Hari tu ada Mualaf cerita, dia masuk islam di sebuah masjid, malam tu di Masjid penuh orang, Jemaah melimpah sampai ke luar, semua takbir dan ucap tahniah pada dia.
Malam esok dia solat ke masjid itu lagi, masih penuh.
Alhamdulillah.
Tapi dia hairan? Makin lama dia dalam islam, makin kurang
Jemaah Masjid.
Dan sudah dekat sebulan dia masuk Islam, dia sedih sangat,
sebab Saf tinggal depan sahaja, mana semua orang Islam pergi?
Rupa rupanya dia masuk Islam satu Ramadan! Woha!
“Bro, tahun depan panjang umur, bila tiba satu Ramadan, kamu
datang lagi, Masjid akan kembali penuh! Bergembiralah!”
Balik kepada Ramadan Zaman Nabi dulu, adalah berbeza, akhir
Ramadna masjid makin penuh siap Nabi buat khemah dalam Masjid untuk beriktikaf.
Nabi pesan, akhir Ramadan, kuatkan lagi beribadat, bangun
malam, tahajud, Qiamulai!
Walau Nabi Muhamad SAW tak pernah jadi jurulatih sukan lumba
lari merentas desa, tapi pesanan Nabi sangat releven kepada semua pelumba
larian merentas desa.
Ingatkan masa sekolah dulu, masuk acara merentas desa jarak
jauh?
Ada tiga jenis manusia yang masuk lumba tu, korang yang
mana?
1.
Jenis pecut awal larian lepas tu makin perlahan
dan pancit dan kalah. Berjalan sambal borak, Pengsang pun ada.
2.
Jenis kekal larian sama dari awal hingga akhir,
tiba juga di garisan akhir tapi bukan sebagai pemenang.
3.
Jenis kekal larian juga tapi bila dah dekat nak
garisan penamat, akan pecut tak ingat dunia, yang ni akan memang dan top ten!
Tahniah, jika menang top ten acara larian merentas desa!
Maka teknik yang sama kita nak guna dalam bulan puasa,, korang
yang mana?
1.
Jenis 1 ramadan paling awal, solat Jemaah lima
waktu, terawih sampai witir, tapi masuk 10 Ramadan, Jemaah tak cukup lima,
tarawih pun dan skip, masuk akhir Ramadan, solat kat rumah, atau lepak depan TV
tak peduli Lailatul Qadar. Ada yang Solat pun tinggal terus, Nauzubillah!
2.
Jenis kekal istiqamah 5 waktu berjemaah, tarawih
sampai witir dengan Imam, tahniah!
3.
Sama macam No 2, Jenis kekal istiqamah 5 waktu berjemaah,
tarawih sampai witir dengan Imam, tapi masuk 10 akhir Ramadan,dia tambah solat
malam, dia tambah iktikaf, dia tambah baca Al quran, dia tambah sedekah, dia
tambah tahajud, tambah semualah, terbaik!
Maka inilah tiga golongan yang Al quran sebut bila tiup
sangkakala maka Umat terbahagi kepada tiga, Golongan kiri, Golongan Kanan, dan
Golongan Yang Mendahului.
Maka pesan saya, cukup cukuplah acara meretas Daerah dulu
jadi golongan Kiri,
Sekarang acara merentas Ramadan tinggal lima hari, Jom jadi
Golongan Yang Mendahului.., Asabiqun!
Woha!
Ps: Sempena ramadan dah nak pergi, Jom Belajar Mudahnya
Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita,
Klik sini:
Okey, Saya nak buat kebajikan sikit, siapa yang beli dari
Link ini, http://bit.ly/HafalYasin
Akan mendapat Ebook FREE secara PERCUMA KISAH LAKI BINI DAN
PUASA karangan Hamka Keretamayat.
Tahniah!
Semoga Woha sampai Syurga!
No comments:
Post a Comment