
jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak
orang islam yang buat?, ada, dan banyak. Ustad ularmak pun ada kes rogol jika
kau tak tahu!
Moral of the story: Taliban baik atau Jahat? Biarlah amalan
mereka yang menentukan, Pintu Taubat terbuka buat semua yang masih hidup.
Kita di sini, Terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada
orang islam yang baik dan ada orang islam yang jahat, dan yang baik tak
selamanya baik, dan yang jahat tak selamanya jahat, pilihan di tangan kita.
Sungguh setiap orang disediakan Tuhan akan pintu Taubat
masing masing, gunakan sebaiknya sebelum pintu kereta mayat terbuka.
Kita jangan sibuk nak tutup pintu Taubat siapa siapa, Tapi
saya boleh tutup pintu keretamayat korang!
Woha!
Ps: Ada yang tanya, beli kata mana kitab Taklim tu? saya tak
jual, saya jual buku saya sahaja, ada 5 tajuk tazkirah santai tapi sampai, jika
nak beli Taklim, ini, link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t
2 comments:
Kita orang islam ni jadi problem pasal kita ni selalunya(bukan lah semua org islam begitu) x cukup amanah dalam
menyampaikan perkara yg diamanahkan nabi saw pada kita.. Kita selalunya(bukanlah semua org islam begitu) sampaikan kat orang lain ialah suruh org lain kerjakanlah rukun iman,rukun islam,lepas tu dakwahkan perkara tersebut dan juga jihad dijalan Allah..
Sepandai2 kita sekadar itu la yg kita sampaikan.. Tapi
Seburuk2 negara kita ni seawal darjah 1 dah diajar terangsampaikan dgn amanah bahawa yg kesemua perkara2 tersebut hendaklah dikerjakan BERLANDASKAN JALAN AHLUSUNNAHWALJAMAAH.. Seawal darjah 1 sekolah agama dan ngaji sifat 20,mazhab2 dlm feqah dan akhlaq(tasawuf).. X caya tanya anak anda yg darjah 1 tu..
Tidakkah kita semua tahu(mungkin ramai juga yg x tahu) bahawa
Khawarij dan kelompok2 lain pun kerjakan juga semua perkara di atas tapi jalannya ahlusunnah ke?.. Itu la beza sepandai2 kita dan Seburuk2 negara kita dalam menyampaikan amanah nabi saw..
Bersyukurla banyak2 duduk dalam negara yg seburuk2nya pun tapi masih amanah dalam menyampaikan tentang jalan nabi saw iaitu jalan ahlusunnahwaljamaah(semoga berkekalan begini insyaAllah) ..
Alhamdulillah, syukur
Post a Comment