Tuan Hamka Kereta Mayat, nanti di akhirat, dipercayai team neraka yg diketuai oleh syaitan adalah team yang paaaaaaling ramai pengikutnya berbanding team syurga yg diketuai oleh para Rasul. Adakah ini bermakna syaitan telah menang dalam perjuangannya didunia ini? Apakah rasionalnya yang Allah cuba ajarkan pd manusia akan perihal ini?
*****
Batman pernah
berkata: I'm Batman.
Ironman juga
pernah berkata: I'm IronMan
Thanos pulak
berkata: I am inevitable.”
Ada tak siapa nak
cakap: I am Fikirman!
Alkisahnya, Jika
kita ada kuasa super hero memang kita boleh cegah mungkar tiap malam, tapi
kejahatan tak pernah habis.
Bukti dah ada
dalam filem justice league yang cegah mungkar sahaja dan tidak amal makruf cara
Nabi, contoh batman, mula mula lawan joker. Lepas tu Penguin, lepas tu Two
Face, lepas tu Bane, tapi orang jahat makin ramai, lepas tu lawan pulak
Superman, lepas tu lawan Doomsday, terkini lawan Steppenwolf dan macam macam
nama orang jahat yang mana, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang
jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade
pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati
masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati
masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?
Tak pernah ke si
superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis
habis?
Jawapannya simple
sahaja,
Orang buat jahat
sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak
sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah
yang mencegah mungkar!
Sesungguhnya,
Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu
mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan
rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang
perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..
Kerana itu Nabi
tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada
solat..
Boleh,
insyAllah?!
*****
Tapi wahai Tuan
Hamka Kereta Mayat, nanti di akhirat, dipercayai team neraka yg diketuai oleh
syaitan adalah team yang paaaaaaling ramai pengikutnya berbanding team syurga
yg diketuai oleh para Rasul. Adakah ini bermakna syaitan telah menang dalam
perjuangannya didunia ini? Apakah rasionalnya yang Allah cuba ajarkan pd
manusia akan perihal ini?
*****
Hamka said:
Ampunan Allah
lebih besar dari semua dosa. Akhirat belum berlaku, Syaitan belum menang, dan
kita belum kalah, apa korang tak baca ke kisah di padang mahsyar, ahlli masjid
jadi superhero selamatkan orang? ahli Hafiz Alquran jadi hero selamatkan ahli
neraka, juga geng Haji mambrul, ulamak, anak OKU, ramai nanti akan jadi
'superhero' selamatkan ahli nereka, Abu Bakar cerita nak tutup lubang neraka
semampu mungkin, dan nabi sendiri akan bagi syafaat selamatkan ahli neraka
berbondong bondong.
Paling epic,
endingnya Allah sendiri akan bagi shafaat terbesar:
Firman Allah:
keluarkan dari neraka orang yang pernah sekali menyebut La Illa Ha illAllah!
Kemudian bila
semua dikeluarkan, Allah berfirman lagi,
Keluarkan orang
yang ada kebaikkan walaupun sebesar zarah!
Lalu keluarlah
dari neraka berbondong bondong umat manusia.
Last Allah
befirman lagi!
‘Para malaikat
telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang
mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan
kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu
genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali
melakukan kebaikan.
Maka dilemparkan
ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka
keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan
mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya.
Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.
Lalu Allah
masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan
yang mereka persembahkan.”
Wow, baik punya
alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun..
Jadi kepada yang
bertanya; Sungguh Akhirat belum berlaku di sisi kita dan janganlah pandang
keampunan Allah itu kecik kerana pintu taubat masih terbuka.
Sekarang waktu
kalahkan syaitan bukan tak usaha apa apa.
Jom kalahkan
syaitan!
Woha!
Ps: Jangan pulak
sangka, jika begitu masuk neraka takpelah, jika akhirnya Allah keluarkan,
aduhhh, masuk neraka paling ringan pun seksa, baik tak payah masuk terus, lagi
bagus, kita usahakan diri mampu memberi shafaat kepada orang lain di akhirat,
inilah golongan Al Sabiqun, yang duduk atas mimbar bercahaya, pakai mahkota
cahaya sempurna sedang mereka bukan para Nabi, kata ustaz, mereka adalah orang
yang tidak melihat Nabi tapi menyambung kerja Kenabian, iaitu Dakwah!
Syaitan belum
menang, dan Syaitan takut pada dakwah hingga waktu azan lari terkentut kentur
kerana Azan adalah seruan Dakwah!
Marilah
Sembahyang! Marilah menuju kejayaan!
Amin!
No comments:
Post a Comment