Malaysia makin teruk dengan masalah Kes jangkitan Covid, Hospital makin penuh, kematian semakin tinggi.
Kenapa
agaknya? macam keberkatan tu mula hilang, ujian datang bertimpa-timpa, masalah
demi masalah yang datang berkunjung tak habis, lepas satu-dua, lepas dua empat,
adohai..
Cuba kita
duduk diam sejenak, fikirkan.
Kenapa saya
ni asyik susah jer, saya solat dah jaga, Al quran baca hari hari, zikir tak
tinggal, tapi kenapa hidup susah? Kenapa orang yang saya sayang kena penyakit?
Kenapa orang suka tengok buruk saya? Kenapa?
Tak perlu
fikir yang besar-besar, yang jauh-jauh.. Cuba tengok ada tak orang yang kita
aniaya. Mak ayah kita di kampong apa khabar? Jiran kita okey tak? Ada tak
hutang orang kita tak bayar? Ada tak kita pernah sakitkan hati orang?
Cuba renung
sejenak, iktibar dari hadis kisah tentang 3 orang pemuda yang terperangkap
dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak
batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.
Setelah
guna sains dan data untuk tolak batu itu tapi tidak Berjaya, Akhirnya salah
seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui
perantaraan amal iaitu dengan kaedah bertawasul dalam berdoa sambil menyatakan
kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan
doa mereka.
Pemuda
pertama doa dengan bertawasul pada amalan dia yang tak pernah derhaka pada
orang tua, batu itu pun gerak sedikit tapi tak lepas nak keluar.
Pemuda
kedua doa dengan bertawasul pada amalan dia yang menolak zina sewaktu wanita
paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun gerak sedikit lagi tapi
masih tak lepas nak keluar.
Pemuda
ketiga doa dengan bertawasul pada amalan dia yang jujur dalam membayar upah
pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun selamat dari terperangkap
dalam gua.
Apa yang
kita faham dari cerita ini?
Sebenarnya,
cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia,
iaitu:-
1) Masalah
dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh,
kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.
2) Masalah
dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai
contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi menolak zina demi
menjaga maruah.
3) Masalah
dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah
seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus dan membayar segala
hutang.
Jadi, tiga
perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan
seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..
Dalam
cerita ini jelas gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum
selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika berzina, masalah tak
selesai juga, lepas tu makan rasuah, memang tak makbul lah segala doa, maka
siapa ada ibu bapa, pastikan hak mereka terbela, yang dah tak tahan bersetubuh,
memang wajib kena kahwin, yang dah kahwin, jangan pula berzina sebab dah ada
pasangan kan? dan jangan lupa cari rezeki yang halal, tunaikan nafkah, bayar
segala hutang piutang, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT,
baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!
Maka,
perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana
orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua
orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, SOP dah jaga, Vaksin dah
cucuk, solat dah jarak, Raya tak sambut, tapi masih kes COvid meningkat? Macam
mana ni? Kenapa Malaysia masih ditimpa bala?
Kita
tengok, sekarang ini kita semua terkepung dengan sekatan jalan raya, tak boleh
rentas daerah dan negeri, maka dalam kita berusaha dengan asbab, guna data dan
sains, jaga SOP semua, dan bila semua itu tak kelihatan belum berjaya, tolong
jangan lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila umat islam
betulkan tiga perkara, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.
Yang
derhaka pada suami, atau mak bapak, bertaubatlah. Azab disegerakandi dunia bagi
mereka yang derhaka pada ibu bapa.
Yang tak
jaga kemaluan, tak jaga aurat, berzina sana sini, bertaubatlah.
Yang tak
bayar hutang, ambik barang tanpa izin, bertaubatlah. Mati syahid pun tak mampu
ampunkan dosa hutang.
Semoga kita
semua tidak 'terperangkap' dalam gua ini selamanya, jangan hanya kematian
memisahkan kita sebab bila hidup kita fail bab akhlak, muamalat dan munakahat,
akan tersektalah kita masuk syurga dan berPKPlah kita dalam neraka yang bahan
bakarnya manusia serta berhala!
Ya Allah,
berikan kami Ilham untuk perbaiki AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT ummat islam!
Amin!
1 comment:
TQ
Jzk
Post a Comment