Hari ni kita semua sedih sebab kena PKP di rumah masing masing, sempena duduk rumah, tahukah korang bahawa Nabi pun pernah kena sekatan ala ala PKP, perintah Kawalan Pergerakan yang lebih dahsyat, berlaku pada umur Nabi 45 tahun.
Semuanya kerana orang kafir benci dengan Dakwah Nabi, lepas
tu mereka dengar Nabi nak Hijrah ke tempat lain, sebab masa tu Nabi dah hantar
83 orang ke Habsyah, terus orang kafir jumpa Raja Habshah minta jangan terima
orang islam.
Orang kafir juga ugut nak bunuh Nabi, tapi keluarga Bani
Hasyim dan Bani Abdul Mutalib tak bagi, maka Abu Lahab ketua orang kafir telah
buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib,
lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak
boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah,
tak boleh buat hubungan social, sekat sumber rezeki dan mereka tak dibenarkan
rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padadah Nabi pun saudara mara Abu
Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung
di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua
orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi
jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan
dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu
serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati dalam ribaan kerana ibunya
tiada susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan
tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan
tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh
mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi
Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan
sikit sikit untuk bertahan hidup.
Jadi bagaimana Nabi dan penyokongnya mampu bertahan PKP
zalim itu selama tiga tahun?
Di riwayatkan ada anak saudara Siti Khadijah dan
rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke
perkampungan Abu Talib itu dengan cara melepas unta di tengah malam bersama
makanan berisi gandum dan kurma, yang ajaibnya, unta itu dapat lepas sekatan
SJR orang kafir, dan dapatlah orang islam sedikit makanan, itupun dengan
catuan, sebiji kurma sehari, dan ada setengah biji dan banyak hari berlapar.
Namun ada riwayat cerita, bukan semua unta lepas SJR, ada
yang hilang dicuri puak lain di tengah jalan, semua ini adalah ujian Allah.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke
mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli
makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kelaparan.
Begitulah Allah uji generasi pertama umat islam dengan
kesusahan demi kesusahan dalam memperkuatkan keimanan mereka.
Satu hari Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP gantung
dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anaik kecuali nama Allah, dan orang
yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa
memang betul SOP dah musnah di makan anak anai, dan penulis SOP sudah lumpuh
tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu
semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan
sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan
berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, tahun itu juga Abu Talib yang
selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu
Talib mati tanpa islam, bercucran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib
yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam.
Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam
neraka.
Bila ketiadaan Abu Talib, PKP dah habis tempoh jadi lebih
teruk sebab bila-bila masa orang kafir boleh bunuh Nabi, bertambah sedih, tahun
itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang
meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat
kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang
tersayang meninggal dunia berturut turut,
Dulu waktu PKP duduk rumah dilayan bini dengan mesra, hilang
penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde
bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur
baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang..,
siapa tak sayang bini ooii?
Jika kita tetntu terfikir, Agaknya isteri ada di dapur? tapi
pergi dapur tiada orang, hmm, isteri aya ada kat bilik belakang kot? Tapi bila
pergi tiada orang jugak, dada bederbar debar, masuk bilik, katil kosong, baru
sedar, isteri dan seminggu meninggal, sedih woiiii, sampai terfikir isteri
macam masih hidup, sob sob sob…
Jadi tuan tuan Bayangkan kita jika PKP macam zaman Nabi,
dengan makanan takde, dengan ancaman bunuh, lepas tu orang tersayang satu demi
satu meninggal. Allahu.
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah,
Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah,
sampai di Taif kiah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu
hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak
baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik
batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu
sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan
bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada
riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian
apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun
saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi
Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak
cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat
Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar
Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, Dan Allah hiburkan Nabi dengan
bawa Nabi rentas daerah sampai ke Palestin, naik kenderaan paling canggih
pernah wujud, lepas tu Nabi Rentas bumi, naik langit pertama, sampai langit ke
tujuh, dan di jalanan Nabi bertemu dengan Rakan seperjuangan, seronok Nabi
dapat borak dengan Nabi Nabi terdahulu, dan kemuncak bahagia, Nabi bertemu
Allah berkali kali, dan dihadiahkan solat lima waktu. Capal yang pernah
berdarah dibenarkan pijak Langit tertinggi sewaktu Nabi bertemu Allah berbeza
dengan Nabi Musa yang kena buka capalnya sewaktu jumpa Allah.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi
Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada
ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula
untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, Allah Maha tahu kemampuan ummat
akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah
digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu
penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa
kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada
5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat
Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu.
Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah
menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi
Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah
kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah PKP
selama tiga tahun.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir,
kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat
hanya sekali seminggu ke?, sekali setahun ke?, Ini adalah kerana yakin dan iman
dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam
berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya
bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai.. PKP pun makanan masih
penuh peti ais, internet laju, mana nak mujahadahnya? Adohai..
Nabi kini kena PKP lagi, orang kafir tak benar Nabi keluar
Mekah, namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah
dan Hijrah ke Madinah.
10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan
ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling
kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir
selamanya sehingga ke hari ini.
Alhamdulilah.
Akhir kata:
Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian, Nabi tak
sedih kena PKP, tiada makanan, sahabat kena siksa, sahabat ada yang OKU, dan
macam macam kesusahan, semua tu nabi tak bercucuran air mata sebab kesusahan
itu sementara sahaja, Tapi Nabi sedih bila ada orang mati tanpa Iman, kerana tanpa Iman kita akan kekal di Neraka
selama lamanya!
Semoga Allah matikan kita semua dalam Iman, macam P Ramlee
mati tersenyum dalam Ali Baba Bujang Lapok
Woha!
Hamka keretamayat
PKP3.0 sambung lagi.
Bertabahlah.
No comments:
Post a Comment