Jul 30, 2021

Adab berjumpa Hantu?

"Abang keretamayat, Jika terjumpa hantu, dalam ajaran islam, apa nak buat? Sunnah Nabi bagaimana jika jumpa hantu?"

*****

Seram sejuk nak jawab soalan ini.. pernah tulis jawapan ini dalam Buku KISAH HANTU TERAKHIR, tapi buku tu dah habis, tak cetak dah..

Beginilah..

Pesan orang tua, jika berjalan di hutan terserempak binatang buas, jangan terus lari, tapi bertentang mata lah, dan bernafas dengan tenang, serta undur perlahan lahan, dan biasanya, kebanyakkan binatang buas tak akan serang dari arah depan, kata orang tua lah!

Jika ada senjata boleh maju ke depan dan biasanya binatang ni tengok manusia berani semacam akan lari.

Waktu saya belajar menyelam pula, jika dalam laut jumpa ikan yang bahaya, jangan terus lari, tapi tengok dia dan kawal pernafasan dengan tenang lalu undur perlahan lahan, kebanyakkan ikan tak serang dari arah hadapan.. kata guru selam saya lah.

Jadi soalan yang timbul jika jumpa hantu (jelmaan jin) bagaimana?

Sama jugak, teruskan bertentang mata, kawal pernafasan, tapi jangan undur ke belakang, tapi maju ke depan, dan bagi salam serta bacakan Al Quran dengan suara yang garau dan seram, hantu akan lari, kata ustaz kampong saya lah!

Jadi memang dah jadi pengalaman dalam hidup yang mana jika saya jumpa Hantu, saya akan tegur, dan siasat..

Pernah masa kecik saya berak luar rumah guna tandas macam dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, atau Tandas macam Johan Berak dalam Filem Hantu Kak Limah.

Waktu berak tu, saya dengar bunyi bising kat luat jamban, jam satu pagi kot waktu itu, saya pun intai ikut celah lubang Jamban, tiba tiba Nampak lembaga dengan wajah penuh darah, matanya gelap tanpa warna putih.

Saya dah kecut perut, terus pejam mata, tapi ingat pesan ustaz kampong saya, Nampak hantu “tegur”.

Maka saya intai lagi sekali, tengok Hantu tu betul betul, bila kepalanya bergerak, baru saya Nampak paruh, rupanya ayam bertenggek tepi Jamban, pipinya merah macam darah, adohai…

Jika saya penakut dan lari, tentu saya akan cerita pengalaman jumpa hantu muka berdarah pada anak cucu, padahal ayam jer.

Pernah juga abang saya lari sebab jumpa pocong dalam kereta arwah bapa saudara, kami pergi siasat dari jauh Nampak macam pocong, bila dekat, biasan cahaya sahaja.

Ada jugak kisah main waktu magrib, tiba tiba disergah kambing gergasi yang putih seluruh tubuh, lintang pukang kami lari, esok baru tahu ada jiran beli kambing baka balar, adohai..

Pernah kami nakal waktu kecik, malam malam pergi tukar selipar rumah A pindah ke rumah B, dan selipar rumah B pindah ke rumah C, dua tiga malam kami buat sekali.

Lepas tu bila dengar orang buat konspirasi Hantu selipar, kami gelak dari jauh, sebab mereka dah kena prank.

Jadi jika korang jumpa Hantu, kebanyakkannya "sains dan data" sahaja, jadi tegurlah, dan siasatlah, orang tua dulu pesan tengok dari celah kangkang, jika kakinya tak jejak tanah maka itulah hantu, sebenarnya pesanan itu suruh korang tengok hantu itu dari sudut yang lain, sudut terbalik, jika Prank, mereka akan kantoi.

Banyak kan kisah orang Nampak hantu terbang padahal kain ditiup angin, atau burung sesat malam malam, tapi sebab tak siasat, dijajanya jumpa Hantu.

Tahun lepas, waktu saya sorang-sorang dalam Chalet tepi hutan di Pulau Tioman, letih menyelam siang hari, maka malam tidur awal, jam 11 malam macam tu terdengar suara budak menangis, makin lama makin kuat.

Aduh…, anak siapa ni menangis, hantu ke? Jika hantu saya nak kena “tegur”

Lalu saya keluar dan semua chalet tak de penghuni sebab jika ada tentu semua dah kecoh siasat suara budak menangis. Jadi saya jejak dan Nampak budak sedang menangis depan chalet umur tiga tahun lebih kurang.

Budak tu hantu ke?

Dia menangis nak masuk chalet tapi berkunci, saya ketuk chalet memang tak ada orang dalam chalet tu tapi saya tanya budak tu dia tak bercakap tapi menangis sahaja.

Saya pun telefon kawan saya yang sedang buat BBQ tepi pantai tanya kot ada orang kecoh anak hilang ke, rupanya ada orang sedang kecoh anak umur tiga tahun  hilang tepi pantai,sekarang semua risau takut anak masuk air laut, tapi Alhamdulillah anak rupanya merayau balik ke chalet sorang diri.

Masalah selesai, tiada hantu.

Jadi kepada korang semua, jika terjumpa ‘hantu’, sila bertentang mata. Tegur, dan dakwah sikit..

“Dalil ada tak? Jika jumpa hantu kena tegur ni Hamka?”

Surah Al hujarat, Allah suruh siasat bila datang berita meragukan, maka jika ternampak Hantu, siasatlah, 99% orang yang siasat akan dapati itu bukan Hantu, Sains dan data sahaja, tapi jika lari, 100% korang akan percaya itu Hantu dan hidup dalam ketakutan buat selama lamanya.

Maka kepada mereka yang tak percaya Vaksin, tak percaya Covid, tak percaya bumi ini sfera, tak percaya manusia ke bulan, tak percaya Sains dan Data, tolong jangan lari bila berita sahih depan mata, siasatlah dengan bertanya kepada Pakar, itulah Sunnah bila berdepan dengan berita, rujuk surah Al hujarat, pasti kamu akan dapat jawapan jika benar kamu ikhlas dalam menyiasat.

Tapi jika lari, maka Hantu akan wujud dalam dunia kamu buat selama lamanya dan akan terus menghantui kehidupan orang yang takut.

"Tapi abang mayat, jika siasat, confirm itu Hantu? Atau Jin?, Nak buat apa?"

Berdakwahlah pada Jin itu, Nabi pun berdakwah pada Jin, suruh dia beribadat, sebab tidak Allah jadikan manusia dan Jin melainkan untuk beribadat.

Alamak rasa makin seram sejuk pulak tulis macam ni,.. pandang atas.. ternampak..

Aircond maxima cool? Patutlah.

Woha!

1 comment:

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.