Bila KP Johor cerita tentang ayat 9 surah yasin teringat kisah dulu dulu, yang mana di malam yang gelap gelita, kelihatan sebuah kereta memecut agak laju dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur,
Tiba tiba ada sebuah kereta potong saya dengan sangat laju
dan merbahaya.. kemudian ada satu lagi kereta follow rapat belakang kereta saya
dengan cubaan nak potong juga tapi keadaan jalan tak izinkan.
Tiba tiba kereta depan brek, sebab di jalan raya yang gelap
gelita, boleh pula ada Road Block, kami semua di tahan polis yang bagi isyarat
minta ketepikan kereta. Mungkin pihak polis sangka saya terlibat dengan lumba
haram, padahal saya tak kenalpun kereta lain.
Waktu di tahan polis, kereta saya ini berada dalam posisi
tengah. Kereta Proton Satria kuning di depan, manakala di belakang, kereta
sport berjenama luar Negara warna gelap.
Kebetulan sebelum tu ada dengar ceramah dari radio cerita
kisah Nabi di kepung oleh musuh lalu Nabi baca beberapa potong ayat dari Surah
Yassin, yang menyebabkan Nabi menjadi 'halimunan' di mata orang kapir yang nak
bunuh baginda SAW,
Dalam ceramah itu ada cerita pelbagai riwayat akan kisah
Nabi menjadi halimunan bila baca yasin ayat Sembilan, ada kata waktu di kepung
musuh, ada waktu Abu Jahal nak ganggu Nabi solat, dan ada waktu Nabi baling
pasir pada musuh tapi musuh tak nampak Nabi, semua yang berlaku pada Nabi
adalah Mukjizat,
Bagi yang tak tahu, makna ayat itu adalah:
“Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding dan di belakang
mereka juga dinding, dan Kami tutup ( pandangan) mereka sehingga mereka tidak
dapat melihat"
Maka ambik berkat ayat Yasin, sewaktu di tahan polis, saya
suruh anak bini dalam kereta membaca ayat 9
itu dan bertawakkal kepada Allah..
Sambil tu dalam hati berbisik:
"Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah, kena
saman dengan izin Allah, dapat duit bayar saman dengan izin Allah, semuanya
dari Allah!, kami bertawakkal kepada Allah"
Maka misteri nusantarapun berlaku, polis itu langsung tak
nampak (pedulikan) kami!, mereka hanya saman kereta kat depan dan kat belakang,
kami yang sedang baca ayat 9 surah yasin rasa iman naik mendadak, semuanya dari
Allah.
Kata bini saya:
"InsyAllah, kita dah tak de apa-ape bang, polis tu buat
bodoh jer kat kita., rasanya kita dah boleh beredar”
Saya setuju, lalu lampu signal di beri dan kami pun beredar
perlahan lahan dan satu orang polis pun tak nampak (peduli) kami, kami pun
blah! zoom! Chow!
Dalam kereta saya tanya anak anak, apa pandangan kamu
tentang peristiwa tadi?
Anak anak cakap, dari segi undang undang, ayah tak salah
sebab dah beri kerjasama tapi polis tak layan mungkin sebab kita dah jadi
halimunan.
Anak sorang lagi bagitahu bila polis tak nampak kita, jadi
Polis sangka kereta kita Transfomer Jahat, itu yang Polis lepaskan.
Woha!
Aduh macam macam teori korang ni..
Tapi bila drive perlahan sebab dan insaf bawa laju tadi,
rasa pelik kereta yang kena saman tak datang pun lintas kami, toleh belakang
tengok gelap tiada apa apa?
Eh? Bukan tadi ada road block ke?
Maka isteri saya buat teori, bukan polis yang tahan kami
tadi tapi adalah Hantu Polis, jelmaan Jin, sebab tak logic Polis buat Road
block selepas selekoh dan di jalan yang sunyi, fikir balik rupa paras Polis
tadi pun nampak agak seram.
Okey kita layan teori Puan Bini.ha ha.
Lalu Teori Puan Bini berkembang lagi oleh anak sulung yang
Hafal seluruh Yasin, katanya, Jin tu nak kacau kita, Jin menjelma jadi Polis
tapi kita baca ayat yasin ke Sembilan buatkan Jin tu tak nampak kita. Bermakna
kita dah jadi hantu kepada Jin jahat, lalu Jin Jahat seram tengok kereta
bergerak sendiri, lalu biarkan kita pergi.
Woha!
Okey, begitulah kami bergurau anak beranak, namun tak salah
dalam situasi cemas, minta tolong pada Allah sambil baca Yasin ayat Sembilan,
atau lagi bagus baca seluruh Yasin.
Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah
nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, atau paling kurang, ayat Sembilan!
Klik sini:
Ps: Klik dan nanti jemput masuk group FB mudahnya hafaz
Yasin yang mana InsyaAllah penulis ebook itu akan bantu menjawab semua
permasalahan anda dalam menghafaz surah yasin. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment