“Abang keretamayat, apa hukum suami cakap. Jatuh talak jika pergi cucuk vaksin, sedangkan isteri dah cucuk vaksin secara senyap senyap?”
“Oh, adohai, Kasihan Wanita bila dapat suami yang tak
cerdik, apa korang tak nak ke bagi isteri tunaikan rukun islam kelima ke?
Sekarang nak pergi Haji wajib vaksin, suami boleh pulak lafaz cerai taklik? Tak
berdosa kau halang bini pergi umrah?
Mohon Menteri Hal Ehwal Wanita yang lama pergi mengadu pada
Menteri Hal Ehwal Agama yang baru akan isu ni, Ada Fatwa terkini tak yang saya
terlepas pandang? Sebab dalam islam, setahu saya, tiada ketaatan dalam hal yang membahayakan
nyawa kecuali waktu jihad perang.
Data setiap hari adalah sangat jelas, kes kematian sebab tak
vaksin sangat tinggi, tapi kata anti vaksin jangan cucuk vaksin sebab ada jugak
yang mati! Memanglah semua akan mati, makan tak makan semua mati, tapi kenapa
makan jugak? Sebab usaha untuk hidup itu perintah Allah.
Jika perang zaman dulu.
Negara di serang anak panah.
17 juta pahlawan pakai baju besi. (80 mati)
11 juta pahlawan pakai baju besi Bersama perisai. (4 mati)
12 ribu tak pakai baju besi (semua mati)
Berjuta juta tak pakai baju besi tapi berlindung belakang
pahlawan pakai baju besi, selamat buat sementara waktu tapi anak panah masih
belum berhenti.
Logik anti vaksin, 84 orang mati tu sebab kelemahan baju
perisai. Maka jangan pakai perisai?
Serius?
Sebab itulah saya pernah tulis berpuluh puluh tahun yang
lepas, jika nak cari pasangan, nak cari kawan, nak cari menantu, nak cari rakan
bisnes, tolong tanya soalan ini, insyAllah soalan ini akan dapat kita pilih
kawan sebagaimana pesan Nabi, pilih kawan yang jual minyak wangi agar kita
dapat wanginya.., jangan berkawan dengan penjual arang kerana akan terkena
asapnya.
Maka saya pesan pada diri sendiri, bila nak cari menantu
kelak, atau bila ada orang berkenan kat
anak kita dan datang nak merisik, biasa kita tanya:
Kerja apa? (Boleh terus bayangkan masa depan anak dengan
status pekerjaan suami)
Duduk di mana? (Boleh jangka berapa kali anak balik ziarah,
jika PKP dalam dareah yang sama mana tahu?)
Anak siapa?(Nak tahu dengan keturunan mana kita berbesan?,
jika anak Dato ke boleh selamatkan perniagaan papa)
Bukan apa, Tanya soalan waktu merisik ni sebab nak tahulah
jugak latar belakang kehidupan bakal menantu sebab mereka nanti nak hidup dan
nak jaga anak cucu kita, jadi saya rasa akan datang, mungkin kita boleh tanya
bakal menantu beberapa soalan terkini:-
-Bumi ni rata ke Sfera? (boleh tengok cara dia berfikir
normal ke tak)
-Betul ke orang ke Bulan? (boleh tahu cara dia menilai
sains)
-Pernah kena tipu oleh scammer Multi Level Marketing? (
Boleh tahu level otak dia)
-Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? (boleh tahu
Syiah ke tak)
-Sambut Maulud Nabi boleh tak? (boleh tahu dia wahabi ke
tak)
-Nak beranak kat rumah ke kat Hospital? (boleh tahu jika dia
menyokong ajaran sesat bidan haram)
-Apa pendapat anda tentang Tun, Abah, Anwar, Hadi, Najib dan
Ismail Sabri,? (boleh tahu dia macai politik mana)
-Pernah jumpa hantu?(boleh tahu tahap mistik yang dia
percaya)
-Anak nak hantar sekolah tak? (boleh tahu ilmu anti
kemodenan ke tak)
-Ada takaful atau Hibbah tak? (Boleh tahu tahap tawakal
jenis sembang ke laut ke? Aduhh)
-Hisap rokok tak? (Jika jawab khilaf.. hmmm)
-Apa pendapat Menteri tipu ijazah? (Boleh tahu tahap
kejujuran etika dia level mana)
-Jika dapat anak OKU nak buat kad tak? (Boleh tahu jenis
berdamai dengan takdir ke atau tak boleh terima hakikat)
-Apa pendapat tentang Bapuk? (Tengok dia sokong LGBT ke apa)
-Buat pinjaman guna sistem Bank islam ke?(Boleh tahu
kefahaman dia tentang ekonomi dan comon sense)
-Apa pendapat tentang dakwah pint uke pintu macam Jemaah
Tabligh? (Boleh tahu level agama dalam dada dia)
--Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? (boleh tahu sama ada
dia hantu teori konspirasi, dan mungkin akan lafaz cerai jika anak kita pergi
cucuk vaksin, nauzubillah!)
.
.
..
.
Okey, begitu lah lebih kurang soalan-soalan asas untuk
menilai tahap pemikiran bakal menantu korang, tapi jika dia jawab satu jawapan
khas.
InsyaAllah dia masih boleh di selamatkan.
Nak tahu apa jawapan yang membuatkan si dia boleh
diselamatkan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Pakcik, makcik.., saya sebenarnya ada baca buku Hamka
Kereta Mayat.
Woha!
Ps: Buku tinggal lima tajuk sahaja (1) Ngeteh di kubur ayah
(2) Kisah Laki Bini (3) Kerana dia Anak syurga (4) Semusim di Syurga (5) Kisah
Anak Bini.
Siapa cepat dia dapat. Manakala..
Buku (6) Semusim di Neraka, (7) Menangakap Dajjal, (๐
Hantu Terakhir, (9) Permata yang hilang, (10) Kamar Sutera, (11) Almond Gay,
....itu semua dah habis dan telah bertukar menjadi kenangan terindah di celah
celah almari masyarakat Malaysia menemani PKP terindah sekalian.
Sila Kagum dari jauh!
1 comment:
setuju dengan apa yang tuan tulis
Post a Comment