Jun 26, 2021

Hidup dalam ladang Pahala?

Hidup ini adalah pentas ujian. Ada orang bila ditimpa ujian bertalu talu akan berkeluh kesah hingga berkata;  hidup aku sukar macam dalam neraka!

Bila dapat senang dia kata sikit dan tak bersyukur lalu kufur nikmat dan disegerakan ujian. Aduhhh.

Bila buat pahala dia riak hingga menjadi dosa. Bila buat dosa dia nikmati dosa itu sepenuhnha hingga langsung tak nak taubat maka bertambahlah azab.

Tapi ada orang dia pandang dunia ni ladang pahala. Bila susah sabar dapat pahala, bila senang syukur dapat pahala jugak. Bila buat dosa, bertaubat akan tukarkan dosa kepada  pahala. Bila buat pahala ikhlaskan diri pahala berganda ganda.

Maka hidup ini memang sukar kerana selalu di uji namun terpulang pada kita nak anggap hidup ini neraka atau ladang pahala.

Saya pun akui hidup saya kadang kadang agak sukar. Terutama di uji dapat anak OKU autisme. Tapi saya anggap ini ladang pahala saya.

Tak sangka gambar spontan saya yang sedang sugul sambil payungkan anak syurga akhirnya menjadi cover buku.

Ini bukan setakat ladang pahala tapi ladang duit!

Woha!

Ps: Saya tidaklah menjadi kaya sebab buku bukan hari hari orang beli tapi syukur rezeki yang ada dapatlah simpan sikit sikit agar anak syurga mampu berdikari suatu hari nanti sewaktu saya terpaksa undur diri kerana ladang pahala kata pergi, syurga kata mari!

#keranadiaanaksyurga

No comments: