Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam solat tahajjud meriah macam tengok bola, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah rumah ke rumah.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...
Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu,
maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di
bawah pemerintahan ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat
meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak
budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong
bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan
cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..
Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam
hari tanpa ganguan, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu..,
zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau,
zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang
kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap
tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka
juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..
Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke
seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan satu jemaah ke
kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik
korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus
buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan
automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais,
dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa
nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester
Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: sayau orang
tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)
Update: Okey ada movie baru saya tengok kejadian macam ni,
Captain Amarica beku di bawah ais, ha ha, tak lah tua sangat pakcik ni!
Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak
jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam
kesejukkan yang menberhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...
1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia
yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang
ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan
nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin
buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan
pulut, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun
itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti
Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang
dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB,
memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam
kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap
dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman
akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu
hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains
PDPR)
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat
dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang
terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat
mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di
negara Malaysia, yang mana agama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai
rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank
islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam,
penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,
Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila
tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar
boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid,
siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?
Mana pergi rakyat malaysia yang beragama islam? Kenapa zaman
aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf,
sebab agak cliché dan kisah ni berlaku sebelum Covid 19 merebak)
Lepas solat di masjid yang lengang, korangpun pergi kedai
makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang
Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan
tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... UERO202$!
Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat
luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan
ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan
kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan
kebesaran Allah..
Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung
dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasaraya islam.., korangpun tegur
makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu
mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab
sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila
korang Tanya makcik tu akan soalan:
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk,
“Serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan
sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”
Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus
‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan
tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”..,
rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya
yang boleh bagi manfaat jika beli dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas
tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, harga yahudi dan kualiti
palestin?..,
korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman
korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya
boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah
Allah..
Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang
terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone
yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni..,
bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan
kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun
nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan
jawab sendiri, iaitu..
“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk,
“Thanos paling kuat!”
Terkejut berok korang dibuatnya, Thanos tu menanang apa?
Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga
terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang
sedang mereka main .., “tapi One Punch Man juga kuat bang, Gokupun, Superman
Zack Snyder pun kuat, DarkSide tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Thor
lagi, dia tu dewa.., Bezita, dan Jirenpun.., semua kuatlah bang.., itu belum
cerita Keiju Pacific Rim punya geng!
Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang
lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai
makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama
macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa
pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang
diri dalam masjid..
Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai
makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu
kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang
minum air teh tarik..
Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan
serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul
dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.
“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”
Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada
jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum
sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,
“Perancis lah paling kuat bro, mereka sentiasa ada mentaliti
untuk menang, personaliti setiap pemain selain kepantasan permainan serta
kebijaksanaan semasa di dalam padang. Pergghh, terbaik! Sejarah dah buktikan
mereka boleh menentang mana-mana pasukan tidak kira dari segi taktikal atau
pasukan yang gemar menguasai permainan kerana mereka merupakan pasukan yang
bijak. Pasukan yang kita tak jangka sebab boleh berubah-ubah dari segi
taktikal. Tidak kisah mana-mana pemain yang beraksi. Secara fizikal mereka
sangat padu dan penyudah mereka sangat sedap! bla bla bla..
*******
Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di
Masjid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se
awal jam 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu
begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang
sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di
Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan
yang sungguh kuat!
“GOAL!!!”
Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah
terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menyanyi serta menari..,
korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...
Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur
keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah
hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended
animation..
*****
1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang
sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal
mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit,
dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara
dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama
dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu
di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains,
fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung
korang di renjat dengan elektrik TNB...
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat
dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam,
ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..
Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?
Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan
rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami
dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun
menyanyi..
Selamanya! Selamanya!
Selamanya Harimau Malaya
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaa aaaaa aaaaa,
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaaa Harimau Malaya
Harimau Malaya
Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!
Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin
kuat..,
“Bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”
Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 3
pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2020.., dunia
belum kiamat..
“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”
“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan
abang malam ni sebab nak tengok bola piala eropah..”
“Oh, ye ke?,”
Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil
tersengih sengih...
Siapa yang bakal menang?
Perancis atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh
habis PKP nanti..
Woha!
4 comments:
Sian "makcik" tu lepas "pendakwah" dtg pulak terus pantas dia terhukum syirik.. "pendakwah" dari zaman kegemilangan islam pulak tu..
Walhal org mulia terdahulu dr zaman kgemilangan islam itu kan dah tentulah Ahlusunnah, mereka la yg waris gariskan ahulusnnah tu pada kita..dengan garis@jalan lurus mereka ni la ramai org kapir masuk islam Alhmdulillah.. (bukan garis@kaedah yg bertentang dgn ahlusunnah iaitu mudah mensyirikkan sedara mara sesama islam pula) ..mereka waris gariskan kita dgn melarang kita bermudah2 cepat menuduhhukum sedara sesama islam, apetah lg dengan tuduhan yg berat seperti syirik.
ulamak dah ajar cara bagaimana jika kita nak mncontohi orang dr zaman kegemilangan islam terdahulu.. Iaitu kita rujuk la ulamak@huraian hukum dsbgnya yg diwaris gariskan utk kita sekarang,kan senang..
-Ok kita cek hukum solat brjemaah dalam mazhab syafiie(fekah malaysia=syafiie),hukumnya wajib ke,sunat yg sgt dituntut ke,fardhu kifayah ke?kalo solat sendiri2 lak camne hukumnya,boleh ke,atau Haram ke?
-Ok kita cek hukum org tengok bola kat kedai mamak.. Boleh ke,haram ke.
-Ok kita cek pulak bab jika kita nak hukumkan syirik kepada sedara sesama islam ni kena mcm mana syarat2nya, sebab hukum ni sgt berat utk dilemparkan kepada sesama sedara islam..cukupkah semudah mendengar sebuah ungkapan zahir saja tanpa bertanya apa sebenarnya yg pengungkap tu mahukan@maksudkan dari ungkapan zahirnyanya itu lalu terus dia dihukum syirik?@apakah dia benar2 mahukan@maksudkan apa yg dia ungkap tu seperti apa yg kita syak@tuduhhukumkan?Jika ianya hanya ungkapan majazi bukankah kita telah menzalimi sedara sesama islam namanya?@ Bahkan menzalimi diri sendiri.. kalo semudah itulah kaedahnya sebuah ungkapan zahir@majazi dari seorang muslim terus dihukum syirik habis la sedara mara muslim yg berselawat syifa dan nescaya habis la Semua sedara mara muslim lain terhukum syirik belaka,sebab ungkapan majazi digunakan hari2,tambah2 penulis lirik,pemuisi,penyair muslim hehe.. Cukup mudahkah sekadar begitu?
lepas cek dan dah dapat jawapan maka Adakah boleh kita bermudah2 menuduhhukum apatah lg mensyirik2kan dsbgnya sedara sesama islam lain?
mengajak pada kecintaan@kerinduan kepada kelebihan@sunnah,solat berjemaah@jgn melalai2kan@melewat2kan solat dsbgnya,dan perkara2 sunah lain seperti solat tahjud dsbgnya mmg sangat2 baik dan mulia..tp jgnla sampai terbabas menzalimi sedara sesama islam@menyalahi Allah dan rasul nabi saw pula..
Sayangi la sedara mara kita sesama islam.
Dan ingatlah pesan nabi saw ini:-
"Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan atas kamu adalah seseorang yang telah membaca (menghafal) al-Qur’an, sehingga ketika telah tampak kebagusannya terhadap Al-Qur’an dan dia menjadi pembela Islam, dia terlepas dari Al-Qur’an, membuangnya di belakang punggungnya, dan menyerang tetangganya dengan pedang dan menuduhnya musyrik”. Aku (Hudzaifah) bertanya, “Wahai nabi Allah, siapakah yang lebih pantas disebut musyrik, penuduh atau yang dituduh?”. Beliau menjawab, “Penuduhnya”.
Ada fakta dlm fiction. Pembaca yg boleh berfikir boleh menilai baik buruk dlm sesebuah karya, maka ambillah yg jernih, buang yg keruh. Hentikan tuduh menuduh sesema kita.
X semudah itu tuan kita semua boleh berfikir sendiri dgn baik, lebih berisiko jika kita xda asas ahlusunnahwaljamaah.. Tuan tengok itu hari ada Org buat ungkapan zahir@majazi iaitu "buat bodoh bodoh".. pun x kurang ramai yg terburu2 mengamok tuduh mcm2 hehe, x pasal2 org yg ungkap tu jadi mangsa(tapi bukan mangsa yg disyirikkan la) .. Yg mengamok tu bukan x reti pikir pun,semua pandai pk sendiri juga.. bahkan ada yg sekolah tggi2 tu,bukan sekolah biasa2 tu huhu.. Walhal ungkapan "buat bodoh bodoh" itu kan ialah ungkapan "adat" je pun@ungkapan biasa dalam masyarakat.. Bukan luar "adat" ..lain la dia ungkap "kita kena betul2 jadi bodoh".. Baru la ungkapan itu di luar "adat",bila diluar adat baru la kita tanya.. (itu pun bukan nak hukum@tuduh terus,nak tanya betul2 dulu) .. sama la dengan ungkapan2 "adat" yg lain.. Ahlusunnah tidak menafikan adat membuta tuli dalam feqah,dalam feqah "adat" diambil kira juga.. Jika kita cepat sangat terjah@melompat kat ungkapan2 "adat"@majazi ianya membawa kepada 1 kejanggalan dalam sikap.. sebab itu yg terlibat marah kat ungkapan "adat"@majaz itu ari "buat bodoh bodoh" tu kan semua hanya "anak2 kecil", org tua x buat gitu sebab org tua sikapnya bukan terburu2 hingga bawa kepada 1 kejanggalan sikap..
Ye saya paham apa yg tuan maksudkan tu insyaAllah..yg tuan cakap itu lah yg sy maksudkan diatas,itulah antara antara ciri2 ahlusunnah..iaitu Hati2 @teliti@rujuk kaedah@fakta@garis yg ahlusunnah dah siapkan utk kita(barang dah selesai,tggl nak rujuk je) ..moga2 kita tak "ter"picu kan org lain dgn kaedah yg silap yg bukan dr ahlusunnah@yg dikhuatiri boleh memicu tuduhan berat seperti syirik2kan sedara mara sesama islam.. Itu saja yg sy nk kongsi@penambahbaikan bersama@untuk diri sendiri juga insyaAllah..maaf la kalo sy kongsikan fakta@kaedah ahlusunnah membuatkan hati tuan tersentuh..
terima kasih sudi komen
Post a Comment