Jun 16, 2021

Kerja paling susah?

Kawan saya seorang guru sekolah rendah bercerita tentang kesedaran baru yang buatkan dirinya insaf.

Katanya, sebelum ini disangka tugas seorang guru adalah sangat sukar dan paling mencabar kerana selain dari ajar anak murid, juga terlibat dalam kerja pengkeranian yang banyak, lagi masalah ibu bapa yang cerewet, masalah guru besar yang berlagak, masalah system pembelajaran yang berubah rubah, masalah nak capai target semua pelajar kena cemerlang, dan masalah terperangkap dalam dunia kanak kanak sepanjang hidup, bayangkan tiap hari layan budak sekolah rendah, tiap tahun cikgu makin tua tapi budak sekolah umurnya dan karenahnya sama sahaja, pening bang!

Tapi bila melihat tugas fronliner seperti jururawat di musim Covid 19,  yang masuk bertugas terus uruskan dokumen pesakit yang penuh bersusun atas meja dan belum siap terus dapat panggilan uruskan pesakit, layan itu ini, cucuk ubat, basuh berak, dan macam macam lagi, bila free sikit sambung isi borang atas meja, dan belum siap kena layan pesakit lagi, Si Cikgu ni insaf!

Mana ada waktu rehat bagi jururawat ni? Kasihannya…

Okey, jadi mari kita tanya kepada kawan saya yang kerja jururawat pulak, benarkah kerja beliau paling penat?

Kata juru rawat: Penat tu memang penat, lagi zaman Covids kerja tak pernah surut, bertambah lagi ada, kita pulak berdepan dengan karenah pesakit yang macam macam, tapi walaupun penat, saya kerja ikut shift, habis waktu, balik rumah terus rehat. Ada orang yang lebih penat dari saya iaitu para pesakit, mereka menanggung sakit tanpa rehat sehingga sembuh, mati pun ada, dan bila hari hari saya jumpa para pesakit, saya sangat simpati kerana mereka tiada rehat, mereka tidak mahu berada di sini, mereka tak mahu orang basuhkan berak mereka, mereka tak mahu di masukan Cable dalam paru paru, tapi terpaksa, mereka menahan derita tanpa shift, mereka nak sangat balik rumah, nak rehat di rumah, tapi dalam banyak kes, sembuh tiada, sakit makin parah, hingga terpaksa di tiaprapkan, dan ramai juga yang meninggal!

Dan percayalah orang paling penat bukan frontliner, tapi pesakit yang semakin hari semakin derita, ada yang kemurungan. Menangis meraung tu usah ceritalah, jadi Saya jauh lebih beruntung dan saya bersyukur dapat berkhidmat pada mereka. Saya rasa guru lagi susah sebab terpaksa uruskan orang sihat tapi nakal, murid bermasalah, ibu bapa yang manjakan anak, guru besar yang pentingkan rating dan lain lain, begitu juga polis dan askar, lagi susah sebab bertarung nyawa

Saya syukur di medan ini.

Perghhhhh, dengar kenyataan jururawat itu, terus saya insaf jika nak mengeluh penat PKP kat rumah. Sob sob..

Tuan tuan, kita kena kaja SOP duduk diam diam kat rumah, bayangkan Katil pesakit, kita Nampak tilam dan bantal, tapi itu sebenarnya hamparan terakhir sebelum dihampar dalam kubur bagi yang mahu mengerti.

Dan jika mati tak beriman pulak masuk neraka, aduhhhh lagi derita..

Sungguh nun Di Neraka sana, kerja ahli neraka jauh lebih berat dari guru, jujurawat, pengemis, buruh, askar, polis, driver keretamayat, hamba abdi dan semua ahli dunia, kerana di Neraka, kerjanya hanya menahan sakit, diazab siang dan malam, diguling guling atas bara api hingga nyawa nyawa ikan, hidup tapi tidak hidup.

Lalu dalam azab sedemikian, semua ahli neraka sanggup dikembalikan ke muka bumi, walau terpaksa jadi pesakit covid 19 tahap empat di katil hospital kerana di atas dunia ini, setiap rintihan kesabaran, sangat bernilai, setiap derita di balas pahala, setiap luka dinaikkan darjat, dan semua penyakit jika sabar pasti dapat menjauhkan diri dari azab api neraka.

Maka untuk kita semua, sejauh mana rintihan kesabaran telah kita ucapkan dalam ujian hidup?, atau terus merintih mengeluh konon Tuhan tak sayang saya? Lantas hidup tak bersyukur lalu merungut di katil hospital marahkan doctor yang penat, marahkan jururawat yang sanggup basuh berak sebab lambat?

Sedangkan hidup itu adalah satu nikmat, bagi mereka yang mahu mensyukuri dan menggunakan masa sebagai peluang untuk dekatkan diri kepada syurga.

Sunguh hari ini telah berlalu peluang untuk jauhkan diri dari azab api nereka, masa lalu telah pergi dan tidak akan kembali.

Baki masa yang ada ini, bersyukurlah akan segala baki nikmat yang ada dan gunakan baki nikmat itu  untuk perkara yang baik-baik seperti berterima kasih kepada cikgu yang sudi ajar anak saya disekolah secara online, dan terima kasih kepada jururawat yang sudi jaga saudara saya di hospital, juga terima kasih pada abang polis dan abang askar yang jaga gadai nyawa jaga negara, dan tak lupa,. terima kasih abang pemnadu keretamayat

Woha!

No comments: