Antara filem yang focus pada orang jahat lalu berjaya digarap dengan baik, Joker 2019. Babak last, joker nak cerita satu lawak, tapi takde orang faham, diapun bunuh orang tu.
Apa 'lawak' tu?
Sebelum ni orang sangka, kegilaan Batman yang mencipta Joker. Tapi sebenarnya,
Joker yang mencipta Batman.
Kesimpulan cerita
ini..
Orang miskin
forever alone bila stress dia jadi joker
Orang kaya
forever alone bila stress dia jadi Batman.
Tapi Joker bukan
sejahat Firaun yang mengaku tuhan.
Dan Batman pula
bukan sehebat Nabi Musa dalam menegakkan keadilan.
Dalam perjuangan
Batman, Joker tewas tapi orang jahat semakin ramai. Two Face, Penguin, Scare
Crow, Bane dan macam macam lagi.
Dalam perjuangan
Nabi musa menentang Sejahat jahat dan segila gila manusia, Firaun akhirnya mati
kafir, tapi seribu ahli sihir Firaun mati beriman.
Itulah bezanya
amal makruf vs nahi mungkar.
Think about it.
Tapi entah dari
mana, ada pendapat mengatakan, Joker adalah orang baik yang tersakiti?
Dari mana
falsafah ni datang?
Filem Joker
cerita kisah seorang manusia yang tersakiti oleh sekeliling, lepas tu jadi
jahat, bermakna orang jahat dalam cerita ini adalah orang segila joker yang
disakiti. Bukan orang baik yang tersakiti.
(Baca: bukan
semua pesakit mental menjadi jahat bila disakiti, banyak sebab Joker menjadi
jahat jika nak salahkan pihak lain, faktanya ramai jer pesakit mental yang
disakiti tetap jadi baik, lagi lagi yang ikut rawatan dan nasihat doktor, makan
ubat, dan dekati diri dengan agama, Alhamdulilah jadi baik, biarlah Joker
sorang jer yang jadi jahat, dan biarlah watak itu kekal dalam dunia fantasi,
kita semua usahalah jadi baik, insyaAllah )
Sebab orang baik
ni, tersakiti macam manapun tetap baik. Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang
buat jahat dekat dia dan tetap di balas baik, kenapa?
“Tak kan lah bila
orang buat jahat dekat kita, maka kita nak buang sifat baik kita?”
Sebab tu nabi
kena pukul, kena ludah, kena baling batu di Taif, tersakiti, lepas tu malaikat
datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi doa semoga anak cucu orang Taif
dapat hidayah.
Nampak tak?
Orang kafir tuduh
Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir dalam filem joker dah buktikan, orang
segila Joker tersakiti, akan jadi jahat macam joker, tapi Nabi bila tersakiti
tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.
“Tapi bang Hamka,
itu Nabi..”
Baik, kita rujuk
sahabat Nabi, bilal diseksa lebih teruk dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal
jadi AJK masjid tau tak?
Khabab bin Alarat
diseksa ada jadi jahat? Umar cakap belakang Khabab ni lual paling teruk? Kenapa
terok sangat luka tu? Jawab Khabab, waktu masuk islam dia kena seret atas bara
api hingga lemak dan darahnya padamkan api. Apa? Tak kenal Khabab tu siapa?
Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto korang kenal
pulak, Adohai.
Dulu Anwar
Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar jadi jahat? sakarang elok jer
jadi baik dengan PM ke 7.
Dulu, Azmin Ali,
Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh PM ke 4, sekarang elok jer berkawan
dengan PM ke 7.
(Bagi yang tak
tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)
Sekarang Bekas PM
datok Najib tersakiti dengan pelbagai tuduhan merompak, keluar masuk mahkamah,
tapi elok jer jadi orang baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”
Jadi hentikanlah
guna ayat: Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti. Biarlah dalam Filem jer
falsafah itu berlalu.
Sebab orang jahat
ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah untuk pilih nak jadi jahat ke
baik? Tapi dia pilih jadi jahat.
Buktinya dalam Al
Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap manusia di beri dua jalan iaitu
kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi tapi ada yang
memilih jalan kejahatan.
Sendiri mau pilih
lepas tu salahkan orang konon tersakiti.
Tau tak?
Kata doctor,
ramai orang jahat bila tersakiti di hospital, menjadi baik.
Kata warden
penjara, ramai banduan bila tersakiti di penjara, menjadi baik.
Kata ustaz
garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan menjadi baik.
Maka yang
betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang tersakiti.
Woha!
Sejahat jahat
manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas tersakiti oleh azab Allah, menangis
bertaubat dalam neraka!
Jelas tak?
Kesimpulannya:
Orang jahat itu
adalah orang yang sakit hati.
Faham tak?
Orang jahat
adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu hati sakit, maka pergilah cari
penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku bersalah, beristigfar dan lain lain
so call akhirat.
Al faham ke idop?
Habis tu jika nak
guna ayat tersakiti ni kat mana yang sesuai?
Baik, Ada
beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti ini, sebab bila tersakiti
bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar kepada macam macam. Ada
baik, ada jahat, macam-macamlah!
Contoh yang betul
dalam bab tersakiti..
• Orang gemuk
adalah orang kurus yang tersakiti.
• Ahli Bersatu
adalah ahli Umno yang tersakiti.
• Ahli Amanah
adalah ahli PAS yang tersakiti.
(okey, boleh
sambung sendiri)
Woha!
No comments:
Post a Comment