1.Rumah kita adalah gambaran Kubur, jika rumah kita selesa, ada makanan, ada kasih sayang.. alhamdulillah, itulah rumahku syurgaku, tapi jika rumah kita bersesak, makanan tiada, selalu bergaduh dalam rumah, maka hidup macam dalam neraka, rujuk hadis, kubur itu boleh menjadi TAMAN SYURGA atau LEMBAH NERAKA.
2.Mujuk di Rumah rasa susah macam neraka, boleh kibar
bendera, ada NGO bagi bantuan, silap silap Utsaz Ebitpun sampai, Alhamdulillah,
sama jugak di Kubur nanti ada Bantuan sampai dalam bentuk, Sedekaj Jariah, Ilmu
yang bermanfaat, dan Doa anak yang soleh.
3.Waktu PKP tak boleh rentas Daerah, Nanti akhirat nak
rentas minum air di telaga Nabi, ada sekatan dari Malaikat, orang yang benci
Nabi Muhammad SAW tak boleh rentas dan kena bersesak di padang Mahsyar, yang
Berjaya minum akan lepak bawah Arash.
4.. Waktu PKP, pergi mana-mana, kena check suhu badan, jika
demam, tak boleh masuk, akhirat nanti, nak masuk syurga, kena semak Iman, Sihat
ke tak sihat?
Jika Iman kita sihat, InsyaALLah boleh masuk syurga.
Tapi jika tak sihat? Aduh nak kena rendam dalam Neraka dulu.
Jadi.. macam mana nak tahu Iman kita sihat? Nak pakai alat
apa nak semak?
Jawapannya ada dalam Al quran dan hadis, yang mana kita
boleh semak “suhu” Iman kita.
Iaitu jika kita buat ibadat rasa tak sedap, contohnya bila
solat rasa tak best, bermakna Iman kita tak sihat.
Bukan sebab solat tu tak best, tapi Iman yang sakit, macam
orang sakit makan KFC rasa hambar, bukan salah KFC, tapi salahkan seleranya
yang hilang sebab demam, maka sama jugak bila Iman kita sakit, solat rasa
beban, puasa rasa leceh, zakat rasa sesak, haji rasa berat… adohai..
Jadi memang nak kena buat usaha atas Iman, yang mana jika
nak sihat tubuh badan, kena jaga makan dan senanam, maka untuk sihatkan Iman
Nabi suruh kita banyakkan belajar ilmu (makan) dan berdakwah(bersenam)
Lain tanda Iman kita OK adalah bila buat dosa rasa sedih,
bila dengar nama Allah rasa takut, bila tengok orang buat maksiat rasa risau,
dan banyak lagilah tanda tandanya.
Semoga kita semua dapat masuk syurga. Suhu Iman ok tak
demam, SOP Rukun Islam dan Rukun iman semua patuh. Tak ada contact rapat dengan
syirik dan kufur. Result negative munafik.
Alhamdulillah.
Terus layak masuk syurga walau lokasi bawah sekali pun
takpe.. asalkan tak masuk neraka.
Woha!
No comments:
Post a Comment