Jun 22, 2021

Modal mudah bagi Tazkirah?

Lepas Subuh, saya suruh anak tingkatan satu ceramah.

“Nak ceramah apa ayah?”

Ceramah tentang MAKSUD, KELEBIHAN, dan CARA NAK DAPAT.

“Okey, faham”

Maka waktu anak ceramah, saya minta anak tingkatan lima salin guna Smart Phone.

Hasilnya:

“Alhamdulillah syukur dapat kita solat subuh pagi ini secara berjemaah, jadi saya nak kongsi tentang MAKSUD Islam, KELEBIHAN Islam, dan CARA NAK DAPAT Islam.

Islam berMAKSUD, Menyerah diri, Taat dan Kedamaian.

Maka sebagai orang Islam, kita kena menyerah diri pada Allah, Taat segala perintah Allah dan dari semua itu kita perlu bertenang, dan terlihat tenang.

KELEBIHAN Islam pula adalah, satu satunya agama yang Allah redha, maka janji Allah, siapa ucap dua kalimah, akan wajib masuk syurga walaupun selepas di azab.

KELEBIHAN Islam juga adalah punca ketenagan kerana hanya dengan ingat Allah hati akan menjadi tenang, dan bila tenang, banyak masalah hidup dapat diselesaikan.

Islam juga adalah cara hidup, maka dari bangun tidur hingga tidur balik, Nabi ada tunjuk, dari kehidupan rumah tangga, bermasyarat, berkahwin, berjual beli semua ada ajaran dalam Islam.

Last, CARA NAK DAPAT Islam.

Kena buat (2) dua perkara iaitu Beriman pada 6 Rukun Iman, dan Beramal pada 5 rukun Islam.

Rukun Iman bermula dengan percaya pada Allah yang (1) satu. Malaikat yang (10)sepuluh, Nabi yang (25) dua puluh lima, KItab Al Quran yang (114) seratus empat belas surah, Hari kiamat yang ada (7) tujuh tempat, dan Takdir yang ada (4) empat asas baik dan buruk.

Note: Hari kiamat terdiri dari enam tempat utama: iaiatu (1) alam kubur, (2) padang Mahsyar, (3) Telaga Kausar, (4) Neraca Mizan, (5) Titian sirat, (6) Neraka dan (7) Syurga.

Takdir pula ada empat asas : (1) Takdir Bahagia untuk disyukuri bukan dikufuri, (2) Takdir Derita untuk di redhai bukan untuk dikeluhi, (3) Takdir Pahala untuk di ikhlasi bukan untuk di riak, dan (4) Takdir dosa untik disesali (Taubat) bukan untuk dinikmati.

Rukun Islam pula bermula dengan (1) Mengucap dua Kalimah dan memastikan SETIAP MASA sedar bahawa Allah melihat saya, (tahap Ehsan) dan Nabi Muhamad adalah panduan saya, (Belajar Sunnah)

(2) Solat lima waktu SETIAP HARI, (3) Puasa SEBULAN di bulan Ramadhan, (4) Zakat SETIAP TAHUN dan (5) Haji SEKALI SEUMUR HIDUP.

Maka dengan beramal lima rukun Islam, dan Yakin dengan enam Rukun Iman maka kita akan dapat nikmat Islam di dunia dan akhirat.

Sekian ceramah saya, tutup majlis dengan Tasbih kafarah”

*****

Okey sorang anak dah habis berceramah, sorang pula dah habis salin.

Maka saya post di FB sebagai rujukan kot esok esok korang tiba tiba mendapat giliran “berceramah”

Woha!

No comments: