“Anak kau ni Hamka, jadi Autisme sebab cucuk Vaksin!”
“Tapi ada anak kawan saya, anti vaksin, semua tak cucuk,
tapi anaknya pun Autisme jugak. Macam mana tu?”
“Itu sebab gajet, mak ayah pemalas bagi gajet kat anak, bila
besar jadi autisme!”
“Tapi ada kawan saya, anaknya Autisme dan buta, macam mana
Autisme yang buta boleh main gajet?”
“Itu sebab dosa mak ayah, dapat anak Autisme”
“Anak luar nikah ramai jer normal, Sejak bila Tuhan hukum
anak sebab dosa ibu bapa?”
“Mungkin sebab mak bapak tak ikut makanan Sunnah, bila lahir
anak jadi cacat, jadi Autisme, mati kecik!”
“Anak lelaki Nabi Muhammad SAW, Kasim, Abdullah, dan
Ibrahim, semua mati kecik, Tak kan kau nak cakap Nabi tak ikut Sunnah?
Ketahuilah, hidup ini masing masing ada ujian, Anak Nabi Nuh derhaka, apa dosa
Nabi Nuh?
Tak tahu ke bahawa hidup ini adalah pentas ujian, dan sebaik
baik ujian adalah kita sabar kerana Allah janjikan syurga untuk orang yang
sabar, dan bersyukur kerana masih banyak
nikmat lain yang Allah berikan,
Yakin lah pada rukun Iman ke enam, semua kejadian adalah
dari Tuhan untuk menguji hambanya, siapa yang terima dengan sebaik sifat? bila
dapat nikmat kita kena syukur bukan kufur, dapat ujian kita kena sabar bukan
mengeluh, dapat peluang pahala kita kena ikhlas bukan riak, dapat peluang
terdosa kita kena taubat bukan nikmati, sungguh hidup ini sangat singkat untuk
bergaduh dengan takdir Tuhan”
“errr…”
“Hidup jika nak kecam dan cari salah, semua orang bodoh
boleh buat, Nabi sebaik baik manusiapun kena kecam dengan orang kafir, apatah
lagi kita manusia biasa di akhir zaman, hati jika dah busuk, pergi mana mana
pun cari tahik macam lalat, tapi jika hati yang baik, pergi mana mana pun cari
bunga macam lebah”
(Dialog seterusnya saya tambah macam episode terakhir drama
melayu)
“Ohhh, saya minta maaf kecam abang keretamayat, saya sangat
menyesal, saya ada anak normal tapi hidap dadah, saya ada menantu kaya tapi
semua harta saya dia rampas, saya sekarang dah bertaubat, sebab semalam badan
saya dah lumpuh kerana dosa dosa saya kecam awak, tolong maafkan saya, saya nak
peluk kaki abang mayat, saya nak minta ampun!”
“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat”
“Apa sahaja abang kereta mayat”
“Awak kena beli semua buku Hamka Kereta mayat”
Woha!
Lalu guruh berdentum, kilat sambar menyambar, laut bergolora
setinggi tiga meter yang memberi ancaman kepada bot bot kecil, bumi merekah
luas, keluar asap dari dalam tanah, dan orang yang kecam saya itu akhirnya mati
di telan bumi.
2 comments:
bukan salah siapa siapa.. tak siapa minta begini :)
benar
Post a Comment