Dulu masa bujang, saya ada kawan yang mana lepas kena denda RM300 sebab langgar lampu merah, kawan saya si abang zack seorang Mat Rempit yang ada motor RXZ telah berkata..
“Kerajaan BN tak adil (masa tu zaman BN) gila ke apa gaji
aku kerja RM900, tapi satu per tiga kena bayar denda?, adohai, mujur aku ada
Iman senipis kulit bawang, jika tak sekarang juga aku pergi meragut sebab takde
duit nak bayar denda, tapi tak jadi buat jenayah sebab masih ada baki gaji
RM600”
Betul jugak kata abang Zack, denda melampau ni akan buat
orang pendek akal lakukan jenayah, mujur abang Zack tak pendek akal.
“Habis kau nak buat apa sekarang abang Zack?”
“Kita ubah kerajaan
lah Hamka, PRU nanti kita tukar kerajaan, kita pilih kerajaan yang adil,
kerajaan yang akan ubah system saman Negara, jika sebelum ini orang miskin buat
salah jalan raya kena saman RM300, dan orang kaya buat salahpun kena saman
RM300, maka ini tidak adil!, macam mana jika orang miskin tu berpendapatan
hanya 600, tak ke naya? Tak ke jadi Peragut Mamat tu kelak? Dan orang kaya
pulak, RM 300 macam celah gigi jer bayar.., orang miskin tak puasa kena denda
RM1000, orang kayapun sama.., mana adil?”
“Okey, adil yang macam mana tu abang Zack?”
“Kau dengar sini, kerajaan yang adil akan ubah system ini,
aku harap kerajaan baru akan denda kesalahan Rakyat Malaysia mengikut potongan
LHDN misalnya, sebagai contoh jika korang langgar lampu merah kerajaan akan
denda 20% dari pendapatan bulanan korang, iaitu jika korang gaji RM1000,
kerajaan baru denda RM200, jika korang gaji RM 5 ribu, kerajaan baru akan denda
RM1000, jika korang gaji 10 ribu? 15 ribu? Tak bertambah pendapatan Negara?
Lagi besar pangkat orang tu, lagi tinggi denda, baru hutang negara dapat
diturunkan, Ha ha ha! Begitu jugak jenayah denda lain, kerajaan yang adil akan
denda ikut gaji korang, nak tegas sikit, denda separuh gaji, mesti insaf
punya!.. ha ha ha!”
Gelak besar abang zack bila Berjaya luahkan idea kerajaan
adil harapanya, Bernas sungguh cadangan abang Zack, denda ni ikut kemampuan,
separuh gaji pun orang dah perit, dan insaf.
Abang zack masih tersenyum dengan idea kerjaan adil, dan
masih gelak abang zack atas motor RXZ tu yang berdiri dekat dengan sebuat
traffic Light yang berdekatan , tiba tiba traffic light itu bertukar lampu
dengan cepat, awan juga bergerak cepat, langit pun berkelip kelip cerah dan
gelap silih berganti, eh? Kenapa ni? Abang Zack ada kuasa ilmu hitam ke?
Rupanya itu adalah emej nak gambarkan masa pantas berlalu.
Macam dalam drama TV.
20 tahun kemudian, kerajaan dah bertukar, abang Zack tu dah
lama menghilang entah ke mana membawa haluan bersama motor RXZ.
Tapi jika abang Zack masih hidup, baca berita hari ni, denda
zaman sekarang bukan separuh pendapatan macam abang Zack cadangkan, dan denda
pulak semua sama, kaya miskin sama jer nilainya, Bayangkan abang Zack, gaji
minima RM1200, buat salah tak pakai topeng, boleh ganda berkali kali gaji
minimum dendanya, aduhhhh..
Silap langgar SOP, boleh kena RM50 ribu dendanya abang zack.
Sedih nak cerita abang Zack..
Maka saya panjangkan cadangan abang Zack Kepada pemimpin yang baru pilihan Abang Zack,
mungkin?, cadangan saya, tolong bezakan harga kompaun bagi setiap
kesalahan-kesalahan pelanggaran SOP. Orang sangkut mask kat dagu, tak kan nak
kena kompaun sama dengan orang yang sengaja langgar tempoh kuarantin? Rakyat
yang berduit pun terkesan denda RM10 ribu, apatah lagi rakyat yang kais pagi
makan pagi, tapi jumlah kompaun yang dikenakan, jika tak kuat iman, boleh bunuh
diri.
Situasi kini, Wang bantuan Rakyat, dapat nak bayar denda pun
tak cukup, apatah lagi yang tak dapat?
Sepatutnya Kompaun yang dikenakan, perlulah mengikut tahap
kebolehjangkitan, barulah adil. Sebab adil ni bukan bermaksud sama-rata. Adil
ini bila sesuatu yang diletakkan pada tempatnya.
Kalau penjual burger yang terlewat tutup kedai kena kompaun
sampai RM50k, atau penjual colek, peniaga kedia runcit pun kena 50k, dan jika
abang Zack masih hidup, dengar berita ni, tentulah abang Zack sedar, berdiri
bawah Trafic light, kena denda rm300 dulu tu, adalah kenangan terindah! Woha!
Sabar yer abang Zack, semoga ada sinar untuk kita semua,
doakan pemimpin di beri Hidayah dan Taufik untuk berlaku adil sebab Lawan adil
adalah zalim. Dan penguasa yang zalim, menjawab lah dia di sana nanti.
Harap abang Zack okey, bersama RXZ yang makin tinggi
harganya sekarang, tapi tak setinggi harga Kompaun langgar SOP.
Tahukah anda?
Di Findland, Reima Kuisla seorang ahli perniagaan telah
memandu pada kelajuan 103km/j pada zon di 80km/j, dan dikenakan saman sebanyak
RM256,000, jauh lebih banyak dari RM50 ribu.
Tapi Saman itu dikenakan dengan merujuk cukai pendapatan
RM30 juta setahun. Selepas di saman, buat pertama kali, jutawan mengeluh di
Facebook kata undang undang kejam sebab saman dia ratus ribu. Baru tahu
deritanya saman, walaupun dia mampu bayar tapi tetap rasa menderita.
Juga di Finland, Jussi Salonoja, kena saman bawa kereta
selaju 80km/j pada kawasan 40km/j. saman berjumlah RM808,000 antara saman
termahal di dunia, namun sebab pendapatannya RM33 juta setahun, maka mampulah
dia bayar walau sedih juga denda dekat satu juta bawak laju 80km sejam jer,
huhuhu
Sementara itu, Anssi Vanjoki, salah seorang pengarah
syarikat telekomunikasi penting dunia (ketika itu) iaitu Nokia, bawa motor 75km/j
pada kawasan had laju 50km/j dikenakan saman RM550,000 kerana pendapatannya
pada itu mampu mencecah Rm66 juta setahun. Saman di kira dengan gaji dua
minggu, bermakna jika abang jual colek tu untung RM100 tiap hari, maka saman di
Helsinki adalah RM1400 sahaja, bukan RM50 ribu.
Di Switzerland, Seorang diplomat dari republik Guinea-Bissau
didapati bersalah memandu kereta Ferrari Testarossa milik beliau di sebuah
perkampungan melebihi had laju, dia dikenakan saman sebanyak RM986,000, jangan
panic, sebab pendapatan diplomat itu sekitar RM97 juta setahun.
Paling mahal saman adalah di Sweden, sebanyak 3.1 juta sebab
seorang jutawan hartanah bawa laju, tapi pendapatannya mampu bayar saman
sebanyak itu tanpa perlu ansuran pun.
Balik ke Malaysia, rujuk peniaga colek, katakan mereka
untung RM2000 sebulan, katakanlah, jadi setahun pendapatannya RM24000. Tapi
denda RM50 ribu, macam mana nak bayar?
Kena bayar ansur ansur..?
Katakan Buat pinjaman tanpa riba jika ada, katakan pinjam
macam beli kereta, Rm500 sebulan bayar selama Sembilan tahun baru habis bayar
denda RM50 ribu itu,
Sembilan tahun Abang Zack, huhuhu, mungkin kerana itulah
mereka kata rela masuk penjara.
Kasihan dari jauh,
Balik kepada Abang Zack RXZ yang selalu cakap "Ini
kalilah", Harap abang Zack okey, bersama RXZ yang makin tinggi harganya
sekarang, tapi tak setinggi harga Kompaun langgar SOP.
Atau Abang Zack dah jual motor RXZ tapi masih belum mampu
bayar kompaun?
Innalillah!
No comments:
Post a Comment