Abang kereta mayat, Salah ke jika isteri kerja dan betul ke kerja rumah itu kerja suami dan isteri hanya bantu?
******************
Gaduh bab kerja
rumah lagi ke? Ada kisah Fatimah mengadu penat buat kerja rumah dekat Nabi dan
minta Nabi hadiahkan Hamba untuk bantu kerja rumah
Nabi tak berikan
hamba, tapi Nabi ajar Fatimah Zikir yang boleh menguatkan semangat, Tasbih
Fatimah namanya, 33 kali SubhanAllah, 33 kali Allahuakbar, dan 33 kali
Alhamdulillah, amalkan ini, akan beri kekuatan dua orang hamba.
Jadi, dari hadis
ni terbukti kerja rumah bukan kerja suami, sebab Nabi tak pulak pergi marah
Saidina Ali tak buat kerja rumah rumah ke apa, Namun banyak jugak hadis kisah
nabi tolong isteri buat kerja rumah, pernah sahabat bagi salam, Nabi keluar
rumah dalam keadaan tangan bertepung sedang uli roti, ada jugak kisah Saidina
Umar basuh baju, kisah Sahabat jahit baju yang koyak, kisah sahabat memasak,
dan lain-lain.
Jadi bab kerja
rumah ni sama sama bantu, Cuma bila suami dah penat bekerja, common sense layan
suami balik kerja dengan rumah kemas, makanan dah siap, dan anak anak yang
berakhlak mulia.
Boleh jadi gaduh
bali rumah anak kurang ajar sebab isteri tak tunjuk aklak yang baik, rumah
pulak bersepah sebab isteri anggap kerja rumah kerja suami, makanan belum masak
sebab isteri tunggu suami masak, adohai..
Zaman dulu, Nabi
dan sahabat ramai isteri, ada giliran, isteri tak sabar jumpa suami, balik
rumah memang isteri tunggu tip top maka takdelah kita dengar sangat kisah gaduh
laki bini zaman sahabat ni, tapi zaman sekarang pandai pandailah bawak diri.
Isteri dan suami sama sama buat kerja rumah apa salahnya, jika salah sorang
penat, sama sama mengalah, sama sama tolak ansur apa salahnya.
Kahwin ni gaduh
gaduh sikit, biasalah, yang penting berbaik dan bermaafan dan selalu berlumba
lumba buat kebaikkan.
Paling penting
adalah NIAT. Isteri buat kerja rumah NIAT kerana mencari Redah Allah, maka bila
dapat Allah, dapat segala galanya, suamipun sama, bantu isteri buat kerja rumah
NIAT kerana Allah, bukan sebab nak kahwin lagi satu, atau tak bantu sebab takde
madu, jangan, NIAT kerana Allah pasti ada kejayaan.
Bab kerja pulak?
Memang dalam islam, kerja cari duit, cari nafkah adalah tugas suami. Cari
rumah, cari makanan, cari pakaian, semua tu itu tanggung jawab suami. Wajib
suami sediakan. Perempuan tak wajib kerja, perempuan wajib jaga harta suami,
dan jaga maruah suami.
Tapi ada kisah
lelaki waktu bujang sibuk kumpul kekasih, habiskan duit belanja awek makan
sedap dan melancong sana sini, bila dah kahwin baru tahu penting ada rumah yang
selesa, ada kereta yang besar untuk ahli keluarga yang bertambah, maka duit tak
cukup, akhirnya isteri pun kerja jugak untuk bantu suami sebab maklumlah waktu
bujang awak jugak yang habiskan duit suami, sekarang mari sama sama kita kerja!
Woha!
Ada jugak lelaki
yang di uji dengan rezeki, buat semua perkara tak menjadi, bila meniaga asyik
rugi, melabur asyik tersontot, kena tipu memanjang, dan kerja makan gaji pun
asyik kena buang, akhirnya isteri terpaksa bantu dengan bekerja juga. Barulah
nampak selesa sikit, tapi bila penat, isteri ungkit dia pun kerja, laki pun
ungkit dia pun kerja, gaduh gaduh pun berlaku, adohai..
Balik dalam
islam, segala amal bermula dengan niat, dan kita akan dapat hasil berdasarkan
niat.
Nabi kata siapa
hijrah kerana Allah, akan dapat Allah, hijrah kerana harta, akan dapat harta,
hijrah kerana wanita akan dapat wanita, dan hijrah selain niat kerana Allah
akan menjadi azab di akhirat.
Jadi semuanya
balik kepada niat.
Sekarang saya nak
Tanya: kenapa isteri bekerja?
Ada orang
perempuan niat kerja sebab nak ada duit sendiri dan jika bercerai, dia tak
merana sangat, akhirnya dia kena cerai, dan betul dia tak merana sangat sebab ada
simpanan peribadi. Dia dapat apa yang dia niat.
Ada orang
perempuan niat kerja sebab nak bantu suami, tapi suami salah sangka dan ambik
kesempatan, lalu perempuan rasa tertindas, dan penat, sebab cari duit pun dia
nak kena buat, beranak lagi, kerja rumah lagi, memasak lagi. Rupanya bila niat
nak bantu suami yang tak faham agama, hilang pula harapan suami pada Allah dan
jadi haru biru bila suami mengharapkan segalanya pada isteri pulak, adohai. Dia
dapat apa yang dia niat dengan cara yang salah.
Ada isteri niat
kerja sebab nak pakai barang kemas mahal dan mewah guna duit sendiri, akhirnya
dia dapat pakai barang kemas tu dan tayang ke sana kemari.
Ada isteri niat
kerja sebab nak hidup mewah, akhirnya dapat duduk rumah banglo, kereta mewah,
dan buat open haouse tunjukkan perabot mahal pada tetamu.
Ada yang niat
kerja sebab stress duduk rumah, bila kerja rasa “bebas” dari kerja rumah,
datang PKP kena duduk rumah berbulan bulan, baru belajar balik bagaimana tak
nak stress duduk rumah. Adohai.
Ada yang niat kerja
sebab nak kawan dengan kawan kawan berfesyen terkini, sebab duduk rumah tak
bersolekpun, pergi kerja melaram habis, dan rasa puas dapat cantic cantik di
depan khalayak ramai, adohai..
Jadi semua balik
kepada niat, korang para isteri yang bekerja apa niat korang?
Ada kisah Abu Zar
r.ahu waktu menceritakan satu hadith yang beliau dengar dari mulut Nabi
sendiri, beliau hafal dan beliau faham., tapi sebaik sahaja beliau sampaikan,
beliau telah jatuh pengsan. Hadis tu berkenaan Niat yang ditanya pada hari akhirat.
Dikatakan ada
tiga golongan masuk neraka paling awal, mereka adalah dermawan, Qari, dan orang
mati Syahid, ketiga tiga masuk neraka sebab niat yang salah! Buat bukan kerana
Allah, buat kerana nak pujian makhluk, ada kisah Dermawan nak orang puji dia murah
hati, Qari nak orang puji dia sedap mengaji, Orang mati syahid nak orang puji
dia berani, dan semua niat itu bukan kerana Allah, kerana mahluk! Lalu di
humbang ke neraka!
Maka sebab itulah
Abu Zar pengsang sebab takut salah niat.
Jadi balik kepada
isteri yang bekerja, niatlah kerana Allah! Bukan sebab takut kena cerai, atau
sebab nak tayang barang kemas, atau sebab nak tayang rumah mewah, atau sebab
stress, atau sebab nak menunjuk nunjuk, jangan niat yang bukan bukan.
Niat kerana
Allah!
Bagaimana nak niat
kerana Allah?
Mesyuarat dengan
suami, tengok apa masalah keluarga, dan saya nak bantu keluarga kerana Allah,
dan memang ada tempat kerja yang perlukan wanita bekerja macam doctor beranak,
jururawat dan lain lain, lepas tu mesyuarat juga bagaimana dengan kerja tak
timbul fitnah, solat awal waktu terjaga, aurat terjaga, akhlak terjaga.
Biasa isteri
kerja bila duit suami tak cukup, dan
dalam Rukun Islam ada dua Rukun yang perlukan duit iaitu zakat dan haji, maka
boleh isteri kerja niat kerana Allah agar dapat pergi haji awal, dapat bantu
orang susah, atau sekurang kurangnya hidup tidak berhutang, atau meminta minta.
Semuanya balik
kepada niat.
Maka nasihat saya
kepada isteri yang bekerja, betulkan niat, buat kerana Allah!
Hidup sangat
singkat untuk bergaduh laki bini, makin tua tolong semnjadi semakin tolak
angsur, kesimpulannya, mesyuaratlah suami isteri kerana Allah, Nabi dan
isteripun bermesyuarat, dan apa keputusan menyuarat, niatlah taat kerana Allah,
maka barulah betul kita kerja kerana Allah!
Jadi apa pun
masalah laki bini,. Bermesyuaratlah!
Jika rumah takde
mesyuarat, jauh lah sikit perjalanan nak ke syurga.
Sungguh, tempat
kerja kita maju bila majikan dan pekerja bermesyuarat, beri idea terbaik, dan
sama sama berlumba lumba majukan syarikat.
Sungguh, agama
kita maju bila ulamak dan orang awam bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama
sama berlumba lumba majukan agama.
Sungguh, rumah
tangga kita maju bila suami isteri dan anak anak bermesyuarat, beri idea
terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan rumahtangga.
Selamat datang
total lockdown, rumahku syurgaku.
Woha!
Cara buat
mesyuarat: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/274960527319360
No comments:
Post a Comment