Sep 26, 2021

Rukun Iman dan enam Sifat?

“Salam Hamka kereta mayat, saya nak tahu siapa yang susun rukun Iman? Kenapa letak Nabi nombor empat? Jika ikut Al quran, sepatutnya Nabi bukan nombor dua ke?, banyak dalil ayat Al quran" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada (1)Allah dan (2)RasulNya”. Jadi kenapa susunan rukun Iman, Nabi nombor empat?”

“Salam saudara, yang susun rukun Iman adalah allah sendiri, ianya di petik dari Al quran, contoh ayat An Nisa:136, ..dan sesiapa yang kufur ingkar kepada (1) Allah dan (2) Malaikat-malaikatNya, dan (3) Kitab-kitabNya dan (4) Rasul-rasulNya dan juga (5) Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

“Dalam ayat tu takde pun beriman kepada Qada' dan Qadar?”

“Ada dalam ayat lain, rujuk Al Hadid: 22: Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula sombong dengan apa yang diberikan kepada kamu dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”

“Kenapa Allah tak masukkan Qada’ dan Qadar sekali dengan ayat An Nisa tadi?”

“Sebab al quran ni untuk orang berakal, kena baca dan fikir sikit, dan kena baca semua ayat dan tak boleh ambik separuh separuh, dan juga rujuk hadis banyak dalil bab rukun enam ni”

“Itulah saya rasa macam susunan Rukun Iman, patut Nabi nombor dua.., tak apa kan jika saya susun sendiri rukun Iman?, (1)Percaya kepada Allah, (2) Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, (3) Percaya kepada Malaikat-Malaikat, (4) Percaya kepada Kitab-Kitab, (5) Percaya kepada Hari Akhirat (6)Percaya kepada Qada' dan Qadar. Boleh kan saya susun macam tu? Tak rosak kan akidah saya?”

“Selagi percaya kepada enam rukun Iman ini, InsyAllah tidaklah rosak akidah, Cuma bila suasana belajar rukun Iman di Malaysia, ikut susunan Sunal wal Jamaah senang, kita follow lah”

“Sebab saya fikir macam ni, kita percaya Tuhan ada, Kemudian Nabi datang bagitahu, jadi satu percaya kepada Allah, kedua percaya kepada Nabi, kemudian Nabi bagitahu dapat info dari Malaikat, maka ketiga percaya kepada Malaikat, dan Malaikat turunkan wahyu berupa kitab, maka kita percaya kepada kitab, dalam kitab cerita tentang Akhirat dan takdir, maka percaya kepada Akhirat dan takdir. Itu yang saya faham ikut logik, susunan macam tu lebih logik”

“Jika nak ikut logic, saya suka guna pendekatan enam kesepurnaan agama”

“Apa tu?”

“Apa saya belajar, enam jalan kesempurnaan agama adalah (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”

“Cuba detailah lagi”

“Juga di kenali dengan sifat sahabat yang enam iaitu, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh.

“Jadi?”

“Kita belajar rukun Iman, bukan setakat hafal, kita kena buktikan, maka yang pertama, Percaya kepada Allah, dibuktikan dengan usaha atas Hakikat Dua Kalimah Sahadah, Yakin Allah berkuasa, Makhluk langsung tiada kuasa, yang bagi manfaat dan mudarat hanya Allah, La Ila Haillah!”

“Okey, rukun Iman pertama dan cover, yang ke dua, Beriman pada Malaikta macam mana?”

“Usaha atas Hakikat solat, kerana Solat ni Malaikat Jibril sendiri tak mampu bawa sebagai wahyu , Nabi sendiri naik ke langit ambik perintah solat dalam peristiwa Israk Mikraj, yang mana dijalanan Nabi melihat pada setiap lapisan langit ada malaikat sedang berzikir, ada malaikat sedang mengaji, ada malaikat sedang berdoa, ada malaikat sedang rujuk, ada malaikat sedang sujud, bermakna solat ini adalah membawa sifat ketaatan malaikat dalam solat, menjadikan kita khusyuk, dan dalam solat ada kekuatan tujuh lapisan langit! Seterusnya ketaatan dalam solat dibawa keluar solat menjadikan kita Tawadhuk, InsyaAllah”

“Okey, masuk akal, jadi rukun Iman ke tiga, beriman pada kitab adalah usaha pada hakikat Ilmu dan Zikir?”

“Pandai, maka seterusnya bab Ikram Muslimin, sungguh pada Nabi dan rasul ada bersamanya sebaik baik akhlak, lantas tunaikan lah hak sesama manusia kerana itu adalah sebaik baik akhlak, dan ikutlah Nabi dalam berahklak, Insyaallah”

“Okey, macam mana pulak Hakikat Ihklas dan Percaya pada Hari akhirat?”

“Sungguh orang ikhlas, tak akan harapkan keuntungan dunia, hanya harapkan janji Allah di Akhirat, maka hanya orang percaya pada hari akhirat sahaja akan mampu tunjukan sifat paling ikhlas dalam beramal”

“Tinggi, dan bab akhir, percaya kepada qada’ dan qadar?”

“Semua itu, takdir baik dan takdir buruk, atau ujian senang dan ujian susah, semua itu.., akan dapat kita selami sewaktu buat kerja dakwah, yang mana akan sampai depan kita manusia yang suka dan senyum, juga akan sampai depan kita manusia yang membenci dan mencaci, juga akan tiba waktu kita buat sehabis baik, pun tiada orang ikut, (macam Nabi Musa dakwah Firaun) dan ada waktu kita cakap sikit sahaja, orang berbondong bondong ikut (macah ahli shir firaun dan Nabi Musa)…

Maka yakinlah bahawa Ilmu Qada dan Qadar ini akan dapat kita faham, bila kita terlibat dalam kerja dakwah yang mana di siang hari kita berdakwah dengan sungguh sungguh ajak orang kepada Allah acam kita mamu bagi hidayah, namun di malam hari kita menangis nafikan semua usaha kita, sebab yang bagi Hidayah hanyalah Allah, sungguh tiada kekuatan dan kemampuan melainkan dengan izin Allah.

Lalu bersyukurlah dengan segala baki nikmat, walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabarlah dengan segala baki ujian, walaupun sebesar besar ujian, insyaAllah, hakikat beriman pada qada dan qadar akan tercapai..”

“Tinggi ni abang mayat”

“Kredit kepada bayan dari Buzmana”

“Buzamana tu siapa”

“Bayan dari ustaz ustaz yang saya tak ingat Namanya”

Woha!

Ps: selamat usaha atas enam perkara, sekaligus usaha atas rukun Iman, Now you know.

Ps2: Saya pernah tulis (1)enam perkara dan Al Fatihah, (2)enam perkara dan Azab kubur, (3)Enam perkara dan Golongan bawah Arash, (3) enam perkara dan Tamsilan Pokok, (4)enam perkara dan penyakit hati, (5) Enam perkara dan penawar bagi hati, serta yang terkini (6) Enam perkara dan rukun Iman. Alhamdulillah, cukup enam bab. Kena scroll artikel lama jika nak membaca, terima kasih sudi tegur typo abang keretamayat.

No comments: