Anak Tanya: Ayah Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?
Begini kisahnya..
Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW melihat Sahabat di
seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab
belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:
“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua
dijanjikan syurga.”
Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin.
Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”
Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong
orang Palestin?
Maka wahai anakku, rujuk Kisah Sumayyah, adakah Allah tak
tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau
fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah
hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.
Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu
penting! Jangan terkena penyakit Wahan, Mati kena seksa bukan kegagalan, mati
tak beriman itu lah kerugian yang besar.
Secara hakikatnya, Negara merdeka bukan kejayaan, Negara
perang juga bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau
perang, itulah kejayaan.
JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang
apatah lagi?!
Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan
keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!
Sebab tu ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di
gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya
keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!
Jadi kita doakan, orang Palestin dikuatkan Keimaman, dan
mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..
Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan
berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh,
semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian
terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh
waktu hadapi ujian, sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi adakah
kita mati beriman atau tidak? Itu yang besar!
Ingat tak kisah seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz,
katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat,
tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi
bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa
matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat,
berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam
hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta,
tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila
mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam
hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL
SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir
dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata
Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar
dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati
berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka
dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya
tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika
diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat
beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah
kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman
kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka
akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar
dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati diserang musuh tapi
sempat mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan
celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal
Allah. Nimat dapat beriman pada Allah! Tiada nikmat yang lebih besar dari
nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa
Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup
buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya
sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan
beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka
mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa
mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam
keadaan sempat kenal Allah.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati
dalam keadaan sempat kenal Allah.
Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita
tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi
kecik.
Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang
islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita
bantulah apa yang mampu.
Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai
anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.
“Bersabarlah
Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”
Bab perang pulak…
Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu
tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi
sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk
usaha atas kenabian.
Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah
datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah,
bersama bantuan dari langit telah datang.
Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir
nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit,
buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab
sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga guna kaedah melaga lagakan musuh
hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh
telah pun kalah.
Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam
perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai
oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.
Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan,
jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting,
dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri
kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah
mati dalam agama islam.
Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia,
sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang
sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara
kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang
berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah,
antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.
Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik
baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.
Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah
bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!
Amin Ya Rabiil Alamin!
No comments:
Post a Comment